Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, May 13, 2013

Gambar lama




Terjumpa lagi gambar lama.... bila la nak print. Semenjak masuk zaman digital ni, banyak gambar dah tk diprintkan.... Penyakit M betul ummi ni..

Cameron Highland, 6 Februari 2012









Gambar ni ummi jumpa secara tak sengaja, masa ni Haseena belum lahir lagi. Persinggahan ke Cameron Highland pada Februari tahun lepas adalah secara tidak sengaja. Kami dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur sebenarnya.

Cakap-cakap orang yang dah berkahwin


Dah lama saya tak update blog ni, banyak menda berpusing2 tak lepas2 keluar. Idea menulis tu ada tapi dek kerana kesibukan tugas harian maka blog ni terbiar agak lama....

Kali ni saya nak bercakap mengenai hal rumahtangga walaupun hakikatnya rumah zaman moden ni banyak lif berbanding tangga, he3...

Perlu saya tegaskan di sini, apabila kita bercakap mengenai isu gender sampai dunia kiamat pun ianya takkan habis. Pasti ada tudingan jari kepada pasangan. Apapun yang akan saya perkatakan, mana yang baik ambillah jadikan panduan manakala yang sebaliknya jadikan pengajaran. Coretan ini juga ingatan buat saya sendiri yang adakalanya lalai.

Stress atau tekanan pasti pernah dirasai oleh semua orang terutamanya mereka yang telah berkahwin, tak kiralah suami mahupun isteri. Seringkali rumahtangga yang dilihat tidak berombak dianggap sangat bahagia manakala yang berantakan pastinya dilabel dengan pelbagai tuduhan atau tanggapan yang adakalanya tidak tepat langsung. Hati-hati ye Tuan-tuan dan Puan-puan... air yang tidak berombak itu tidak semestinya jernih sentiasa. Mungkin jernih pada kita yang memandang tetapi pada yang memikulnya tidak....

Jika kita melihat suami atau isteri sangat baik, tidak pernah komplen apa-apa tentang rumahtangga yang dilayari janganlah dianggap dia ok sentiasa! Ya benar, itu satu kenyataan! Sungguhpun pasangan kita ok, tanyalah khabar dia sesekali. Mungkin dalam diam dia mengharap supaya pasangannya bertanya tentang dirinya ataupun bercerita tentang apa saja dengannya. Suasana sunyi dalam rumahtangga boleh mnegundang kehambaran. Lazimya kita melihat si suami kurang bercakap dengan si isteri kerana kebetulan isterinya seorang yang berdikari maka pada fikirannya si isteri ok, baik2 aje. Jangan Tuan-tuan!

Apabila Tuan-tuan seorang yang sibuk dengan kerjaya, jadual dipenuhi dengan tugasan luar yang memakan masa berhari-hari, luangkanlah masa dengan sepotong ayat.. " sayang ok hari ni, penat tak? Anak2 nakal ke?" 

Keletihan menjaga anak-anak sendirian sukar untuk diungkapkan, dapat pula suami yang jenis tenang setenang air di kali. Aduhai….

Hanya mereka yang pernah melaluinya akan rasa bagaimana sukarnya memenuhi semua tuntutan. Saya sendiri sukar untuk memenuhi tuntutan yang biasa kita buat hari-hari. Pengalaman ditinggalkan suami membuatkan saya faham bagaimana ibu/bapa tunggal melalui hari-harinya. Saya selalu terbabas mengemas rumah, itulah yang membuatkan jiwa saya sakit. Nak sapu rumah pun kadang-kadang tak sempat. Masa tu la baru terfikir alangkah bagusnya kalau ada pembantu rumah. Tapi, disebabkan tiada kepercayaan untuk membawa orang luar hidup sebumbung dengan kami membuatkan saya nekad tidak mengambil pembantu rumah sehingga kini. Kalaulah masa akan datang fikiran saya berubah, tidaklah saya tahu pulak kan.

