Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, July 31, 2008

Sekadar catatan di hujung hari dan awal hari..

Semalam bila sampai je kat rumah, ummi trus susukan Nawal. Mengelekek Nawal bila nak nenen. Bagi kami berdua inilah saat yang paling ditunggu2. Sambil Nawal menyusu, ummi akan belai2 Nawal, cakap2 dengan Nawal... kadang2 bercerita, kadang2 bertanya aktiviti seharian Nawal di rumah nenek, kadang2 menyanyi, kadang2 bagi nasihat dan macam2 lagi.

Abah masa tu kat dapur. Trus capai periuk, masak nasi dan keluarkan bahan2 yang akan dimasak sekejap lagi. Memandangkan ummi berpuasa, kena la masak sebelum Maghrib. Menu semalam ialah ikan bilis goreng lengkuas, sotong tumis dan sayur masak air. Ummi tolong sikit2 je lepas susukan Nawal, yang lain semua abah buatkan. Terima kasih sayang kerana sedia berkongsi penat dan meluangkan masa untuk memasak pulak... Mmmuuahhsszz...

Habis je memasak, abah trus mandi dan solat. Sambil tu ummi tengokkan si cilik yang dah makin laju bertatih ni. Tiba je giliran ummi untuk mandi dan solat Nawal main dengan abah plak. Sekarang ni suka betul main kuda2 ngan abah. Nawal duk atas perut abah pastu henjut2kan abah. Selesai semua kita sekeluarga pun makan. Tapi Nawal tak makan nasi pun semalam, makan sayur yang abah masak air je. Tengok ummi n abah makan pun Nawal wat dek jer. Kenyang le tu, kalau tak mesti kacau nyer. Sibuk main ambulance... Lepas makan ummi masakkan agar2 buah plak. Sambil2 tu basuh pinggan, kupas buah dan cuci bahagian dapur mana yang patut. Sempat mop lantai lagi. Tapi tak sempat nak abiskan, Nawal merengek nak tido. Sempat lagi ummi tuangkan agar2 part 1 ke dalam bekas. Selesai je, berlari ummi trus angkat Nawal ke dalam bilik, abah sambung tengok TV. Ke TV yang tengok abah? Hehehe....

Bila Nawal dah tido, ummi bangun dan masukkan kain dalam mesin. Nak basuh kain plak. Baru berkira2 nak gosok baju, terdengar suara budak kecik menangis, sape lagi kan... Masuk balik dalam bilik, tidurkan semula anak ummi yang kadang2 manja sangat ni... Dalam pada tu dengar abah panggil nama ummi. Oooo, rupanya abah panggil sebab ingatkan ummi dah tertido. Agar2 kat dapur tu tak bertutup lagi. Ni agar2 part II, sebab ummi buat 2 lapisan. Bawah hijau atas merah. Buahnya cuma pir aje. Pas dah lena si Nawal ummi bangun, buat plak lapisan kedua agar2 tu. Pastu trus solat Isya'. Baru je nak melangkah ke dapur nak bersihkan sinki, Nawal nangis lagi. Hmmm, kali ni ummi masuk tido trus la. Penat berlari kuar masuk bilik.. Baring je atas katil, waaaa... bestnya tido. Hehehe.... Abah dah lena tido kat sebelah.

Pagi tadi ummi bangun lambat daripada kebiasaannya, 6 pagi. Jaga2 je dengar orang azan. Bingkas bangun dan terus ke bilik air. Tapi sempat singgah kat dapur, masakkan bubur Nawal. Masa nak solat, Nawal dah merengek2. Ummi angkat bawak keluar bilik dan letakkan atas toto kat sebelah sejadah. Sudah je solat, kita pegi dapur. Ummi kupas keledek, nanti nak bekalkan ke rumah nenek. Ummi panaskan sayur yang abah masak semalam (memang abah tinggalkan sikit untuk anaknya) sambil bancuh tepung keledek. Nawal main punggah2 kat rak dapur. Ummi biarkan aje. Kut nanti dah besar rajin tolong ummi plak. Habis urusan dapur kecuali goreng keledek, ummi masakkan air. Keledek boleh goreng sambil ummi pakai baju nanti, jap g nak mandikan Nawal. So ummi bubuh air trus dalm tab mandi Nawal. Sambil air tu masak, ummi gosok baju. Nawal lak main dalam walker, ke hulu ke hilir. Masa ni baru la abah bangun. Ntah bape kali ummi gerak daripada tadi, ni baru bangun. Mimpi solat cam semalam lagi ke abah ni?

