Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, December 18, 2008

Nawal & lesung batu...



Nawal memang suka 'tolong' ummi kat dapur. Kalau ummi nak tumbuk bahan2 masak mesti dia pun sebuk nak tumbuk gak lesung batu tu. Harap2 dah besar nanti Nawal lebih rajin turun dapur ek :p

Wednesday, December 10, 2008

AidilAdha 1429H

8 Dis '08 : Sepanjang jalan balik ke KL, Nawal tido lena. Letihnya agaknya main ngan pakcik & makcik kat kampung.
Entah apa la yang diguraukan dengan Maksu sebelum berangkat balik ke KL. Kali ni Nawal balik ke kampung dengan gembira sekali, tak macam selalu. Anak ummi dah ok kan...

Suka sangat dapat duit raya daripada Pak Yeop, kena upah dulu ye...

Ambik gambar ngan Mak Su... Kebetulan anak sedara dan mak sedara sedondon plak pagi tu...

Pak Yeop ngan Mak Su je yang sempat ambik gambar sama Nawal. Yang lain ntah kat mana...

Ape la yang Nawal nak acah kat abah tu.. Suka tul ye...

Puteri tercantik di alam ini... uhhuuuuu.... Pandai posing ngan baju raya anak abah dan ummi rupanya...
Abah dan Nawal....

Rendang ayam... ni belum masak lagi ni. Disediakan oleh chef Aishah dan Syuhadah...

Opah melatah... kena kacau masa dia duk ralit menumbuk bahan2 rendang....

Duk bersantai atas kete atok, dah tu Nawal dok tunjuk2 buah jambu air... Nak le tu...

Kayu api untuk memasak masa kenduri kawin Pak Yeop 28hb nanti... Harap2 berjalan dengan lancar...
Lemang... satu kemestian menyambut raya, tak kira la Raya Puasa atau Raya Haji... Lemang mak le paling best, yang kurindu setiap kali tibanya lebaran... tapi bila ummi nak belaja buat sendiri ni mak? Hehehe...

Friday, December 5, 2008

Growing first teeth...



Two lower front teeth (1-1) : 9 bulan 17 hari (26 Mac '08)

Two upper front teeth (2-2) : 9 bulan

Upper side teeth (3-3) : 11 bulan

Lower side teeth (4-4) : 1 tahun 4 bulan

Upper first molars (5-5) : 1 tahun 4 bulan

Lower first molars (6-6) : 1 tahun 4 bulan

* Nawal ni boleh dikategorikan dalam bayi yang lambat tumbuh gigi. Kawan sebaya dia, Muqtaseem umo 4 bulan dah tumbuh gigi. Tapi tak kesah la sebab lain baby lain kadar pertumbuhannya kan... Paling tragis peristiwa tumbuh gigi bagi Nawal ialah masa setahun 4 bulan, lama tul dia demam masa tu. Mana taknya, 6 batang sekali tumbuh. Memang meragam habis anak abah dan ummi menahan sakitnya... Nanti kalau Nawal tumbuh gigi lagi, ummi akan update ok...

I'm coming...


8 November '06 : baru 2 bulan lebih


6 Disember '06 : dah ada bentuk sket, 3 bulan lebih dalam kandungan ummi


10 Januari '07 : 4 bulan dalam kandungan, masa ni abah dan ummi dah tau baby ni baby girl


1 Jun '07 : 8 hari sebelum menjengah dunia... I'm coming abah, ummi :p

Ni semer gamba masa Nawal Ashiqin dalam kandungan lagi. Gamba Februari - Mei '07 ada dalam fail, xpt nk upload kat sni...

Thursday, December 4, 2008

Salam AidilAdha (10 Zulhijjah 1429H)

Kesempatan yang ada ni ummi mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari raya AidilAdha kepada semua umat Islam. Mohon ampun dan maaf sekiranya terdapat salah laku yang menyakitkan samaada secara terang atau tersembunyi.
Dengan hadirnya lebaran yang penuh dengan makna pengorbanan ini, ummi berharap kita akan terus mendapat rahmat dan berkat daripada Allah untuk sepanjang hayat yang dikandung. Semoga kita terhindar daripada malapetaka yang tidak diingini, ditunjukkan jalan yang benar seperti orang2 yang beriman dan menjadi hambaNya yang taat beribadah serta sentiasa mengingatiNya walau apa jua keadaan. Moga terhapuslah dosa besar dan kecil kita dengan ibadah yang mungkin tidak seberapa tetapi tetapkanlah keteguhan hati kita untuk melakukan yang terbaik sepanjang menghirup nafas di muka bumi ini.... Sekian...

Wednesday, December 3, 2008

3 kisah pahit

Ummi terbaca tag dalam blog Umi Sufira tentang 3 kisah pahit. Jadiknya, ummi pun teringin nak wat. Just nak share experience ngan kengkawan semer...
  1. Accident : sebenarnya banyak kali ummi accident, 5 kali (sehingga 3 Nov '08). Accident pertama masa ummi ikut mak sedara g mana ntah, tak ingat dah. G jenjalan kut, camne accident tu pun dah tak ingat dah. Masa tu, orang yang kena langgar tu siap masuk dalam kereta lagi melalui cermin depan. Ngeri...Accident kedua, jatuh drpd bas sekolah. Tergolek kt tepi jalan tp sempat lg fikir 'alamak tak sekolah la aku arini.' Sebabnya ummi ni suka sangat g sekolah masa dulu. Accident ketiga, jatuh motor n ummi jatuh tertiarap kat jalan cam superman. Nampak cam kelakar tapi sakit giler. Accident keempat, kaki tersepit kat pintu bas masa d UiTM Shah Alam. Terjingkit2 kaki sebab bas tu dah bergerak ke depan. Accident kelima, kena cium ngan kancil kat depan PWTC. Nak g interview lak tu.... Kesemua accident ni TELAH MENYEBABKAN TRAUMA YANG TERAMAT DAHSYAT. Semenjak 2 tahun ni la baru berani duk kat sebelah driver, tu pun sbb dh kawen. Ummi tau, terlalu lama masa yang diambil untuk memulihkan semangat dan keyakinan diri tapi ummi tetap akan berusaha untuk memulihkan keadaan diri...* Abang, hanya orang yang trauma je tau camne rasanya trauma tu. Tu la sebab saya takut sangat kalau abang pecut n lalu sebelah bas, lori dan pape kenderaan yang besar gedabak.
  2. Kena balun ngan ayah. Penah sekali tu ummi gaduh ngan adik pasal TV. Sorang nak tengok citer Melayu, sorang lagi nak tengok Hindustan. Gaduh punyer gaduh, ambik ko kena bantai kat belakang. Kesan daripada asyik kena balun, ummi jadi seorang yang sangat melindungi orang2 yang tersayang. Ummi tak kacau orang jadi orang jangan kacau ummi.
  3. Jenuh dah ummi fikir, tapi tak ingat. Nanti dah ingat ummi tulis balik ek...

Kepada sesape jua yang membaca kenangan pahit ummi ni, ummi nak pesan... tak semua kenangan pahit akan menjadi pahit selamanya. Cuma, untuk menghilangkan ia atau memaniskan kenangan itu bukanlah satu perkara yang mudah... Kenangan tetap kenangan...