Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 25, 2008

Akademi Al Quran


Semenjak 3 musim yang lalu, kami sekeluarga memang tak pernah miss tengok AQ. Program realiti TV yang sangat mengujakan. Alhamdulillah ada gak stesen TV yang terbuka mindanya dengan program sebegini. Dalam lambakan program realiti hiburan sekarang ni, muncul la AQ dan satu lagi program terbaru iaitu Akademi Nasyid.

Aku ni bukan la ahli agama, pelajar jurusan agama atau orang yang seangkatan dengannya. Cuma orang biasa yang tiba2 sangat menantikan program sebegini setiap minggu. Memang kalu nak dibandingkan jumlah penonton program realiti hiburan dengan program realiti cam AQ ni banyak bezanya, tapi ada sesuatu yang sangat istimewa pengisiannya di sini. Menghayati AQ daripada musim ke musim, minggu ke minggu kehebatannya tersendiri. Walaupun ganjaran yang ditawarkan bagai langit dan bumi dengan program2 lain, AQ tetap memberikan aura yang sangat berbeza.

Kalau nak sebut pasal juri, ketiga-tiga juri iaitu Ustaz Zamri Mohd Zainuddin, Ustaz Radzi Kamarul Hailan dan Ustaz Nazri Abdullah memang bertepatan. Tambah2 Ustaz Radzi bila bawak lagu, aaduuhhhh.... ternganga aku. Dengan gaya mulutnya ketika mengalunkan bacaan, dia ternyata hebat. Ustaz Nazri plak dalam musim ke-3 ni dah pandai buat lawak nampaknya. Dengan muka serius tu tiba2 mampu mengubah suasana yang tegang kepada relax. Mana taknya, dah tentu la peserta2 tu tengah takut boleh dia menyakat lagi. Ustaz Tajwid lak memang aku suka sejak adanya kelas 'Mari Mengaji'. Pandai dia mengajar budak2 tu dengan penuh tertib. Kalu anak aku dah besar nak jugak aku anta ngaji kat dia. Mau nyer dengan aku sekali g ngaji. Tajwid aku pun lintang pukang lagi ni.
Dilihat pada musim ke-3 ni aku menjangkakan Syamsul yang menang. Ye la dengan kelantangan suaranya, ketepatan tajwid dan lagu yang dibawanya buatkan setiap minggu aku tak sabau nak tengok 'adik' aku ni mengaji. Tapi ye la bukan rezeki dia malam tu. Ternyata Fakhrul mempersembahkan yang terbaik pada malam akhir AQ yang diakan di PICC, Putrajaya. Seperti kata Ustaz Radzi, "malam ini bukan kita ingin mencari kesalahan sesiapa tetapi mencari siapa yang terbaik." Si Tarmizi plak memang satu2nya peserta yang aku tengok paling konsisten dalam AQ ke-3. Dengan memperoleh 89%, dia hanya melayakkan dirinya berada di tempat ke-3. Sekurang2nya dia membuktikan pengorbanannya menyertai AQ berbaloi. Sungguhpun Sharifah Khasif tidak berpuas hati dengan bacaannya sendiri pada malam tersebut, siapa dapat menyangkal kehebatan gadis dari Perak ini berqasidah.

Apapun kami sekeluarga mengucapkan tahniah kepada semua peserta kerana anda semua telah berjaya membuka mata masyarakat kini bahawa masih ada golongan muda mencintai Al Quran!

Buat Fakhrul, jalan luas terbentang di hadapan maka berjalanlah sejauh mungkin untuk mengutip ilmu Allah yang begitu tinggi nilainya. Tak lupa buat Syamsul, kami semua nak tengok 'adik' beraksi dalam AQ yang akan datang......

No comments: