Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, August 26, 2009

Kekandaku pulang...

Alhamdulillah... akhirnya hari ni tiba juga. Setelah jenuh menghitung hari, membilang jari dan yang seumpamanya...kekandaku akan pulang hari ni. Aku suka sangat. Sebab kat dada ni dah penuh dengan rindu dendam buat dia yang sangat kukasihi...

Apatah lagi puteri kecik aku tu, si kakak sangat2 la merindui abahnya. Hari2 suh call abah... tipon abah, tipon abah... Selagi tak calll selagi itu la kakak akan melalak. Aku rasa satu blok tu dengar dia nyer nangis. Memang tak hingat klu kakak nangis, terus gear 3, 4. Takde gear 1, 2 dulu.. Dan kerana kakak dah makin pandai bercakap la membuatkan hati seorang ibu seperti aku cepat tul tersentuh! Sepanjang 4 bulan pregnant ni, dah 2 kali kekandaku outstation. Bukan sehari dua tapi 2 minggu dan kadang2 lebih. Huwwwaaaa.... tu yang kekadang aku plak nangis lebih daripada kakak. Nasib baik kekandaku bukan askar, klu tak mesti aku nangis lagi tak hingat. Upppsss... sebenarnya aku dan kakak sama jer, klu nangis tak hingat dunia! Hehehehe...

Tak sabar lak nak tunggu kul 2 ni. Pandai je aku budget kekandaku sampai kul 2, hehehe... Pape pun kudoakan semoga perjalanannya selamat sampai ke sini. Aku menantimu sayang... Hahaha...

Thursday, August 20, 2009

H1N1 - 1

H1N1? Janggal rasanya bila pertama kali mendengar namanya. Mula2 dikesan di Amerika Syarikat pastu trus merebak ke seluruh dunia. Sampai la ni, Malaysia dah berada di kedudukan ke-8 dunia dlm kes influenza H1N1 ni. Dengan populasi penduduk 27 juta kita berada betul2 di bawah Thailand. Sungguh menakutkan!

Dah tu aku ni dikategorikan dlm golongan yang berisiko tinggi terhadap pandemik paling buruk dunia. Allahhuakbar, mohon dijauhkan... Cepat2 la penyakit ni pulih.

Sejak 2 minggu yang lalu aku telah menggunakan mask samaada di ofis ataupun di tempat awam. Mungkin aku ni dalam kategori yang lambat kesedarannya tapi klu dlm lrt tu aku tengok masih ramai yang tak menggunakan mask. Slumber je... Ingatkan aku ni yg paling lambat sedar. Skrg ni pun tiap2 hari aku basuh baju yg aku pakai ke ofis. Walaupun sebenarnya takde la sampai ke tahap tu yg disarankan oleh Kementerian Kesihatan. Tapi memikirkan tahap kesihatan dunia yg semakin kritikal membuatkan aku jugak menjadi seorang yg agak kritikal ttg kebersihan. Kakak Nawal pun dah pandai pakai sanitizer, ikut dia tiap jam nak pakai. Hehehe... Kekerapan basuh tangan pun nampaknya semakin meningkat dari hari ke hari. Hujung minggu pun takde dah plan utk pegi merewang sana sini. Sementelah kekandaku jauh di mata lagi la aku memerap di rumah...

Eh, jap lagi la sambung aku punya tot tet ni. Ada something nk wat jap ek...

Wednesday, August 19, 2009

Apa khabar semua?

Assalamua'laikum dan salam bahagia buat semua.... Maaflah sebab lama tul tuan punya blog ni menghilangkan diri. Sunyi sepi tanpa sebarang catitan atau pesanan.

Sebenarnya Lin takde g mana2 pun, masih di sini. Tidak berubah tempat meskipun cuaca dunia kian berubah warnanya. Huhuhu... sejak bila lak pandai mewarnakan kata2 ni. Ahakkksss... jangan tak tau kita ni pun boleh la memaniskan kata2 tapi masa sekolah dulu la. Skang cakap straight to d point je, lagi senang kan...

Banyak yang nak diceritakan dalam blog ni tapi faktor kesihatan diri betul2 menghalang niat tu. Terpendam sekian lama, arini boleh la gagahkan juga meninggalkan berita. Senang2 nanti akan terupdate la blog ni ye, tungguuu...