Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 25, 2008

Demam lagi...

Hari ni Nawal dah setahun 15 hari. Eeee, dah besar dah anak ummi ni. Hehehe.... Dan dah 2 hari gak la anak manja abah yang sorang tu demam. Masa ambik kat umah nenek petang semalam nyer, badan Nawal panas. Sampai umah abah trus check ngan termometer, 37.5C. Malam tu lepas makan abah trus bagi ubat demam yang memang ada simpan kat umah.

Pagi esoknya, 24 Jun tu abah n ummi bawak g klinik PUSRAWI Jln. Ipoh. Walaupun demam Nawal aktif cam biasa. Sejak dah boleh berdiri sendiri ni, Nawal taknak dipegang pun. Cam dah besar la kononnya. Tiba2 hidung ummi terbau sesuatu. Ooooo... patut la nak berdiri. Eeee, usyuk laaa... Nawal yekyek... Abah pun trus bagi kunci keta. Ummi trus dukung Nawal dan salin pampers kat kete.

Bila sampai giliran jumpa doktor, abah yang pegang nawal. Masa tu anak abah tu baik sangat. Doktor check dada dan belakang pun Nawal diam jer. Padahal sebelum ni mesti sebuk nak pegang stetoskop tu. Suhu badan Nawal naik 37.8C. So, doktor bagi ubat demam dan selesema. Dia tak bagi antibiotik sebab lepas 3, 4 hari kalau tak ok bawak balik jumpa dia.

Harap2 Nawal demam nbi sebab nak meringankan badan, nak berjalan la katakan. Tak sabar rasanya nak tengok nawal berjalan tatih2... Mesti comel. skang mulut pun leh tahan bisingnya. Bila tak nak, geleng2 kepala.

2,3 hari ni abah belikan telefon mainan masa g beli barang kat TF Mart kat Sg. Siput aritu. Nampak excited la, bila ummi pusing2 kan nombor tu Nawal trus angkat telefon tu letak kat telinga walaupun kadang2 tonggang terbalik. Nawal pun pandai dah pusingkan nombor telefon, berdering2 bunyinya. Bila tarik, lidah telefon tu terjelir. Mata berkelip-kelip. Kekekeke....

Akademi Al Quran


Semenjak 3 musim yang lalu, kami sekeluarga memang tak pernah miss tengok AQ. Program realiti TV yang sangat mengujakan. Alhamdulillah ada gak stesen TV yang terbuka mindanya dengan program sebegini. Dalam lambakan program realiti hiburan sekarang ni, muncul la AQ dan satu lagi program terbaru iaitu Akademi Nasyid.

Aku ni bukan la ahli agama, pelajar jurusan agama atau orang yang seangkatan dengannya. Cuma orang biasa yang tiba2 sangat menantikan program sebegini setiap minggu. Memang kalu nak dibandingkan jumlah penonton program realiti hiburan dengan program realiti cam AQ ni banyak bezanya, tapi ada sesuatu yang sangat istimewa pengisiannya di sini. Menghayati AQ daripada musim ke musim, minggu ke minggu kehebatannya tersendiri. Walaupun ganjaran yang ditawarkan bagai langit dan bumi dengan program2 lain, AQ tetap memberikan aura yang sangat berbeza.

