Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, August 20, 2009

H1N1 - 1

H1N1? Janggal rasanya bila pertama kali mendengar namanya. Mula2 dikesan di Amerika Syarikat pastu trus merebak ke seluruh dunia. Sampai la ni, Malaysia dah berada di kedudukan ke-8 dunia dlm kes influenza H1N1 ni. Dengan populasi penduduk 27 juta kita berada betul2 di bawah Thailand. Sungguh menakutkan!

Dah tu aku ni dikategorikan dlm golongan yang berisiko tinggi terhadap pandemik paling buruk dunia. Allahhuakbar, mohon dijauhkan... Cepat2 la penyakit ni pulih.

Sejak 2 minggu yang lalu aku telah menggunakan mask samaada di ofis ataupun di tempat awam. Mungkin aku ni dalam kategori yang lambat kesedarannya tapi klu dlm lrt tu aku tengok masih ramai yang tak menggunakan mask. Slumber je... Ingatkan aku ni yg paling lambat sedar. Skrg ni pun tiap2 hari aku basuh baju yg aku pakai ke ofis. Walaupun sebenarnya takde la sampai ke tahap tu yg disarankan oleh Kementerian Kesihatan. Tapi memikirkan tahap kesihatan dunia yg semakin kritikal membuatkan aku jugak menjadi seorang yg agak kritikal ttg kebersihan. Kakak Nawal pun dah pandai pakai sanitizer, ikut dia tiap jam nak pakai. Hehehe... Kekerapan basuh tangan pun nampaknya semakin meningkat dari hari ke hari. Hujung minggu pun takde dah plan utk pegi merewang sana sini. Sementelah kekandaku jauh di mata lagi la aku memerap di rumah...

Eh, jap lagi la sambung aku punya tot tet ni. Ada something nk wat jap ek...

3 comments:

Fara said...

tu la lin...risau sgt skg. nk keluar berjalan mana2 pn jadi takut...

cik abg u ke mana?

ummiLIN said...

Fara... cik abang i jauh di utara bertugas demi agama, bangsa dan negara. Hukhukhuk... sedih toi! Sok nak pose dah ni. Huwwaaaa....

airikamalek said...

Semoga kita semua terhindar dari segala penyakit dan kesihatan kita sentiasa terpelihara...