Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, July 29, 2008

Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia (1-7 Ogos 2008)

Arini ummi nak citer pasal Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia (1-7 Ogos 2008). Alhamdulillah, kesedaran orang ramai tentang penyusuan susu ibu kian meningkat. Dengan paparan di dalam akhbar2, majalah dan sebagainya turut menaikkan semangat ummi untuk terus menyusukan Nawal. Walaupun sekarang ni ummi menghadapi masalah kekurangan susu badan, ianya tak akan mematahkan semangat ni untuk memberikan makanan terbaik di dunia kepada anak ummi.

Berikut beberapa program sempena minggu penyusuan pada bulan hadapan :

1. PELANCARAN BUKU TATA ETIKA PEMASARAN MAKANAN BAYI DAN PRODUK BERKAITAN PENYUSUAN SUSU IBU SEDUNIA

Tarikh : 1 Ogos 2008
Masa : 8pagi - 12.30tgh
Tempat : Hospital Selayang
Diskripsi : Kementerian Kesihatan Malaysia akan melancarkan buku Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan sempena sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia. Ini merupakan pindaan ke-4 dibuat bagi meluaskan skop untuk merangkumi produk2 selain rumusan bayi yang mampu mempengaruhi amalan penyusuan susu ibu di Malaysia

2. SAMBUTAN MINGGU PENYUSUAN

Tarikh : 12 Ogos 2008
Masa : 9pagi - 5petang
Tempat : Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)
Diskripsi : PPUM mendedikasikan Sambutan Penyusian Susu Ibu buat Sokongan Ibu. Antara program2 yang dirancang adalah:
  1. Pengijazahan Bayi2 Yang Berjaya Dalam penyusuan Susu Ibu
  2. Penganugerahan kepada majikan, penjaga bayi dan Taska ke Arah Sokongan Positif Penyusuan Susu Ibu
  3. Kuiz antara Kumpulan Sokongan Ibu dan Anggota Kesihatan PPUM
  4. Forum Perdana, 'Ke Arah Piawaian Emas: Peranan Kami Dalam Menyokong, Mempromosi dan Melindungi Penyusuan Susu Ibu

*Bagi ibu2 yang ingin mendapatkan borang penyertaan program ini, sila lawati susuibu.com dan klik pada tajuk 'Program Penyusuan Susu Ibu Peringkat Kebangsaan' dalam Forum Kempen Penyusuan Ibu.

Meh la kengkawan, kita meriahkan program penyusuan susu ibu. Saya sendiri tak sabar2 nak join program ni. Harap2 ada kelapangan pada masa tu nanti. Kita jumpa di sana ye, InsyaAllah...

No comments: