Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, July 17, 2008

Jemput2 Rotiku...

Semalam ummi try wat jemput2 roti. Bunyi cam kelakar, ye la abah pun gelakkan ummi. Bukan nak bagi sokongan, gelak plak. Walaupun resepi ni mudah tapi ummi tak penah buat. Sekarang ni ummi tengah dilanda musim try resepi baru. (Orang lain dah terror wat resepi lain, aku baru nak try resepi simple ni...) Semangat nak mencuba tengah tinggi... Sebab ummi ada mission... Jeng, jeng, jeng... Abah gelak la, nanti tengok apa ummi nak buat...

So, ni resepi jemput2 roti yang ummi nak kongsikan...

Bahan2:

Roti (ikut suka nak buat berapa keping, ummi guna roti murah jer)
Sebiji telur
Bawang kecil (ikut suka berapa ulas)
Daun bawang/kucai
Tepung gandum
Garam (secukup rasa)

Cara2 membuat:
  1. Hiris bawang dan daun bawang/kucai.
  2. Pecahkan telur dan pukul sehingga sedikit kembang. Campurkan garam serta bawang dan daun bawang/kucai ke dalam bekas yang sama. Selepas itu masukkan pula tepung gandum. Cairkan sedikit bancuhan.
  3. Ambil beberapa keping roti dan carik kecil2. Masukkan ke dalam bancuhan tepung tadi. Kacau rata.
  4. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.
  5. Hidangkan mengikut kesukaan anda.

Ni resepi simple tapi enak dimakan bersama keluarga. Sape yang baru nak try, silakan. Jangan malu, biarlah orang gelakkan kita. Sekarang ni pandai skit2 masak pasni kalau rajin mencuba mesti pandai. Orang yang terror masak tu pun try resepi daripada bawah dulu... tak jadi tukang masak kat hotel pun takpe, janji jadi tukang masak kat rumah... Ahakkksss.

Pesanan khas buat abang... akan kutawan dirimu dengan resepi2 baruku... Tunngguuu...

2 comments:

mamahanees said...

1st time dengar jemput2 roti. Nk cuba lah nanti. Sy pun kureng sket bab masak memasak ni :p

ummi said...

Silakan mamahaness... jangan hubby awak gelak cam hubby saya udah le. Umur dah 32 tahun tapi tak penah lagi makan jemput2 roti... Tapi lepas masak, laju je makan... :)