Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, July 28, 2008

Balik kampung

Weekend lepas (26-27 Julai) kita balik Perak. Petang Jummat lepas keja trus kita balik kampung. Memula sampai umah atok tu biasa la, Nawal mesti nangis dulu bila nampak atok. Semenjak dari kecik sampai la ni Nawal memang taknak dekat langsung kat atok n tok (Pahang). Tapi bila nampak ambulance yang atok beli, excited main. Bole la atok cuit2 sket.

Esoknya masih jinak2 merpati lagi kat atok. Kadang2 ummi kesian kat atok, dia excited kat Nawal tapi Nawal wat dek je. Dengar suara pun cepat2 peluk ummi atau abah. Cuma bila nampak Mak Su n Pak Cu suka la plak. Malam Sabtu tu pun masa Pak Cu main lawan2 ngan Pak Ngah, Nawal yang nangis sebab Pak Ngah pukul Pak Cu. Sayang sangat Pak Cu ye... tu kan main2 je bukannya Pak Ngah pukul betul2...

Pagi Ahad tu la baru Nawal nak dapat atok. Tu pun sebab ummi yang suruh atok dukung je Nawal bawak keluar. Atok bawak pegi petik rambutan kat tepi rumah. Tangkai rambutan tu la yang Nawal main. Pastu main pasir. Suka la tu... Kebetulan depan rumah atok, ada satu rumah lagi tengah buat. Makanya masuk la lori dan jengkaut nak buat kerja2 rumah. Oooo, suka sangat anak ummi. Bising mulut cakap ntah paper kat atok. Atok apalagi, gelak besar la dia tengok cucunya bercakap sambil tangan tu duk tunjuk2 kat lori n jengkaut tu... Lama gak la baru atok bawak Nawal masuk rumah, tu pun sebab atok nak pegi kenduri kawin.

Dalam tengah hari tu, masa kita lepak2 depan tv, Nawal tunjukkan sesuatu yang sangat menggembirakan kita sekeluarga. Ummi tak sedar pun masa tu...

Abah : Lin. Tengok ni... (dalam nada perlahan)
Ummi : Ape dia? (sambil tengok kat abah)
Abah : Dia jalan sendiri (Mulut menjuih kat Nawal)
Ummi : Aaa? (Tengok cam tak caya, rasanya cam ternganga jap ummi)

Nawal masa tu tengah bertatih sendiri nak pegi kat abah. Ada dalam 4, 5 langkah gitu. Alhamdulillah. Pastu ummi trus tepuk tangan. Ummi suh jalan lagi Nawal taknak dah. Trus ummi dakap Nawal dan cium sepuas2nya. 27 Julai '08, Nawal dah mula bertatih sendiri...

Petang masa nak bertolak balik ke KL, Nawal cam selalu la. Mesti nangis. Dapat opah pun taknak. Atok lagi taknak. Takut kena tinggal ke sayang? Alahai Nawal Ashiqin, tak tergamak ummi tinggalkan anak ummi. Kalau boleh setiap masa nak berkepit tau.... Susah camne sekalipun, ummi akan pastikan Nawal sentiasa berada di sisi ummi dan abah...

No comments: