Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, July 31, 2008

Sekadar catatan di hujung hari dan awal hari..

Semalam bila sampai je kat rumah, ummi trus susukan Nawal. Mengelekek Nawal bila nak nenen. Bagi kami berdua inilah saat yang paling ditunggu2. Sambil Nawal menyusu, ummi akan belai2 Nawal, cakap2 dengan Nawal... kadang2 bercerita, kadang2 bertanya aktiviti seharian Nawal di rumah nenek, kadang2 menyanyi, kadang2 bagi nasihat dan macam2 lagi.

Abah masa tu kat dapur. Trus capai periuk, masak nasi dan keluarkan bahan2 yang akan dimasak sekejap lagi. Memandangkan ummi berpuasa, kena la masak sebelum Maghrib. Menu semalam ialah ikan bilis goreng lengkuas, sotong tumis dan sayur masak air. Ummi tolong sikit2 je lepas susukan Nawal, yang lain semua abah buatkan. Terima kasih sayang kerana sedia berkongsi penat dan meluangkan masa untuk memasak pulak... Mmmuuahhsszz...

Habis je memasak, abah trus mandi dan solat. Sambil tu ummi tengokkan si cilik yang dah makin laju bertatih ni. Tiba je giliran ummi untuk mandi dan solat Nawal main dengan abah plak. Sekarang ni suka betul main kuda2 ngan abah. Nawal duk atas perut abah pastu henjut2kan abah. Selesai semua kita sekeluarga pun makan. Tapi Nawal tak makan nasi pun semalam, makan sayur yang abah masak air je. Tengok ummi n abah makan pun Nawal wat dek jer. Kenyang le tu, kalau tak mesti kacau nyer. Sibuk main ambulance... Lepas makan ummi masakkan agar2 buah plak. Sambil2 tu basuh pinggan, kupas buah dan cuci bahagian dapur mana yang patut. Sempat mop lantai lagi. Tapi tak sempat nak abiskan, Nawal merengek nak tido. Sempat lagi ummi tuangkan agar2 part 1 ke dalam bekas. Selesai je, berlari ummi trus angkat Nawal ke dalam bilik, abah sambung tengok TV. Ke TV yang tengok abah? Hehehe....

Bila Nawal dah tido, ummi bangun dan masukkan kain dalam mesin. Nak basuh kain plak. Baru berkira2 nak gosok baju, terdengar suara budak kecik menangis, sape lagi kan... Masuk balik dalam bilik, tidurkan semula anak ummi yang kadang2 manja sangat ni... Dalam pada tu dengar abah panggil nama ummi. Oooo, rupanya abah panggil sebab ingatkan ummi dah tertido. Agar2 kat dapur tu tak bertutup lagi. Ni agar2 part II, sebab ummi buat 2 lapisan. Bawah hijau atas merah. Buahnya cuma pir aje. Pas dah lena si Nawal ummi bangun, buat plak lapisan kedua agar2 tu. Pastu trus solat Isya'. Baru je nak melangkah ke dapur nak bersihkan sinki, Nawal nangis lagi. Hmmm, kali ni ummi masuk tido trus la. Penat berlari kuar masuk bilik.. Baring je atas katil, waaaa... bestnya tido. Hehehe.... Abah dah lena tido kat sebelah.

Pagi tadi ummi bangun lambat daripada kebiasaannya, 6 pagi. Jaga2 je dengar orang azan. Bingkas bangun dan terus ke bilik air. Tapi sempat singgah kat dapur, masakkan bubur Nawal. Masa nak solat, Nawal dah merengek2. Ummi angkat bawak keluar bilik dan letakkan atas toto kat sebelah sejadah. Sudah je solat, kita pegi dapur. Ummi kupas keledek, nanti nak bekalkan ke rumah nenek. Ummi panaskan sayur yang abah masak semalam (memang abah tinggalkan sikit untuk anaknya) sambil bancuh tepung keledek. Nawal main punggah2 kat rak dapur. Ummi biarkan aje. Kut nanti dah besar rajin tolong ummi plak. Habis urusan dapur kecuali goreng keledek, ummi masakkan air. Keledek boleh goreng sambil ummi pakai baju nanti, jap g nak mandikan Nawal. So ummi bubuh air trus dalm tab mandi Nawal. Sambil air tu masak, ummi gosok baju. Nawal lak main dalam walker, ke hulu ke hilir. Masa ni baru la abah bangun. Ntah bape kali ummi gerak daripada tadi, ni baru bangun. Mimpi solat cam semalam lagi ke abah ni?