Kalau nak sebut pasal juri, ketiga-tiga juri iaitu Ustaz Zamri Mohd Zainuddin, Ustaz Radzi Kamarul Hailan dan Ustaz Nazri Abdullah memang bertepatan. Tambah2 Ustaz Radzi bila bawak lagu, aaduuhhhh.... ternganga aku. Dengan gaya mulutnya ketika mengalunkan bacaan, dia ternyata hebat. Ustaz Nazri plak dalam musim ke-3 ni dah pandai buat lawak nampaknya. Dengan muka serius tu tiba2 mampu mengubah suasana yang tegang kepada relax. Mana taknya, dah tentu la peserta2 tu tengah takut boleh dia menyakat lagi. Ustaz Tajwid lak memang aku suka sejak adanya kelas 'Mari Mengaji'. Pandai dia mengajar budak2 tu dengan penuh tertib. Kalu anak aku dah besar nak jugak aku anta ngaji kat dia. Mau nyer dengan aku sekali g ngaji. Tajwid aku pun lintang pukang lagi ni.
Dilihat pada musim ke-3 ni aku menjangkakan Syamsul yang menang. Ye la dengan kelantangan suaranya, ketepatan tajwid dan lagu yang dibawanya buatkan setiap minggu aku tak sabau nak tengok 'adik' aku ni mengaji. Tapi ye la bukan rezeki dia malam tu. Ternyata Fakhrul mempersembahkan yang terbaik pada malam akhir AQ yang diakan di PICC, Putrajaya. Seperti kata Ustaz Radzi, "malam ini bukan kita ingin mencari kesalahan sesiapa tetapi mencari siapa yang terbaik." Si Tarmizi plak memang satu2nya peserta yang aku tengok paling konsisten dalam AQ ke-3. Dengan memperoleh 89%, dia hanya melayakkan dirinya berada di tempat ke-3. Sekurang2nya dia membuktikan pengorbanannya menyertai AQ berbaloi. Sungguhpun Sharifah Khasif tidak berpuas hati dengan bacaannya sendiri pada malam tersebut, siapa dapat menyangkal kehebatan gadis dari Perak ini berqasidah.

Apapun kami sekeluarga mengucapkan tahniah kepada semua peserta kerana anda semua telah berjaya membuka mata masyarakat kini bahawa masih ada golongan muda mencintai Al Quran!

Buat Fakhrul, jalan luas terbentang di hadapan maka berjalanlah sejauh mungkin untuk mengutip ilmu Allah yang begitu tinggi nilainya. Tak lupa buat Syamsul, kami semua nak tengok 'adik' beraksi dalam AQ yang akan datang......

Tuesday, June 24, 2008

Rumah oh rumah

Oleh kerana aku ni bukan la orang yang rajin tulih diari jadiknya blog ni sebagai medium aku la untuk meluahkan segala kusut masai pikiran kat dalam kepala ni. Haduiii, sejak akhir2 ni aku memang selalu sakit kepala. Pasai apa?

Semalam kami suami isteri dapat surat 'chenta' drpd bank. Mulai bulan ni dah kena start bayar duit umah. 'Senyum' lebar aku membacanya, kebetulan hubby aku cuti semalam. So, surat 'chenta' tu dapat kat aku la.... Allahhuakbar.... baru cakap ngan hubby pasal duit umah minggu lepas, minggu ni dah dapat suh bayar. Camne aku nak cakap yek, ktorang pening sebab baru2 ni tempat keje dah bekukan kemudahan pembayaran rumah kepada permohonan baru. Tu yang haru biru...

Sebelum wat keputusan nak beli umah ni pun ktorang dah abih pikir nak ambik umah tu. Berani sign sebab kemudahan pembayaran tu. Tup tup tup dibekukan. nak patah balik belakang, oh no! Duit simpanan dah banyak keluar semata-mata untuk menyelesaikan proses pembelian rumah tu. Ye la selama mana nak duk menyewa kan. Pikir2 begitu yang buatkan kami tekad beli rumah. Nak tunggu lagi lama, lagi mahal.

Bukan setakat aku sorang je yang pening kepala, kawan2 yang seangkatan dengan aku pun senasib dengan kami. Semua duk terjelepuk. Ktorang semua ni bukanlah orang senang, baru nak blaja hidup. Dah la dengan kenaikan rege minyak dan barang2 lain buat kami sesak, tambah satu lagi masalah rumah ni.

Mula la semalam aku pikir macam2 nak tambah duit. Buat kuih jual kat kafe tempat aku keja la. Wat bisnes online la. Tapi, pening pening. Aku tak leh pikir lagi dah. Kusut kusut. Daripada mana aku nak mula ni... Aku kena tenangkan pikiran dulu...

Ya Allah, aku mohon pada Mu tabahkanlah hati kami menempuh hari2 mendatang yang penuh cabaran ini. Semoga kami kuat dan diberikan perlindungan serta petunjuk oleh Mu. Permudahkanlah urusan kami setiap hari. Golongkanlah kami ini dalam golongan yang sabar dan tidak patah semangat meneruskan hidup walau apa jua rintangannya... Amin....

Monday, June 23, 2008

1st time…?...