Bila masak je air, ummi trus mandikan Nawal. Suka betul dapat mandi pagi2. Kecepak kecepuk main air... Abah lak sambung gosok baju. Sudah je ummi siapkan Nawal, ummi lak mandi. Keluar dari bilik mandi trus panaskan kuali nak goreng keledek. Sambil masuk dalam bilik tengokkan Nawal, abahnya mandi pulak. Sambil siap sambil goreng keledek, sambil tengokkan Nawal. Adakalanya ummi kendongkan Nawal. Perggghhh, pagi2 dah wat marathon kat dalam rumah. Bape banyak terbakar kalori ummi tak tau. Yang bagusnya, sejak sibuk menguruskan anak, suami, rumahtangga dan keja, ummi belaja buat keja rumah 2,3 keja dalam satu masa. Sambil buat tu, buat ni. Agaknya tu yang buat ummi lebih kurus daripada zaman anak dara. Kuikuikui... Penat sangat! Terutamanya setiap hari bangun seawal pagi untuk memasak bekalan Nawal tapi ummi puashati sebab anak ummi makan makanan homemade... Fresh kan... Sebab tu la jugak Nawal sangat2 jarang makan makanan readymade. Kepuasan yang sukar digambarkan dengan kata2...

Dalam pukul 7.45 camtu, settle semua keja. Abah pun dah sidaikan baju yang ummi basuhkan semalam. Bekalan Nawal dan bekalan ummi juga (botol susu je sebab nak perah susu kan). Sebelum ummi pakai tudung, ummi susukan Nawal dulu. Nanti lepas menyusu, Nawal ngan abah boleh turun bawah dulu. Pagi ni nawal sikit je menyusu, sebab banyak main. Sibuk dengan ambulance dia... Abah dah siap tunggu Nawal dan trus bawak turun bawah sambil ummi pakai tudung. Siap je depan cermin ummi tutup semua plug (kecali peti ais), gas, kemas barang mainan Nawal dan yang sewaktu dengannya. Tutup pintu sambil baca doa harian dan trus turun bawah. Masa tengah kunci rumah, ummi nampak Nawal dah round naik motor ngan abah. Maka hanya setakat di depan pintu ummi tinggalkan kerja2 rumah yang akan bersambung bila ummi bukak pintu semula petang nanti.......

* Uiiisshh, bila ummi baca balik catatan ni, mak ai banyaknya keja. Tak abih2 dan banyak sambil2. Dalam satu masa, buat itu buat ini. Tu abah bantu sana bantu sini, watnya abah jenis orang yang goyang kaki camne? Mau kering ummi, bukan kurus lagi. Hehehe... Tu la korang yang baca ummi nyer catatan ni... Ingat senang ke dah berumahtangga ni. Banyak cabarannya, sebab tu suami isteri kena saling bantu membantu. Dan latih2 la diri untuk buat keja itu dan ini serentak. Mula2 pening tapi lama2 pandai la korang adjust nanti. Mana2 suami yang isterinya fulltime housewife, jangan pandang je dia wat keja umah. Ringan2 kan tangan, jangan tau penat sendiri jek. Tapi si isteri, bila suami dah rajin jangan le ambik kesempatan plak k... Sama2 la kita muhasabah diri........

Wednesday, July 30, 2008

Sengih2 di suatu petang








Suka sangat dapat jumpa kenkawan ummi ye...














Tau je auntie Zila nak snap gambar, sengih trus...



















Bergambar dengan auntie Shidah... :)

My Asam Pedas Shop

















Jumaat, 18 Julai '08 yang lepas kami n d gang telah pegi meronggeng... ahaksss.. Disebabkan Nurul yang bakal bergelar raja sehari pd 080808 nanti kepingin asam pedas, sampai ke Ampang mencariknya. Kedai peberet asam pedas Zila plak tutup, so ktorang trus meronggeng area situ. Last2 nampak My Asam Pedas Shop... jeng jeng jeng... ktorang pun serbu la kedai Linda Onn ni. Blom dirasmikan lagi kedainya, furnishing pun tak siap. Tapi dah dibuka bagi sesaper yang kelaparan macam kitorg ni. Heheheh... Dekat TESCO Ampang tu jer. Sape nak try boleh le pegi sane yek..

Tuesday, July 29, 2008

Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia (1-7 Ogos 2008)

Arini ummi nak citer pasal Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia (1-7 Ogos 2008). Alhamdulillah, kesedaran orang ramai tentang penyusuan susu ibu kian meningkat. Dengan paparan di dalam akhbar2, majalah dan sebagainya turut menaikkan semangat ummi untuk terus menyusukan Nawal. Walaupun sekarang ni ummi menghadapi masalah kekurangan susu badan, ianya tak akan mematahkan semangat ni untuk memberikan makanan terbaik di dunia kepada anak ummi.

Berikut beberapa program sempena minggu penyusuan pada bulan hadapan :

1. PELANCARAN BUKU TATA ETIKA PEMASARAN MAKANAN BAYI DAN PRODUK BERKAITAN PENYUSUAN SUSU IBU SEDUNIA

Tarikh : 1 Ogos 2008
Masa : 8pagi - 12.30tgh
Tempat : Hospital Selayang
Diskripsi : Kementerian Kesihatan Malaysia akan melancarkan buku Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan sempena sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia. Ini merupakan pindaan ke-4 dibuat bagi meluaskan skop untuk merangkumi produk2 selain rumusan bayi yang mampu mempengaruhi amalan penyusuan susu ibu di Malaysia

2. SAMBUTAN MINGGU PENYUSUAN

Tarikh : 12 Ogos 2008
Masa : 9pagi - 5petang
Tempat : Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)
Diskripsi : PPUM mendedikasikan Sambutan Penyusian Susu Ibu buat Sokongan Ibu. Antara program2 yang dirancang adalah:
  1. Pengijazahan Bayi2 Yang Berjaya Dalam penyusuan Susu Ibu
  2. Penganugerahan kepada majikan, penjaga bayi dan Taska ke Arah Sokongan Positif Penyusuan Susu Ibu
  3. Kuiz antara Kumpulan Sokongan Ibu dan Anggota Kesihatan PPUM
  4. Forum Perdana, 'Ke Arah Piawaian Emas: Peranan Kami Dalam Menyokong, Mempromosi dan Melindungi Penyusuan Susu Ibu

*Bagi ibu2 yang ingin mendapatkan borang penyertaan program ini, sila lawati susuibu.com dan klik pada tajuk 'Program Penyusuan Susu Ibu Peringkat Kebangsaan' dalam Forum Kempen Penyusuan Ibu.

Meh la kengkawan, kita meriahkan program penyusuan susu ibu. Saya sendiri tak sabar2 nak join program ni. Harap2 ada kelapangan pada masa tu nanti. Kita jumpa di sana ye, InsyaAllah...

Monday, July 28, 2008

Balik kampung

Weekend lepas (26-27 Julai) kita balik Perak. Petang Jummat lepas keja trus kita balik kampung. Memula sampai umah atok tu biasa la, Nawal mesti nangis dulu bila nampak atok. Semenjak dari kecik sampai la ni Nawal memang taknak dekat langsung kat atok n tok (Pahang). Tapi bila nampak ambulance yang atok beli, excited main. Bole la atok cuit2 sket.

Esoknya masih jinak2 merpati lagi kat atok. Kadang2 ummi kesian kat atok, dia excited kat Nawal tapi Nawal wat dek je. Dengar suara pun cepat2 peluk ummi atau abah. Cuma bila nampak Mak Su n Pak Cu suka la plak. Malam Sabtu tu pun masa Pak Cu main lawan2 ngan Pak Ngah, Nawal yang nangis sebab Pak Ngah pukul Pak Cu. Sayang sangat Pak Cu ye... tu kan main2 je bukannya Pak Ngah pukul betul2...

Pagi Ahad tu la baru Nawal nak dapat atok. Tu pun sebab ummi yang suruh atok dukung je Nawal bawak keluar. Atok bawak pegi petik rambutan kat tepi rumah. Tangkai rambutan tu la yang Nawal main. Pastu main pasir. Suka la tu... Kebetulan depan rumah atok, ada satu rumah lagi tengah buat. Makanya masuk la lori dan jengkaut nak buat kerja2 rumah. Oooo, suka sangat anak ummi. Bising mulut cakap ntah paper kat atok. Atok apalagi, gelak besar la dia tengok cucunya bercakap sambil tangan tu duk tunjuk2 kat lori n jengkaut tu... Lama gak la baru atok bawak Nawal masuk rumah, tu pun sebab atok nak pegi kenduri kawin.

