Oleh kerana aku ni bukan la orang yang rajin tulih diari jadiknya blog ni sebagai medium aku la untuk meluahkan segala kusut masai pikiran kat dalam kepala ni. Haduiii, sejak akhir2 ni aku memang selalu sakit kepala. Pasai apa?
Semalam kami suami isteri dapat surat 'chenta' drpd bank. Mulai bulan ni dah kena start bayar duit umah. 'Senyum' lebar aku membacanya, kebetulan hubby aku cuti semalam. So, surat 'chenta' tu dapat kat aku la.... Allahhuakbar.... baru cakap ngan hubby pasal duit umah minggu lepas, minggu ni dah dapat suh bayar. Camne aku nak cakap yek, ktorang pening sebab baru2 ni tempat keje dah bekukan kemudahan pembayaran rumah kepada permohonan baru. Tu yang haru biru...
Sebelum wat keputusan nak beli umah ni pun ktorang dah abih pikir nak ambik umah tu. Berani sign sebab kemudahan pembayaran tu. Tup tup tup dibekukan. nak patah balik belakang, oh no! Duit simpanan dah banyak keluar semata-mata untuk menyelesaikan proses pembelian rumah tu. Ye la selama mana nak duk menyewa kan. Pikir2 begitu yang buatkan kami tekad beli rumah. Nak tunggu lagi lama, lagi mahal.
Bukan setakat aku sorang je yang pening kepala, kawan2 yang seangkatan dengan aku pun senasib dengan kami. Semua duk terjelepuk. Ktorang semua ni bukanlah orang senang, baru nak blaja hidup. Dah la dengan kenaikan rege minyak dan barang2 lain buat kami sesak, tambah satu lagi masalah rumah ni.
Mula la semalam aku pikir macam2 nak tambah duit. Buat kuih jual kat kafe tempat aku keja la. Wat bisnes online la. Tapi, pening pening. Aku tak leh pikir lagi dah. Kusut kusut. Daripada mana aku nak mula ni... Aku kena tenangkan pikiran dulu...
Ya Allah, aku mohon pada Mu tabahkanlah hati kami menempuh hari2 mendatang yang penuh cabaran ini. Semoga kami kuat dan diberikan perlindungan serta petunjuk oleh Mu. Permudahkanlah urusan kami setiap hari. Golongkanlah kami ini dalam golongan yang sabar dan tidak patah semangat meneruskan hidup walau apa jua rintangannya... Amin....
No comments:
Post a Comment