Heheheh… ni kesah 1st time aku…

1st time masuk sekolah
-1986 kat Tabika KEMAS Kampung Pulau Mentimun, Sungai Siput (U), Perak. Cikgu aku namanya Cikgu Jamaliah atau lebih dikenali sebagai Cikgu Jama. Aku masuk Tabika ni sama ngan adik lelaki aku Amir. Best giler g sekolah. Sebab masa kecik2 mak aku cakap aku rajin g sekolah. Paling aku tak lupa masa penyampaian sijil akhir tahun aku jadi model peragaan baju pengantin. Siap mekap cantik2 (cantik ke? Ahahai...) dan pakai songkek merah hati. Glamer gitu...

1st time menjahit
- Masa ni aku sekolah rendah, tapi tak ingat tahun berapa. Aku ambik baju orang sedekah kat aku pastu gunting2 wat baju adik pompuan aku, Chik. Baju pengantin lak tu. Kikikikik… aku wat skirt, warna pink kain tu. Tak silap aku kain organza. Kelakau tul, guna mesin kaki Singer mak.

1st time duk spital
- Jangan tak caya, aku tak penah duk spital sehingga la tiba masanya aku melahirkan anak perempuanku, Nawal Ashiqin Binti Zailan pada 9 Jun 2007 jam 9.00 pagi. Kul 1.39 petang, Alhamdulillah aku selamat melahirkan seorang bayi perempuan. Uhhhhhhuuu, syahdunya time tu…

1st time berjauhan drpd family
- 1998, aku diterima masuk ke UiTM Shah Alam. Uwwwaaaa.... Seronok ada, sedih ada. Duk kat Kolej Seroja rasanya, aku pun tak berapa ingat. Masa mak aku nak balik tu, mak aku siap pesan jangan nangis. Heheheh, memang aku tak nangis pun tapi lepas bas pergi ambik kau. Nangis tak ingat. Tak penah berenggang bebs, mau nyer tak emo.... Tapi pastu ok la. 4 tahun gak nak mengabihkan blajo nyer.

1st time dapat bunga...
- Taraaaaa.... sape lagi klu bukan drpd hubby aku. Hahaha, akan ku kenang sampai bila2, 28 Mei 2005. Tapi boleh lepas hubby aku bagi bunga tu (masa tu belum kawen lagi la), aku gelak besar. Bukan gelakkan hubby aku tapi sbb aku nak cover malu. Aku tak penah dapat bunga. Kembang setaman hati aku, tak caya tuuu... pastu sama2 diam seribu bahasa. Eeee... aku nak cakap apa ni? Maluuuu....

1st time pakai tepon
- Disember 2004. Lepas dapat bonus tahunan. Baru tu la aku merasa pakai henpon Nokia. Nak dail pun terkial2, mana reti padahal time tuh orang lain dah jenuh pakai tepon dah. Aku je yang ketinggalan.

1st time kena gosip
- Wakakaka, masa darjah 5. Kena gosip ngan anak ustaz sekolah aku. Uuuuppsss... past is past kan. Mana kawan aku ni pegi skang haaa? Tapi yang best nya kerana gosip jugak la aku dan hubby aku skang ni jadik pasangan bahagia. Member opis duk gosip ktorang siap nyanyi lagu Saiful 1 in Million tu. Hehehehe..

1st time naik ke awan
- Baru lagi, tahun lepas. Disember 2007. Family day kat Sabah. Macam2 rasa. Takut, syok, hairan dan ntah pape lagi la... masa ni Nawal baru 6 bulan. Kecik2 dah naik aeroplane anak aku ni. Flight kul 9pagi, malam tu takleh nak tido sangat. Tak keruan... Tapi hubby aku relax je sebab dah banyak kali naik kat atas awan. Aku je yang jakun...

Lain kali kalu aku ada masa, aku tambah lagi la kesah2 1st time aku ni. Sementara ni, tu je yang aku ingat...

Thursday, June 19, 2008

Nawal Love Susu Ummi....

Sehingga ke hari ni anak ummi yang bernama Nawal Ashiqin sudah pun berusia 1 tahun 10 hari. Selama itulah ummi menyusukan Nawal dengan susu badan. Alhamdulillah. Bila orang tanya:

"Sihatnya anak awak, bagi minum susu apa?"
"Susu badan."
"Susu badan? Abih keje camner?"
"Kat opis saya perah. Balik rumah susukan trus daripada badan."
"Bagusnya."