Dalam tengah hari tu, masa kita lepak2 depan tv, Nawal tunjukkan sesuatu yang sangat menggembirakan kita sekeluarga. Ummi tak sedar pun masa tu...

Abah : Lin. Tengok ni... (dalam nada perlahan)
Ummi : Ape dia? (sambil tengok kat abah)
Abah : Dia jalan sendiri (Mulut menjuih kat Nawal)
Ummi : Aaa? (Tengok cam tak caya, rasanya cam ternganga jap ummi)

Nawal masa tu tengah bertatih sendiri nak pegi kat abah. Ada dalam 4, 5 langkah gitu. Alhamdulillah. Pastu ummi trus tepuk tangan. Ummi suh jalan lagi Nawal taknak dah. Trus ummi dakap Nawal dan cium sepuas2nya. 27 Julai '08, Nawal dah mula bertatih sendiri...

Petang masa nak bertolak balik ke KL, Nawal cam selalu la. Mesti nangis. Dapat opah pun taknak. Atok lagi taknak. Takut kena tinggal ke sayang? Alahai Nawal Ashiqin, tak tergamak ummi tinggalkan anak ummi. Kalau boleh setiap masa nak berkepit tau.... Susah camne sekalipun, ummi akan pastikan Nawal sentiasa berada di sisi ummi dan abah...

Thursday, July 24, 2008

Injection

Lupa lak ummi nak update citer ni, Sabtu lepas Nawal kena inject utk Chicken Pox kat PUSRAWI Jln. Tun Razak, 19 Julai aritu. Kita pegi sama ngan Cik Ain, nanti lepas ni kan kita nak pegi PD. Ikutkan injection ni option jer tapi tak pe la, untuk kesihatan gak. Next appoinment 23 Ogos, 10.30 pagi untuk pneumococal vaccine.

Dah umur setahun lebih ni Nawal kena 2 kali je injection. Ikutkan memang mahal kos vaksin ni, RM300. Tapi selagi abah dan ummi boleh berusaha untuk memberikan yang terbaik buat Nawal dan masih dalam kategori mampu menampung kos tu, abah dan ummi akan bagi. Cabaran kesihatan dunia semenjak sekarang sangat besar untuk dihadapi. Qada' dan qadar Allah siapa yang dapat menentangnya tapi sebagai manusia kita boleh mencegah selagi termampu.

Semoga Nawal, abah dan ummi beroleh kesihatan yang baik supaya kita dapat menjalani kehidupan dengan sempurna. Paling penting kita dapat tunaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah di muka bumi ni...

Tuesday, July 22, 2008

Monday, July 21, 2008

Sakit perut lagi...

Ummi sakit perut lagi... Kali ni masa kat PD plak. Last week masa family day trip ke PD, pagi2 Ahad tu perut ummi meragam. Ntah pukul berapa masa tu ummi berkejar ke toilet. Lama tul bertapa, tak boleh nak bayangkan sakitnya. Baru minggu lepas sakit perut, pagi tu sakit lagi...

Sudahnya sampai ke Subuh ummi tak boleh lelapkan mata. Pagi2 ummi dah bagitau abah, tapi masa tu dah kurang sket. Sempat la pegi kolam bawak Nawal swimming. Masa nak checkout sekali lagi ummi bergegas ke toilet. Lega sket. Dah petang2 sket tu sakit balik tapi ummi cuba bertahan. On d way balik ke Klang (umah Wak Iza, my SIL) perut meragam semula. Ya Allah puas menahan sakitnya. Rasa tak sempat2 nak sampai ke rumah dah. Berpeluh badan menahan.

Sampai ke umah Wak Iza, ummi trus tuju toilet. Bila dah lega sket, ummi pun solat. Masa ni sakit lagi, rasa nak baring sangat2. Ummi ajak abah balik, maknanya kita tak tunggu makan malam ramai2 le kat umah Wak. Dalam pukul 6 lebih kita balik ke KL. Alhamdulillah sebelum Maghrib kita dah sampai umah. Masuk umah ummi trus cari ubat yang doktor bagi dulu. Trus makan...
  • Duspatalin 135mg Tab (mebeverine hcl) - 1 tablet 2 kali sehari, 1 jam sblm makan
  • Ultra Carbon 250mg tab -2 tablet 2 kali sehari, 1 jam sblm makan
  • ORS Powder - Uphalyte salt 240ml/74 - 1 paket 3 kali sehari, selepas makan
Lately ni memang ummi selalu sakit perut, food poisoning. Tapi kalau dah selalu, food poisoning gak ke? Sebelum2 ni ummi makan jer, tak sakit perut pun... tapi ye la kan, kalu Allah nak tarik nikmat tu sekejap jer. Mungkin ni peringatan supaya ummi jangan makan tak tentu hala lagi, walaupun ummi bukanlah seorang yang main belasah je makanan. Ummi pun jenis yang makan sket2 tapi kerap...

Mintak2 lepas ni tak sakit perut lagi... Tak berdaya nak menahannya.

Friday, July 18, 2008

Mainan baru

Semalam ummi pegi the mall beli barang2 untuk Nawal. Abah dah pesan belikan pelampung, so ummi belikan yg bentuk duck. Weekend ni kan kita nak pegi swimming kat PD. Hehehe, macam mana le rupanya anak ummi swimming ek?

Ummi pun ada belikan mainan music guitar. Sampai rumah abah bukakan dan bagi Nawal main. Sekali ajar terus tahu mana nak tekan. Mula2 tu seronok le dapat mainan baru, pastu dah main baling2. Alahai Nawal Ashiqin. Masa berdiri kat sofa, Nawal pijak2 kan. Semenjak dah tau berdiri ni, banyak menda yang kalau boleh nak diambik dengan kaki. Heran tul abah dan ummi. Daripada mana Nawal belajar ni sayang?

Masa ummi kemaskan almari baju, ummi jumpa balik 'comot' (bear) ummi dengan 'muuuuu' (cow nyer anak patung, hadiah auntie Nonie masa Nawal lahir). Ummi bawak keluar dan bagi Nawal main. Mula2 tu teruja tengok cow, lama2 boring... Anak ummi memang macamtu, mula2 excited pastu lelama taknak dah...

Thursday, July 17, 2008

Nawal Ashiqin, sejam selepas dilahirkan





Nawal Ashiqin Zailan telah diputerikan pada 9 Jun 2008, 1.39petang di Hopital PUSRAWI, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Berat 3.264kg, Wad An-Nur Tingkat 6, Bilik 1 Katil 2.

Selepas hampir 2 tahun....

Selepas hampir 2 tahun ummi tinggalkan hobi yang terchenta ni... Ni jahitan manik kat lengan baju kebaya pink Bandung (Farah belikan, thanx...). Skang ni pun tak abih lagi menjahitnya. Sebuk dengan tukang jahit kecikku, si Nawal Ashiqin. Seperti abah katakan, ni la cabaran. Waaduuhhhh... Harap2 dapat siap secepat mungkin. Nak jahit baju Nawal Ashiqin lak, mesin jahit Singer ummi dah merajuk tu. Lama ummi tak belai2 dia... Tunggu ye Singerku...

Jemput2 Rotiku...

Semalam ummi try wat jemput2 roti. Bunyi cam kelakar, ye la abah pun gelakkan ummi. Bukan nak bagi sokongan, gelak plak. Walaupun resepi ni mudah tapi ummi tak penah buat. Sekarang ni ummi tengah dilanda musim try resepi baru. (Orang lain dah terror wat resepi lain, aku baru nak try resepi simple ni...) Semangat nak mencuba tengah tinggi... Sebab ummi ada mission... Jeng, jeng, jeng... Abah gelak la, nanti tengok apa ummi nak buat...

So, ni resepi jemput2 roti yang ummi nak kongsikan...

Bahan2:

Roti (ikut suka nak buat berapa keping, ummi guna roti murah jer)
Sebiji telur
Bawang kecil (ikut suka berapa ulas)
Daun bawang/kucai
Tepung gandum
Garam (secukup rasa)

Cara2 membuat:
  1. Hiris bawang dan daun bawang/kucai.
  2. Pecahkan telur dan pukul sehingga sedikit kembang. Campurkan garam serta bawang dan daun bawang/kucai ke dalam bekas yang sama. Selepas itu masukkan pula tepung gandum. Cairkan sedikit bancuhan.
  3. Ambil beberapa keping roti dan carik kecil2. Masukkan ke dalam bancuhan tepung tadi. Kacau rata.
  4. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.
  5. Hidangkan mengikut kesukaan anda.

Ni resepi simple tapi enak dimakan bersama keluarga. Sape yang baru nak try, silakan. Jangan malu, biarlah orang gelakkan kita. Sekarang ni pandai skit2 masak pasni kalau rajin mencuba mesti pandai. Orang yang terror masak tu pun try resepi daripada bawah dulu... tak jadi tukang masak kat hotel pun takpe, janji jadi tukang masak kat rumah... Ahakkksss.

Pesanan khas buat abang... akan kutawan dirimu dengan resepi2 baruku... Tunngguuu...

Wednesday, July 16, 2008

nawal masak bubur

Semenjak sekarang ni anak ummi bangun seawal pagi seperti yang pernah ummi tuliskan. Tolong ummi masak, mengemas, gosok baju kalu ummi tak sempat gosok malam hari dan macam2 lagi.

Pagi2 tadi Nawal dah duduk kat dapur. Ummi bentangkan toto Nawal tu dan letak bekas botol susu supaya Nawal tak sejuk duk atas lantai. Sambil main bekas tu, dapatlah ummi masak bubur bayam. Pagi ni ummi cadang nak blend jer bayam tu. Dah lama bubur Nawal tak berwarna kan...

Masa nak blend tu Nawal datang dekat nak tengok apa ummi buat. Nak sangat tau kan... Jadi ummi ribakan Nawal dan pegang jari comel tu untuk onn kan plug blender. Bila blender dah berpusing, Nawal cam terkejut sket, cepat2 peluk ummi. Hehehe, Nawal terkejut yer. Sebenarnya ummi memang suka ajak Nawal wat kerja sama2, nanti Nawal pandai dan cepat belajar. Cuma tang menda yang melibatkan keselamatan, ummi akan pantau.

Sekarang ni pun Nawal selalu masak bubur sendiri kan. Best tak? Walaupun dalam ertikata lain sebenarnya ummi yang buatkan... nanti dah besar, rajin2 tolong ummi tau.

Subuh Mendanya?

Pagi tadi tak tau la apa yang membuatkan ummi mamai. Lepas dengar jam henpon berdering2, ummi trus bangun. Lepas minum air masak, trus pegi bilik air dan ambik wudhuk. Nak masuk je bilik ummi terjingkit2 ambik telekung. takut Nawal sedar ummi dah bangun. maklum la, bila sedar ummi takde Nawal akan nangis sekuat hati sungguhpun abah pujuk.

Baru je sudah berdoa ummi dengar Nawal menjerit2 kat bilik. Nawal... Nawal... Abah bangun dan bawakan puteri kesayangan ke ruang tamu dekat temat ummi solat. Pastu Nawal trus senyap. Abah berlalu ke bilik air, pastu trus naik katil. Eh eh eh abah ni, tak solat ke? Dua kali ummi cakap suh solat dulu, tapi abah wat dek jer...

"Lin solat apa pagi2 ni?"
"Haaa.... solat apa? Solat subuh la bah."
"Subuh mendanya, baru kul 5.20 pagi."
"Ha? 5.20? Eh abah ni biar betul..."
"Apa yang tak betulnya. Tengok jam."
"MasyaAllah, camne ummi salah tengok jam ni? Adusss..."

Lalu ummi trus dakap dan angkat Nawal naik katil semula. Apalagi kalau bukan menyusukan supaya Nawal tidur balik... Pasni senang ummi nak wat kerja umah.

Bahasa?

Sekarang ni anak ummi dah banyak betul cakap. Walaupun abah dan ummi masih tak faham dan memang tak akan faham apa yang Nawal cakapkan. Tapi istimewanya kami berdua faham apa yang cuba Nawal sampaikan... salah satu dialog kalau abah tegur sebab main kat plug. Konon2 nya nak explore la tu...

Abah : Nawal, jangan main dekat plug tu
Nawal : ,..?=-+?"&.., (Susah nak tulis butir2 perkataan Nawal)
Abah : Mari sini sayang
Nawal :;''...+-)?.. (Mengatakan taknak kepada abah)
Abah : Bahaya kan main kat situ. Mari sini...
Nawal : ?'$2#..+- (Kononnya dalam keadaan marah sebab abah kacau kosentrasi tengah main)

Nawal naik motor

Semalam kami sekeluarga pegi pasar malam kat Taman Datuk Senu, Sentul. Ni gara2 ummi puasa dan teringin nak berbuka dengan nasi kerabu. Alhamdulillah... lepas hajat dah. Sedap tul ummi makan semalam.

Nawal pun semalam first naik motor pegi pasar malam. Duk tengah2, tersepit jek. Hehehe... tapi kepala asyik nak pandang ke depan. Tangan kemas peluk abah. Rasanya semalam ummi happy sangat sebab dapat bawak Nawal round naik motor. Jakun plak ummi.... wakaka... Anak ummi relax jer. Suka le tu, rambut mengerbang ditiup angin...

Tuesday, July 15, 2008

3 hari cuti...

Ahad (13 Julai '08) pagi tu ummi sakit perut. Tak tau la nape. Nak sampai ke tengahhari tu ok la sket. Tak sakit sangat pun. Sempat mop lantai lagi. Abah dah ajak g PUSRAWI, tapi ummi yang degil. Kononnya sakit kejap jer. Pastu ummi telan pil chi kit teck aun.

Petang tu sakit balik, berulang ke bilik air. Naik letih dah ummi. Mula terpikir apa yang ummi makan. Tanya abah, dia kata tak sakit perut pun. Heran gak, apa yang dia makan itu la yang ummi makan. Tapi abah ok jer. Sup tulang semalam sedap ape abah masak. Takkan makan sup sakit perut? Lately ni pun ummi memang kerap sakit perut, pantang salah makan sket. Oh ye, agaknya ummi terlebih makan sambal kicap kut.. Dah tak tahan sangat, abah paksa gak pegi PUSRAWI. Doktor tu pun bagi macam2 ubat. Siap bagi MC lagi. Katanya teruk gak la ummi sakit perut ni sebab masa check kat perut ummi, bunyi semacam. Pastu kembung, mana taknya asyik ke bilik air mana ada dah makanan kat dalam perut. Badan dah sakit2, bibir kering.

So, semalam kita duk umah satu hari lagi dan ini bermakna kita bercuti selama 3 hari. Nawal seronok sangat sebab dapat 'bergayut'. Hehehehe... Ummi nak mengabiskan projek jahitan manik pun payah. Sekejap main plug la, sekejap main kat gril pintu la, sekejap ke dapur la peginya... adussss, letih melayan si kecik ummi ni. Tapi bila tengok keletah anak ummi ni, hilang penat sebenarnya. Kerana..... dikaulah cinta hati abah dan ummi...

Arini plak ummi kemaruk tengok web masak memasak ni. Ummi minat gak masak2 ni tapi sehingga kini masih tak beria-ia lagi nak memasak itu dan ini. Teruja tengok cupcake. Cam nak try, so ummi kumpul resepi dulu la. Nanti ummi buat ek...

Friday, July 11, 2008

sesajer...


Atas ni gambau masa kat Langkawi. Tengah pregant 3 bulan...
Zila pun masih dia alam anak dara lagi. Kikiki....

Abang tengah fishing kat Janda Baik. Masa ni belum sah bergelar suami lagi..

Abang dengan cucu Datuk Nik Mahyuddin, very cute boy...

Sepetang bersama Nawal

Semalam abah ada banyak keja. Jadi ummi balik dulu naik LRT. Maka, berjalan kaki la kita dua beranak balik ke rumah. Anak ummi memang suka jalan kaki, sebabnya boleh tengok bird, cat dan macam2 lagi...

Sampai dekat kawasan rumah, Nawal dah nampak bird kat padang kecik tu. Asalnya ummi letakkan Nawal kat bawah sebab nak bagi Nawal panjat sendiri tangga, alih2 jalan ke padang nak kejar bird. Yang kelakarnya, bila Nawal buat bunyi bird.... Kokkokokokk... Hehehe, semer benda Nawal wat bunyi ayam. Comel jer jari tu tunjuk bird sambil mulut tu bising wat bunyi2... Dah tu taknak ummi pegangkan tangan, nak lepas sendiri. Cam dah pandai jalan, setakat berdiri boleh la. Nawal pegang kemas baju ummi sambil kaki tu trus melangkah ke padang nak kejar bird. Habis bertempiaran bird lari bila nampak Nawal. Hehehhe...

