Semalam aku ala2 boring gitu. Bengap jer. Kepala berat... Agaknya banyak pikir pasal masalah ekonomi kut. Wakaka... Macam Perdana Menteri lak aku nih. Hehehe...
Petang tu aku meluangkan masa menjenguk blog aku ni yang dah lama kubiarkan bersemak. Aku tebaskan pokok-pokok yang menyemak ni n then aku pulihara balik. Waa... sekarang berwajah baru. Taraaa.... Alamak perasan la plak aku... Sambil-sambil tu aku p jengah lak kat kebun orang lain (drpd dlm pagar kebun aku sendiri la). Mak ai orang lain nyer kebun cantik tuuu... Aku jengah ngan opismate aku skali. Teruja tu... Eh, melalut la plak aku ni...
Aku nak cakap yang aku ni baru je lepas tengok hasil kraftangan kawan-kawan kat dalam wanitamelayu.com. Cam biasa kitorang berdua ni hantu manik sket. Jahit-jahit manik tu. Lama dah aku tinggalkan hobi aku tu. Skang nak start balik. Aku cadang nak bubuh manik kat kebaya Bandung yang Farah beli tu. Kasi lip lap sket. Ahakksss, glamer gitu...
Tup tup datang opis pagi ni si Zila dah bawakkan manik dan contoh kain yang dah dibubuh manik. Mak ai Zila ni, lebih excited nampak. Kuikuikui... Nampaknya kau tengah bersemangat waja ni. Esok Jumaat rehat lama sket, boleh la aku g cari manik-manik tu. Eeee.... tak sabau dah ni.
Sebenarnya hubby aku yang handsome ;p tu penah cakap kat aku, kalu nak betul-betul jahit manik pegi la blaja. Ooohhh.. so sweet la honey. Semalam Zila dah tengok kelas jahit manik ni ada kat Sentul Ahad ni tapi dah plan nak balik kampung. Alaaa... ada je aral melintangnya.
Takpe takpe, ni semua tak mematahkan semangat aku....
No comments:
Post a Comment