Hehehe, sedikit sebanyak ummi terasa bangga. Bangga kerana ummi telah memberikan makanan terbaik dalam dunia ni kepada anak ummi. Tekad ummi, adik-adik Nawal nanti pun InsyaAllah nak fully BF. Tiada siapa yang dapat menyangkal kehebatan susu ibu.

Tapi rintangan yang terpaksa ummi lalui bukanlah semudah yang disangka. Seawal kelahiran puteri ummi ni, sedara mara ramai yang tak setuju bila ummi katakan ummi bagi susu badan pada Nawal. Ummi masih ingat seorang daripada sedara ummi pernah cakap....

"Takkan nak bagi susu badan je. Tak cukup..."

Betapa terhirisnya ummi pada waktu itu. Dengan ilmu yang cetek, ummi risau juga kemungkinan yang akan berlaku kepada anak ummi nanti. Akhirnya ummi suakan juga FM. Menangis-nangis Nawal taknak menyusu dengan FM. Masa tu ummi tak tau nak mengadu dekat sapa. Abah pun sama dengan ummi, experience takde ilmu pun kurang. Opah memang pro BF tapi dia sendiri tak tau nak wat camne sebab masa opah susukan ummi dulu, opah tak keje. Jadi, takde la masalah. Sudahnya ummi menangis. Tapi satu hari tu ummi kuatkan hati bulatkan tekad walau apa pun orang cakap ummi akan susukan juga anak ummi dengan susu badan. Lantak korang la nak cakap apa.

Sehingga umur Nawal menginjak setahun, production susu ummi agak menurun dengan mendadak. Tak tau la mengapa. Agaknya berat badan ummi yang makin hari makin menurun membuatkan susu berkurangan. Rasanya ummi kuat makan tapi berat badan tak naik-naik. Sekarang ummi lebih kurus daripada zaman anak dara. Ramai orang yang bila jumpa ummi cakap ummi makin kurus. Entah la... apa juga saranan untuk tingkatkan productiuon susu semua ummi makan. Ini semua untuk kepentingan anak ummi juga. Harap esok lusa susu ummi banyak balik.

Baru-baru ni nenek yang jaga Nawal cakap yang anak manja abah ni taknak FM. Berkali-kali bancuh tapi tetap taknak. Nawal lebih rela minum air masak daripada FM. Terharu gak la ummi tapi kerisauan tetap ada sebab ummi takut Nawal tak dapat cukup susu plak. Sekarang ni ummi hanya berjaya buat stok sebanyak 8oz sehari. Bayangkanlah banyak mana anak ummi minum susu. Tu yang bila balik rumah, ummi terus susukan. FM yang ummi belikan tu nampak gayanya terbiar camtu aje. Setin tu RM50tt tau, susu soya lak tu bukan susu lembu. Ye la anak ummi alah kepada susu lembu kan sementelah Nawal menghidap atopic eczema semenjak lahir. Tapi takkan abah dan ummi nak berkira dengan RM50tt tu dengan nilai kesihatan Nawal.

Alhamdulillah kesedaran untuk menyusukan anak dengan susu badan telah wujud di dalam diri ummi sejak sebelum berkahwin lagi. Dan ianya terlaksana kini.... Ummi mampu senyum lebar sayang... Hanya kerana susu ummi...

Manik-manik hobiku...


Semalam aku ala2 boring gitu. Bengap jer. Kepala berat... Agaknya banyak pikir pasal masalah ekonomi kut. Wakaka... Macam Perdana Menteri lak aku nih. Hehehe...

Petang tu aku meluangkan masa menjenguk blog aku ni yang dah lama kubiarkan bersemak. Aku tebaskan pokok-pokok yang menyemak ni n then aku pulihara balik. Waa... sekarang berwajah baru. Taraaa.... Alamak perasan la plak aku... Sambil-sambil tu aku p jengah lak kat kebun orang lain (drpd dlm pagar kebun aku sendiri la). Mak ai orang lain nyer kebun cantik tuuu... Aku jengah ngan opismate aku skali. Teruja tu... Eh, melalut la plak aku ni...

Aku nak cakap yang aku ni baru je lepas tengok hasil kraftangan kawan-kawan kat dalam wanitamelayu.com. Cam biasa kitorang berdua ni hantu manik sket. Jahit-jahit manik tu. Lama dah aku tinggalkan hobi aku tu. Skang nak start balik. Aku cadang nak bubuh manik kat kebaya Bandung yang Farah beli tu. Kasi lip lap sket. Ahakksss, glamer gitu...

Tup tup datang opis pagi ni si Zila dah bawakkan manik dan contoh kain yang dah dibubuh manik. Mak ai Zila ni, lebih excited nampak. Kuikuikui... Nampaknya kau tengah bersemangat waja ni. Esok Jumaat rehat lama sket, boleh la aku g cari manik-manik tu. Eeee.... tak sabau dah ni.

Sebenarnya hubby aku yang handsome ;p tu penah cakap kat aku, kalu nak betul-betul jahit manik pegi la blaja. Ooohhh.. so sweet la honey. Semalam Zila dah tengok kelas jahit manik ni ada kat Sentul Ahad ni tapi dah plan nak balik kampung. Alaaa... ada je aral melintangnya.

Takpe takpe, ni semua tak mematahkan semangat aku....

Wednesday, June 18, 2008

Nawal dalam kotak






Nawal kena wat OT...





pening pening...

Apa yang aku nak tuliskan ni adalah pandangan peribadi aku sendiri... Samaada ada orang setuju atau tidak terpulang pada individu tu sendiri.

Aku nak tulis pasal perkara yang tengah 'hot' dibincangkan, didebatkan dan diperkatakan setiap hari, setiap masa... lebih 'hot' daripada 'HotFM' sendiri. Apalagi kalau bukan pasal rege minyak dan rege barang yang naik. Selama ni aku simpan sendiri dalam kepala. Jadi pendengar luahan2 orang sekeliling. Kritik sendiri2 jer...

Kenaikan harga minyak dunia tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun. Kesannya kepada dunia juga dan Malaysia terkena tempiasnya. Oleh yang demikian kerajaan telah menaikkan harga minyak, tarif elektrik sambil memberi amaran kepada pengusaha2 makanan, bas sekolah dan sebagainya lagi supaya tidak menaikkan rege sesuka hati. Kerajaan juga telah mengumumkan langkah2 yang perlu diambil oleh segenap lapisan rakyat untuk mengatasi kemelut yang melanda ni. Bagai 'tsunami' la katakan. Menteri 'berkenaan' pun turun padang dengan wajanya menerangkan kepada rakyat tentang rasionalnya kenaikan rege minyak. Masuk TV kuar TV, duduk satu meja dengan media, dengan pengkritik, dengan pembangkang untuk berbincang pasal ni. Semalam 'orang kuat' PETRONAS pun turun padang menjawab isu2 yang berbangkit pasal PETRONAS. Hebat sungguh nampaknya. Dalam satu berita pagi kat sebuah radio tu (aku tak ingat tarikhnya) seorang 'orang atas' mengatakan bahawa rakyat kini sudah faham dan menerima akan kenaikan rege minyak di pasaran. Ye ke? Hmmmm....

Baru2 ni plak kerajaan bagi rebat minyak sebnyak Rm625 kepada pemilik kenderaan 2,000cc dan ke bawah. Maka berduyun-duyun la rakyat beratur di pejabat pos untuk mendapat rebat tu. Tak kira la tua ke muda ke. Elaun menteri-menteri pun dah dipotong 10%. Satu perkembangan positif la walaupun sebenarnya hidup rakyat masih terhimpit.

Dalam masa yang sama timbul lak isu pembayaran gaji 2 kali sebulan. Pong pang pong pang sana sini... dalam Berita Harian tadi (18 Jun 2008) kuar la tajuk besar yang mengatakan isu gaji 2 kali sebulan ni belum muktamad. Akan dikaji semula. Semua ni dibuat sebab kerajaan nak tolong rakyat untuk menguruskan perbelanjaan yang ditanggung.

Komen aku pasal semua ni ialah, kitaorang yang kat bawah ni pening. Pening, pening... Tau tak? Suh rakyat ubah cara hidup. Nak ubah camne lagi? Nak jimat camne lagi? Tak tau nak jimat kat mana lagi. Budget makan pun dah kena potong nampaknya. Penah sekali dalam satu akhbar suh rakyat kurang makan nasi gara-gara kenaikan rege beras tak lama dulu. Tu makanan ruji orang Malaysia kan. Anda cuba bayangkan orang miskin yang cuma mampu beli beras sahaja untuk mengenyangkan perut. Kalau disuruh kurang makan nasik, abih depa nak makan apa yang boleh mengenyangkan? Paling abih pun beras boleh gak buat bubur yang tentunya boleh 'share' reramai.

Ubah gaya hidup, nak ubah camne lagi? Dulu berkereta skang naik LRT. Dulu naik LRT skang naik motor. Dulu naik motor skang naik ape? Naik basikal? Naik beca? Atau jalan kaki? Wahai 'orang atas', bayangkanlah hidup kami ni... Ubah camne lagi? Anak ramai yang nak kena disuapkan nasik. Nasik lagi... Poket kena isik ngan duit, kang tetiba cikgu mintak duit itu la duit ini la. Hadui...

Semalam rege ayam naik sampai Rm8 sekilo. Mak ai... mahalnya. Apa yang murah skang ni ek? Ikan? Hmmm, lebih kurang sama je. Kalu dah rege minyak naik, rege barang automatik naik la. Nak angkut barang tu ke hulu hilir bukannya dengan air. Dengan minyak tau.

Gaji nak dibagi 2 kali sebulan. Boleh ke membantu kalu takuk gaji sama je. Dulu naik gaji tapi rege barang naik juga. Apa bezanya? Perbelanjaan duit gaji bergantung kepada individu. Kalu individu tu pandai 'manage' duit tu ok la kan. Kalu jenis yang boros takleh nak wat apa jugak...

Ada gak yang bercadang untuk cari 'side income' bagi menampung perbelanjaan harian. Boleh bukan tak boleh tapi dikhuatiri masa bersama keluarga berkurangan. Sapa yang rasa dia mampu untuk tangani masalah ni semua dengan wat kerja sampingan silalah tapi pastikan 'ANDA TIDAK MENGABAIKAN KELUARGA ANDA'. Juga TIDAK MENGABAIKAN PERINTAH ALLAH. Takut kuat sangat bekerja lupa pulak urusan dengan Allah.

Hmmmm... nak wat camne kan, sian kita yang kat bawah ni... Dah letih dah nak pikir semua benda yang bersarang dalam kepala otak ni . Corat-coret ni aku sendiri punya pandangan. Korang aku tak tau la...

Tuesday, June 17, 2008

3 Mei 2008




2 Mei 2008







Happy Father's Day

Untuk 'Abah' yang sangat cute....

Happy Father's Day n wish u happy go lucky always. Hehehe... Dah 2 kali abah sambut kan. Tahun lepas Nawal baru 6 hari. Masa tu kat kampung Perak, tiap2 minggu abah balik. Kali ni kita kat kampung gak tapi kat Pahang. Mmmm, buat masa sekarang takde hadiah lagi nak kasik kat abah walaupun abah tak mintak. Tuuunnnggguuuu............... 'surprise'...

Kiranya setakat ni, hanya ayat2 kat bawah ni je yang ummi ada untuk didedikasikan buat abah yang sangat kami cintai...

For My Husband...
I think of you often and always with love
I think about how hard you work
and how much you do for the family...

There are many time
When I think of you, dear
And feel proud
and thankful
and very lucky
you are my husband...

Tuesday, June 10, 2008

Tembamnya...

Tembamnya anak abah ni...

Miss u my dear... hubby n nawal

Dua hari ni aku g keje tak seperti biasa. Sama tapi tak serupa. Hubby aku takde. Dia cuti dua hari... Huwaaa, sangap jap aku. Selalu nampak je kelibat dia... Tapi ye la dah nama kat tempat keje kan, kena profesional. Tapi....

Miss u honey.. :p Dua orang pengarang jantungku menanti di rumah. Apa la yang dyorang buat agaknya. Keletah puteri kecik aku tu selalu di ingatan :) Lambat lagi la 5.30... Jadiknya aku pun merayap jap kat gambau lama2...

Gambau2 Lama...

Gambau bawah pokok kelapa. Desaru 2005... Haru biru betul masa ni...
KatJohor Bahru, 11 Mei 2005. Masa ni tak kawen lagi...
Lepas aerobik... Letih maa...
Sekuntum mawar merah...

From my dearest... :p



Thank you honey...