Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, April 6, 2012

Sedang menunggu masa...

Alhamdulillah saya sudah berada di peringkat akhir mengandungkan anak yang ketiga ni. Tunggu masa je. Bersyukur sangat dengan perjalanan yang dilalui penuh dengan pengalaman sungguhpun cabarannya tetap ada seperti mengandungkan 2 orang kakaknya.

Sekali fikirkan, saya lebih rela merasai sakit bersalin daripada mengalami mabuk sepanjang 5 bulan terawal mengandung. Tapi kan, ianya mengajar saya supaya lebih bersyukur kerana ada orang lain yang mabuknya lebih teruk lagi. Sekurang2nya saya masih mampu bekerja walaupun tidak seaktif biasa.

Ya Allah, ternyata hambaMu ini bukanlah hamba yang terbaik kerana aku sering leka dengan dunia. Hanyut dalam keasyikan dunia sunggupun ada sedikit ruang hati yang putih sering mengatakan jangan buat sesuatu yang tidak disukai olehMu Allah. Semoga aku tergolong dalam golongan yang sentiada mendapat rahmatMu. Tolong pimpin diri ini hingga ke nafas yang akhir...

Ya Muhammad kekasihku, aku sungguh malu padamu kerana aku sering mengatakan yang aku cinta padamu tapi aku bukanlah pengikutmu yang benar2 memahamimu. Cinta itu tetap ada padamu tapi aku sering lupa dengan bisikan syaitan. Sunnahmu sering kuabaikan. Ya Muhammad aku benar2 ingin berada dekat denganmu.

Mak, ayah, mak dan abah... kalian adalah kegembiraan dan pahala buatku. Alangkah baiknya kalau kita dekat kerana aku sangat ingin merasakan ganjarannya bagi anak2 yang sering menatap dan mencium tangan orang2 tuanya. Sungguhpun jauh kalian tetap di hati. Maafkan kami kerana hanya sesekali menjengah kampung untuk meluangkan waktu bersama seperti mana yang telah kalian lakukan semasa kami kecil dulu.

Untuk abah pun, terima kasih kerana sudi menjadi insan paling akrab tak kira apa situasi pun. Sungguhpun kesibukanmu kadang2 membuatkan emosi ni tak tentu hala, saya tetap bersyukur. Dan, saya tidak dapat menafikan saya pernah merasa sedih kerana kesibukan sayang itu telah mengambil masa yang sepatutnya kita luangkan bersama. Sungguh saya sangat kedekut waktu dan ruang, malah hati saya terusik bila masa2 itu dialihkan kepada perkara lain. Banyak persiapan terpaksa saya lakukan sendiri tapi sekurang2nya sayang masih boleh menemani saya berumpa doktor. Oh, saya tidak mahu mengenangkannya semula apatahlagi sering ditinggalkan tiap hujung minggu. Ah, saya jauh lebih beruntungkan daripada orang lain yang duduk berjauhan. Hati, redha dan bersyukurlah dengan apa yang ada... Saya mohon ampun maaf ye atas segala cacat cela ketika menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu kepada anak2mu. Saya sayang awak sampai akhir hayat saya....

Buat kakak Ashiqin dan kakak Inshirah, kasih sayang ummi tidak pernah berkurang pun walau adik bakal lahir tak lama lagi. Malah kasih sayang itu kian bertambah kerana sesungguhnya cinta antara kita ini adalah nikmat yang tidak terhitung. Terima kasih Ya Allah kerana meminjamkan rasa cinta ini buat mereka. Tak tergambar penatnya melayan keletah kamu berdua tapi ummi bahagia. Bila malam lena mengulit, ummi selalu merenung wajah cinta ummi ini. Ummi mohon ampun dan maaf atas segala salah silap ummi sepanjang membesarkan kamu berdua. Pastinya ada salah silap di mana2. Ummi akan terus belajar sepanjang hayat untuk menjadi ibu yang yang terbaik.

Dan, saya juga mohon ampun maaf kepada semua yang mengenali saya. Tak kira adik beradik, saudara, sahabat, kawan di alam realiti mahupun maya atau dengan sesiapa sahaja. Dalam tak sedar mungkin saya pernah menyakiti kalian. Saya sayang anda semua...

Doakan saya dan anak kecil ini selamat serta sihat. Semoga dipermudahkan segala urusan hendaknya....