Semalam abah ada banyak keja. Jadi ummi balik dulu naik LRT. Maka, berjalan kaki la kita dua beranak balik ke rumah. Anak ummi memang suka jalan kaki, sebabnya boleh tengok bird, cat dan macam2 lagi...
Sampai dekat kawasan rumah, Nawal dah nampak bird kat padang kecik tu. Asalnya ummi letakkan Nawal kat bawah sebab nak bagi Nawal panjat sendiri tangga, alih2 jalan ke padang nak kejar bird. Yang kelakarnya, bila Nawal buat bunyi bird.... Kokkokokokk... Hehehe, semer benda Nawal wat bunyi ayam. Comel jer jari tu tunjuk bird sambil mulut tu bising wat bunyi2... Dah tu taknak ummi pegangkan tangan, nak lepas sendiri. Cam dah pandai jalan, setakat berdiri boleh la. Nawal pegang kemas baju ummi sambil kaki tu trus melangkah ke padang nak kejar bird. Habis bertempiaran bird lari bila nampak Nawal. Hehehhe...
Sampai kat aras 1, nampak lak cat... Punya la seronok anak ummi panjat tangga nak kejar cat. Langkah satu-satu. Cam orang besar la Nawal Ashiqin ni... Cat putih ni ada 2 ekor anak. Panjat2 pasu kat depan umah Cik Ina bila nampak si tembam abah ni. Dah lama main cakcak ngan cat, ummi trus dukung Nawal bawak naik tangga lagi. Dah nak dekat 6.30 dah sayang, kejap lagi Maghrib. Tapi Nawal meronta-ronta taknak naik. Nak main ngan cat lagi. Tak boleh la sayang... esok kita sambung yer.... Sampai depan rumah, kita duduk kejap kat depan pintu sambil tengok abang2 tu main ball kat court bawah tu. Tak lama pun, pastu kita trus masuk umah. Dan apa lagi kalau dah masuk umah ummi pun trus susukan anak ummi.....
1 comment:
Best kan tgk telatah anak sehari-hari. Ada jer benda baru yg dia leh buat. Comel jek....nawal berapa kg skrg ya? tembam tul :-)
Post a Comment