Oh ya, satu lagi yang selalu kita lupa, ucapan terima kasih kepada pasangan. Kalau dihitung sepanjang usia perkahwinan, berapa kali agaknya kita mengucapkan terima kasih kepada pasangan? Tak dinafikan, ada antara kita malu untuk mengucapkan terima kasih. Mengapa ye? Cuba-cubalah meringankan mulut untuk berterima kasih, hilang penat pasangan kita.

Ok, rasanya cukup sampai di sini. Lain kali kita kongsi lagi ya…

Friday, April 12, 2013

Bersama kawan2...




Lama dah ummi tak upload gambar bersama kawan2..... korang memang best!

Monday, February 18, 2013

Amah dera anak majikan

Kejadian di Bukit Setongkol, Kuantan tersebar sejak 16 Februari lalu benar-benar menggemparkan. Amah melambung anak majikannya yang baru berusia 4 bulan. Maaf, video tersebut tidak akan ummi upload di sini. Sangat mengerikan.

Saat mata menyaksikan rakaman yang ditunjukkan oleh suami, ummi benar-benar terkejut. Tak sangka, ada juga orang yang sanggup buat macam tu kat bayi yang belum tahu apa-apa. Allahhuakbar. Tak terjangkau dek fikiran ni.

Trauma pada bayi dan ibu bapanya bukan sesuatu yang boleh dipandang remeh. Ketakutan, kerisauan yang hanya dapat dirasai oleh mereka. Kita mungkin berkongsi rasa dan perasaan, tapi mungkin tidak sedalam mereka. Semoga keluarga ini tabah mengharunginya.

Mujurlah si bapa, 42 tahun melihat rakaman cctv pada jam 7.45 pagi ketika sedang minum di sebuah restoran. Kalau tidak, tak tahulah apa yang terjadi. Dah macam roti canai pulak dibuat dek amah kat bayi tu. Aduhai, runtun hati umi melihatnya. Bayi tersebut yang mengalami lebam di tangan dan cedera di kaki kiri dah pun menerima rawatan di Hospital Tuanku Afzan.

Semoga anak-anak ummi dan orang lain juga selamat ketika berada dalam jagaan pusat asuhan ataupun orang persendirian. Tatkala bersama kita juga biarlah keselamatan ditempat yang paling atas.

Sesungguhnya Allah juga tempat mengadu.


*******************************************************************


UPDATE : 19 FEBRUARI 2013

Hareez dimsukkan semula ke HTAA malam semalam berikutan tidak menunjukkan reaksi ketika dikejutkan oleh ibunya. Sangkaan Nina Suraya, 24 tahun nyata meleset apabila mengingatkan anaknya sedang tidur setelah tetamu beransur pulang.

Marilah kita semua berdoa supaya Hareez dalam keadaan selamat dan akan membesar seperti bayi-bayi lain....

Luv u Hareez...

Filem Juvana



Saya baru menonton filem JUVANA semalam di Astro First bersama keluarga. Filem yang memang saya tunggu sejak menjadi penonton setia drama Juvana sebelum ini.

Hasil arahan Faisal Ishak memang tak mengecewakan saya, cuma rasanya kalau dibuat dalam bentuk drama mungkin impaknya lagi besar. Lepas tengok satu episod, nak tengok episod satu lagi. Filem ni cuma sejam setengah je. Itu pada pandangan saya la.

Gandingan pelakon pelatih Wira Bakti memang serasi.sejak dulu lagi. Botak, Daim, Panjang, Apek, Kicap, Komeng, Ayam. Manakala Lan Todak yang dipegang oleh Shahnaz Ahmad juga sangat menjadi, rupa macam budak psiko dah si Shahnaz tu. Kehadiran Shafie Naswip dan Adlin Aman Ramli juga turut membantu. Ngeri sehh masa Botak simbah minyak panas kat Jamal. Hadoi, sakitnya!

Cuma ada satu scene yang tak nampak cam tak real sangat bagi saya iaitu masa warden memanggil para pelawat untuk keluar dari sekolah Indera Sakti masa rusuhan tu berlaku. Kalau warden tu datang dalam keadaan yang sedikit berlari saya kira dah ok. (Huhuu... sorry ya Faisal Ishak, saya komen sikit je)

Scene yang menyentuh hati bagi saya ada dua. Pertama, sewaktu si Adlin Aman Ramli bawak Botak jumpa Jamal yang terlantar sakit sebab kena minyak panas tu. Betul kata si Adlin, kita yang kena buang segala sifat negatif dalam diri kita baru kita rasa tenang. Kalau tak, semuanya serba tak kena, ibarat semua yang ada di keliling ni nak jatuhkan kita. Babak kedua, masa Botak mengadap Quran kat surau. Dengan tak tahu membaca ayat-ayat suci tu, dia tak tahu taubat dia diterima oleh Allah atau pun tak.

Bagi saya cerita banyak pengajaranya, jadi janganlah dipandang daripad sisi negatif sahaja. Kalau menonton dengan anak-anak, pastikan kita orang dewasa ada sekali. Bolehlah kita selitkan kata-kata nsihat masa menonton tu.

Antara pengajaran yang saya dapat :

1. Didikan awal seorang manusia bermula daripada keluarga, iaitu rumah. Kalau rumah tu ibarat syurga, InshaaAllah tenang dan baiklah penghuninya.

2. Selalulah berfikiran positif walaupun ujian yang datang sangat berat untuk dipikul. Allah tempat bergantung  untuk segala-galanya. Bagi peluang kedua pada diri kita untuk jadi lebih baik daripada sebelumnya.

3. Pilihlah kawan yang baik-baik, InshaaAllah baiklah juga kita nanti. Maaf, bukan bermakna menolak terus kawan-kawan yang tidak baik, tapi kita harus kuatkan diri kita supaya kita tak ikut terjebak sekali. Kalau boleh, bimbinglah kawan kita ke arah jalan yang benar.

4. Bagilah peluang kepada 'mereka yang pernah dihukum', tak kira apa jua kesalahannya. Kalau kita sisih mereka, seolah-olah kita menggalakkan mereka kembali kepada jalan lama. Mungkin agak sukar pada peringkat awal untuk mempercayai orang-orang seperti ini, tapi kita juga harus sama-sama usaha untuk membaiki keadaan.

5. Allah itu Maha Pengampun walau apa jua yang kita lakukan. Yang penting kita sungguh-sungguh bertaubat.

Sebenarnya banyak lagi pengajaran yang ada dalam filem ni. Pesan saya, mungkin pada kita sesuatu sisi itu nampak tidak baik tetapi pada Allah hikmahnya tidak terjangkau dek fikiran kita. Selamat menonton.

Cuma.... satu yang pasti, saya sangat rindukan Cikgu Zakiah, Cikgu Ariffin dan Cikgu Raja!

Thursday, February 7, 2013

Haseena di Tawakkal lagi


Haseena sudah 4 hari berada di Violet Paed. Ward di Tawakkal Hospital. Dia terkena viral infection...

Demamnya sekejap ok sekejap tak. Didahului selesema 2 minggu sebelumnya, barulah demam dan kahak menyusul. Sesekali dia batuk. Sudah lebih seminggu dia tak menjamah makanan. Aduhai kesiannya anak ummi.

2 kali ke klinik biasa, keadaannya tak berkurang, jadi ummi dan abah sepakat untuk berjumpa Dr. Kishore. Tengahari Isnin, 4/2/2013 Haseena terus ditahan di wad. Selang 4 jam dia perlu mengambil nebulizer di samping ubat-ubatan lain.

Cepat sembuh ye sayang... kesian dekat abah dan kakak. Sekarang pun kakak Ashiqin dan kakak Inshirah x sihat. Ummi pun sudah mula selesema...

Semoga Allah memberikan kesihatan yg baik buat kita semua...