Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, June 19, 2008

Nawal Love Susu Ummi....

Sehingga ke hari ni anak ummi yang bernama Nawal Ashiqin sudah pun berusia 1 tahun 10 hari. Selama itulah ummi menyusukan Nawal dengan susu badan. Alhamdulillah. Bila orang tanya:

"Sihatnya anak awak, bagi minum susu apa?"
"Susu badan."
"Susu badan? Abih keje camner?"
"Kat opis saya perah. Balik rumah susukan trus daripada badan."
"Bagusnya."

Hehehe, sedikit sebanyak ummi terasa bangga. Bangga kerana ummi telah memberikan makanan terbaik dalam dunia ni kepada anak ummi. Tekad ummi, adik-adik Nawal nanti pun InsyaAllah nak fully BF. Tiada siapa yang dapat menyangkal kehebatan susu ibu.

Tapi rintangan yang terpaksa ummi lalui bukanlah semudah yang disangka. Seawal kelahiran puteri ummi ni, sedara mara ramai yang tak setuju bila ummi katakan ummi bagi susu badan pada Nawal. Ummi masih ingat seorang daripada sedara ummi pernah cakap....

"Takkan nak bagi susu badan je. Tak cukup..."

Betapa terhirisnya ummi pada waktu itu. Dengan ilmu yang cetek, ummi risau juga kemungkinan yang akan berlaku kepada anak ummi nanti. Akhirnya ummi suakan juga FM. Menangis-nangis Nawal taknak menyusu dengan FM. Masa tu ummi tak tau nak mengadu dekat sapa. Abah pun sama dengan ummi, experience takde ilmu pun kurang. Opah memang pro BF tapi dia sendiri tak tau nak wat camne sebab masa opah susukan ummi dulu, opah tak keje. Jadi, takde la masalah. Sudahnya ummi menangis. Tapi satu hari tu ummi kuatkan hati bulatkan tekad walau apa pun orang cakap ummi akan susukan juga anak ummi dengan susu badan. Lantak korang la nak cakap apa.

Sehingga umur Nawal menginjak setahun, production susu ummi agak menurun dengan mendadak. Tak tau la mengapa. Agaknya berat badan ummi yang makin hari makin menurun membuatkan susu berkurangan. Rasanya ummi kuat makan tapi berat badan tak naik-naik. Sekarang ummi lebih kurus daripada zaman anak dara. Ramai orang yang bila jumpa ummi cakap ummi makin kurus. Entah la... apa juga saranan untuk tingkatkan productiuon susu semua ummi makan. Ini semua untuk kepentingan anak ummi juga. Harap esok lusa susu ummi banyak balik.

Baru-baru ni nenek yang jaga Nawal cakap yang anak manja abah ni taknak FM. Berkali-kali bancuh tapi tetap taknak. Nawal lebih rela minum air masak daripada FM. Terharu gak la ummi tapi kerisauan tetap ada sebab ummi takut Nawal tak dapat cukup susu plak. Sekarang ni ummi hanya berjaya buat stok sebanyak 8oz sehari. Bayangkanlah banyak mana anak ummi minum susu. Tu yang bila balik rumah, ummi terus susukan. FM yang ummi belikan tu nampak gayanya terbiar camtu aje. Setin tu RM50tt tau, susu soya lak tu bukan susu lembu. Ye la anak ummi alah kepada susu lembu kan sementelah Nawal menghidap atopic eczema semenjak lahir. Tapi takkan abah dan ummi nak berkira dengan RM50tt tu dengan nilai kesihatan Nawal.

Alhamdulillah kesedaran untuk menyusukan anak dengan susu badan telah wujud di dalam diri ummi sejak sebelum berkahwin lagi. Dan ianya terlaksana kini.... Ummi mampu senyum lebar sayang... Hanya kerana susu ummi...

No comments: