Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, March 15, 2012

Amanlah dikau Dirang dan redhalah si ibu menghadapiya...

Sehingga hari ini, saya masih lagi merasai kehilangan Nurul Nadhirah @ Dirang yang dibunuh dengan kejam tempoh hari. Kehilangannya dirasai sama seperti arwah adik Faris walaupun caranya berbeza.

Ya, Dirang sebaya anak perempuan sulung saya. Justeru lagi kuatlah perasaan itu terbuai-buai. Cuma apa yang saya kesalkan, hingga ke hari ini ibu Dirang terus dicemuh kerana kelalaiannya menyebabkan kematian tragis anak kecil ini. Si ibu telahpun mengakui kesilapannya, maka kita sebagai masyarakat harus memberikan sokongan terhadapnya bukan menghinanya. Siapalah kita untuk meletakkan hukuman kepada si ibu. Dia telah pun menerima hukuman di dunia, sesalannya pasti tidak berkesudahan hingga ke nafas yang terakhir. Apakah kita juga mahu memberatkan lagi perasaannya. Yang sudah berlaku itu tetap berlaku dan kita hanya mampu mengambil iktibar daripada apa yang berlaku.

Kasihanilah ibunya, berikan dia semangat untuk meneruskan hidup walaupun bukan seperti sebelumnya. Pastilah kerinduan terhadap kemanjaan Dirang tetap melekat di hati. Tutuplah buku hitam itu, buka buku yang baru. Sebagai masyarakat kita juga bertanggungjawab sepenuhnya dia atas apa yang berlaku. Terkadang kita tidak perasan yang kita juga tidak begitu prihatin terhadap apa yang berlaku. Ubahlah sikap kita supaya kita dapat mengubah landskap kehidupan ini yang pastinya terisi dengan pelbagai ragam manusia yang adakalanya tidak mampu kita jangkakan.

Buat Roselyn, tabahlah dikau menghadapi dugaan maha hebat ini. Teruskan hidupmu, anak2mu yang lain memerlukan perhatianmu. Dirang tetap di hati kita semua, semoga dia tenang dan pastinya puterimu itu menunggumu di syurga yang abadi...

No comments: