Apa yang aku nak tuliskan ni adalah pandangan peribadi aku sendiri... Samaada ada orang setuju atau tidak terpulang pada individu tu sendiri.
Aku nak tulis pasal perkara yang tengah 'hot' dibincangkan, didebatkan dan diperkatakan setiap hari, setiap masa... lebih 'hot' daripada 'HotFM' sendiri. Apalagi kalau bukan pasal rege minyak dan rege barang yang naik. Selama ni aku simpan sendiri dalam kepala. Jadi pendengar luahan2 orang sekeliling. Kritik sendiri2 jer...
Kenaikan harga minyak dunia tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun. Kesannya kepada dunia juga dan Malaysia terkena tempiasnya. Oleh yang demikian kerajaan telah menaikkan harga minyak, tarif elektrik sambil memberi amaran kepada pengusaha2 makanan, bas sekolah dan sebagainya lagi supaya tidak menaikkan rege sesuka hati. Kerajaan juga telah mengumumkan langkah2 yang perlu diambil oleh segenap lapisan rakyat untuk mengatasi kemelut yang melanda ni. Bagai 'tsunami' la katakan. Menteri 'berkenaan' pun turun padang dengan wajanya menerangkan kepada rakyat tentang rasionalnya kenaikan rege minyak. Masuk TV kuar TV, duduk satu meja dengan media, dengan pengkritik, dengan pembangkang untuk berbincang pasal ni. Semalam 'orang kuat' PETRONAS pun turun padang menjawab isu2 yang berbangkit pasal PETRONAS. Hebat sungguh nampaknya. Dalam satu berita pagi kat sebuah radio tu (aku tak ingat tarikhnya) seorang 'orang atas' mengatakan bahawa rakyat kini sudah faham dan menerima akan kenaikan rege minyak di pasaran. Ye ke? Hmmmm....
Baru2 ni plak kerajaan bagi rebat minyak sebnyak Rm625 kepada pemilik kenderaan 2,000cc dan ke bawah. Maka berduyun-duyun la rakyat beratur di pejabat pos untuk mendapat rebat tu. Tak kira la tua ke muda ke. Elaun menteri-menteri pun dah dipotong 10%. Satu perkembangan positif la walaupun sebenarnya hidup rakyat masih terhimpit.
Dalam masa yang sama timbul lak isu pembayaran gaji 2 kali sebulan. Pong pang pong pang sana sini... dalam Berita Harian tadi (18 Jun 2008) kuar la tajuk besar yang mengatakan isu gaji 2 kali sebulan ni belum muktamad. Akan dikaji semula. Semua ni dibuat sebab kerajaan nak tolong rakyat untuk menguruskan perbelanjaan yang ditanggung.
Komen aku pasal semua ni ialah, kitaorang yang kat bawah ni pening. Pening, pening... Tau tak? Suh rakyat ubah cara hidup. Nak ubah camne lagi? Nak jimat camne lagi? Tak tau nak jimat kat mana lagi. Budget makan pun dah kena potong nampaknya. Penah sekali dalam satu akhbar suh rakyat kurang makan nasi gara-gara kenaikan rege beras tak lama dulu. Tu makanan ruji orang Malaysia kan. Anda cuba bayangkan orang miskin yang cuma mampu beli beras sahaja untuk mengenyangkan perut. Kalau disuruh kurang makan nasik, abih depa nak makan apa yang boleh mengenyangkan? Paling abih pun beras boleh gak buat bubur yang tentunya boleh 'share' reramai.
Ubah gaya hidup, nak ubah camne lagi? Dulu berkereta skang naik LRT. Dulu naik LRT skang naik motor. Dulu naik motor skang naik ape? Naik basikal? Naik beca? Atau jalan kaki? Wahai 'orang atas', bayangkanlah hidup kami ni... Ubah camne lagi? Anak ramai yang nak kena disuapkan nasik. Nasik lagi... Poket kena isik ngan duit, kang tetiba cikgu mintak duit itu la duit ini la. Hadui...
Semalam rege ayam naik sampai Rm8 sekilo. Mak ai... mahalnya. Apa yang murah skang ni ek? Ikan? Hmmm, lebih kurang sama je. Kalu dah rege minyak naik, rege barang automatik naik la. Nak angkut barang tu ke hulu hilir bukannya dengan air. Dengan minyak tau.
Gaji nak dibagi 2 kali sebulan. Boleh ke membantu kalu takuk gaji sama je. Dulu naik gaji tapi rege barang naik juga. Apa bezanya? Perbelanjaan duit gaji bergantung kepada individu. Kalu individu tu pandai 'manage' duit tu ok la kan. Kalu jenis yang boros takleh nak wat apa jugak...
Ada gak yang bercadang untuk cari 'side income' bagi menampung perbelanjaan harian. Boleh bukan tak boleh tapi dikhuatiri masa bersama keluarga berkurangan. Sapa yang rasa dia mampu untuk tangani masalah ni semua dengan wat kerja sampingan silalah tapi pastikan 'ANDA TIDAK MENGABAIKAN KELUARGA ANDA'. Juga TIDAK MENGABAIKAN PERINTAH ALLAH. Takut kuat sangat bekerja lupa pulak urusan dengan Allah.
Hmmmm... nak wat camne kan, sian kita yang kat bawah ni... Dah letih dah nak pikir semua benda yang bersarang dalam kepala otak ni . Corat-coret ni aku sendiri punya pandangan. Korang aku tak tau la...
No comments:
Post a Comment