Sampai kat aras 1, nampak lak cat... Punya la seronok anak ummi panjat tangga nak kejar cat. Langkah satu-satu. Cam orang besar la Nawal Ashiqin ni... Cat putih ni ada 2 ekor anak. Panjat2 pasu kat depan umah Cik Ina bila nampak si tembam abah ni. Dah lama main cakcak ngan cat, ummi trus dukung Nawal bawak naik tangga lagi. Dah nak dekat 6.30 dah sayang, kejap lagi Maghrib. Tapi Nawal meronta-ronta taknak naik. Nak main ngan cat lagi. Tak boleh la sayang... esok kita sambung yer.... Sampai depan rumah, kita duduk kejap kat depan pintu sambil tengok abang2 tu main ball kat court bawah tu. Tak lama pun, pastu kita trus masuk umah. Dan apa lagi kalau dah masuk umah ummi pun trus susukan anak ummi.....

Bangun seawal pagi...

Sejak awal Julai ni Nawal mula bangun seawal pagi. Masa ummi bangun sahur aritu, Nawal bangun sekali. Pukul 5 pagi. Bila keluar je daripada bilik tidur terus nak naik walker, pastu menjelajah satu rumah. Subuh2 dah sakan main anak ummi ni...

Pagi tadi 5.45 dah bangun. Ummi bawak keluar bilik, trus tuju tempat simpan barang2 mainan. Main punya main, tetiba Nawal yakyak... Eeee, busuk ler anak ummi pagi2 ni. Alang2 nak bersihkan Nawal ummi trus mandikan dengan air suam. Apalagi kalau dapat ke bilik mandi, kecepak kecepuk main air. Suka sangat. Tersengih-sengih jer. Pas pakai baju, Nawal sambung main semula. Sambil2 tu ummi rebuskan kentang (nak campur ngan nasik nnti). Sempat la ummi iron baju abah dan tudung yang tak sempat ummi habiskan semalam.

Bila dah nak anta ke umah nenek, cam biasa ummi susukan Nawal dulu. Tapi pagi ni nawal taknak menyusu. Dalam kete pun sama. tak penah tau Nawal tak nak nyusu sebelum pegi umah nenek. Ummi bukannya apa, risau... Nanti kut Nawal lapar ke, haus ke... Memang la ada ummi bekalkan susu ke rumah nenek, tapi tak sama dengan ummi susukan sendiri... Abah suruh nawal menyusu pun, Nawal wat dek jer. Nangis2 bila ummi cuba gak nak susukan. Tak apa la, agaknya nawal tak lapar lagi. Tengah excited main... Ummi pulak paksa2 ye...

Apa pun setiap hari dan setiap waktu bila ummi tinggalkan Nawal di rumah nenek hanya doa yang dapat ummi titipkan. Semoga anak ummi sihat, selamat dan dalam lindungan Allah selalu...

Wednesday, July 9, 2008

Naik motor

Hari ni 9 Julai 2008, tercatat la sejarah aku naik motor kat bandar besar KL. Menggigil gak la aku ni. Mana penah beb naik kuda besi kat tengah kesibukan KL ni. Memula anta Nawal tadi dia pun wat muka pelik. Selalu ari2 naik kete, leh 'drive'. (Setakat pegang stereng je la anak pompuan aku ni). Kehkehkeh...

Tapi ummi tau, Nawal happy naik motor ngan abah dan ummi. Cuma tak biasa kan. Mulai sekarang, abah dan ummi akan naik motor g keja. Nawal pun kena naik motor gak g umah nenek. Petang2 leh round kan sayang...

Ni semua gara2 nak kurangkan kos. Pasal rege minyak naik la terpaksa abah dan ummi ubah cara hidup walaupun dah tak tau mana nak ubah, mana nak budget lagi dah. Sebiasa mungkin hidup kita ni tapi sekarang lebih daripada biasa lagi. Naik gila dah nak ubah cara hidup. Orang yang duk kerusi empuk kat atas tu sedap la cakap ubah cara hidup. Rakyat kat bawah ni la yang rasa.

Sampai duit belanja makan pun kena cut. Tak tau la nak cakap macam lagi... Hidup perlu diteruskan juga...

Tuesday, July 8, 2008

Nawal masa wedding pak din




Gambar2 ni semer nyer daripada henpon Zila. Si kecik ni mmg suka orang ambik gambar dia...

Monday, July 7, 2008

Wedding Pejun & Intan








Ilyas dan Nawal, letih dah jadi penanggah..











Sama cantik sama padan kan...














Songket hijau persalinan Pejun dan Intan














Antara tetamu VIP, Shira n her sister. Hehehe...














Nda n Kak Ina...













My mum, u look so green today...













Mak Su Syitah n Adam, so cute...