Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, November 18, 2009

Ubi rebus, pengat pisang........

Tiba-tiba di waktu petang yang selalu hujan ni ummi teringatkan macam2 makanan. Terbayang di ruang mata dan fikiran akan betapa sedapnya...... ubi kayu rebus yang dinikmati bersama kopi panas, pengat pisang yang ala2 manis gitu, bubur kacang yang tentunya membangkitkan selera anak tekak dan pelbagai lagi makanan melayu yang mengiurkan... hahaha... meleleh tak air liur korang?

Walaupun sudah lama ummi tinggalkan makanan sebegitu di waktu petang tapi masih terasa di hujung lidah ni akan kesedapannya. Hmmmm..... ini bukan segmen mengidam yer, jangan salah faham.... Tapi tidak salah jugak kalu tiba2 ianya berada di depan mata kan? Hehehe....

Tuesday, November 17, 2009

Ucapan tahniah kepada semua...

Lama tul rasanya ummi jadik silent reader. Sblm2 ni agak sebk dengan keja. Sudahnya lama2 langsung tak update blog ni. Rajin nengok blog orang jer. Oh ya... ada beberapa perkara yang ingin ummi sampaikan...

Pertama. Ucapan selamat menunaikan ibadah haji kepada bapa dan emak saudara sebelah Mr. Habib iaitu Paman Sed dan Bik Jah yang berangkat ke Tanah Suci 9 November lepas. Kami minta maaf banyak2 sebab tak sempat jumpa di Kelana Jaya aritu. Tersangkut dalam jam. InsyaAllah nnti kita jumpa ya. Ingatkan 5.30 pm drpd opis sempat sangat nk ke Kelana Jaya tu, alih2 memang takde rezeki nak jumpa. Tu yang ummi pesan kat member2 yang nak ke sana tu, pegi la lebih awal.

Kedua. Selamat bertunang kepada Ayie dan Seha pada 8 November aritu. Meriah tul majlis tunang korang, tapi umah kitaorang yang terlebih meriah. Rombongan daripada pihak Ayie sangat la ramai, 11 biji kereta semuanya. Penuh la umah mentuaku. Macam umah orang kenduri pulak jadinya. Ayie ni sepupu Mr. Habib ku, Seha plak anak jiran sebelah umah mentua. Setelah kedua orangtua Seha meninggal, mak dan abah dah macam mak bapak diorang.

Ketiga. Selamat Pengantin Baru kepada Nana dan pasangannya yang melangsungkan perkahwinan pada 7 November lepas. Pengantin serba coklat pada hari tu. Nampak gayanya Paman Torman dapat menantu jauh ke Pantai Timur la kali ni. Tahniah dan semoga jodoh berkekalan hingga ke akhir hayat.

Keempat. Tahniah dengan kehadiran baby baru kepada 2 orang kekitangan bahagian ummi iaitu Tehah yang dikurniakan bayi lelaki, Muhammad Zafri Firdaus manakala Abang Isa pula mendapat anak perempuan, Hajar Rahimah. Kedua2nya lahir di HKL awal November lalu. Siap katil berdepan lagi. Nanti dah besar boleh la Tehah dan Abang Isa berbesan yer…. Oh ya, selamat berpantang tau kepada kedua2 ibu….