Bila masak je air, ummi trus mandikan Nawal. Suka betul dapat mandi pagi2. Kecepak kecepuk main air... Abah lak sambung gosok baju. Sudah je ummi siapkan Nawal, ummi lak mandi. Keluar dari bilik mandi trus panaskan kuali nak goreng keledek. Sambil masuk dalam bilik tengokkan Nawal, abahnya mandi pulak. Sambil siap sambil goreng keledek, sambil tengokkan Nawal. Adakalanya ummi kendongkan Nawal. Perggghhh, pagi2 dah wat marathon kat dalam rumah. Bape banyak terbakar kalori ummi tak tau. Yang bagusnya, sejak sibuk menguruskan anak, suami, rumahtangga dan keja, ummi belaja buat keja rumah 2,3 keja dalam satu masa. Sambil buat tu, buat ni. Agaknya tu yang buat ummi lebih kurus daripada zaman anak dara. Kuikuikui... Penat sangat! Terutamanya setiap hari bangun seawal pagi untuk memasak bekalan Nawal tapi ummi puashati sebab anak ummi makan makanan homemade... Fresh kan... Sebab tu la jugak Nawal sangat2 jarang makan makanan readymade. Kepuasan yang sukar digambarkan dengan kata2...

Dalam pukul 7.45 camtu, settle semua keja. Abah pun dah sidaikan baju yang ummi basuhkan semalam. Bekalan Nawal dan bekalan ummi juga (botol susu je sebab nak perah susu kan). Sebelum ummi pakai tudung, ummi susukan Nawal dulu. Nanti lepas menyusu, Nawal ngan abah boleh turun bawah dulu. Pagi ni nawal sikit je menyusu, sebab banyak main. Sibuk dengan ambulance dia... Abah dah siap tunggu Nawal dan trus bawak turun bawah sambil ummi pakai tudung. Siap je depan cermin ummi tutup semua plug (kecali peti ais), gas, kemas barang mainan Nawal dan yang sewaktu dengannya. Tutup pintu sambil baca doa harian dan trus turun bawah. Masa tengah kunci rumah, ummi nampak Nawal dah round naik motor ngan abah. Maka hanya setakat di depan pintu ummi tinggalkan kerja2 rumah yang akan bersambung bila ummi bukak pintu semula petang nanti.......

* Uiiisshh, bila ummi baca balik catatan ni, mak ai banyaknya keja. Tak abih2 dan banyak sambil2. Dalam satu masa, buat itu buat ini. Tu abah bantu sana bantu sini, watnya abah jenis orang yang goyang kaki camne? Mau kering ummi, bukan kurus lagi. Hehehe... Tu la korang yang baca ummi nyer catatan ni... Ingat senang ke dah berumahtangga ni. Banyak cabarannya, sebab tu suami isteri kena saling bantu membantu. Dan latih2 la diri untuk buat keja itu dan ini serentak. Mula2 pening tapi lama2 pandai la korang adjust nanti. Mana2 suami yang isterinya fulltime housewife, jangan pandang je dia wat keja umah. Ringan2 kan tangan, jangan tau penat sendiri jek. Tapi si isteri, bila suami dah rajin jangan le ambik kesempatan plak k... Sama2 la kita muhasabah diri........

4 comments:

Shais said...

rajinnya suami ummi

ummi said...

Alhamdulillah, harap2nya dia akan lebih rajin slps ni, hehehe... dan saya akan trus sukses menjadi seorang isteri hendaknya...

mamahanees said...

A'ah, bersyukurlah saper yg dapat husband rajin. Yg dapat tak berapa nk rajin, mmg nak kena banyakkan sabar....silap aribulan....leh perang gak hehehe

Ummi said...

Salam Ummi - Puding tu kena kacau beria sikit 3 - 4 minit dan tutup api. Kacau lagi 2 - 3 minit k.. akak buat je gitu, rasanya ok je..