Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, July 26, 2012

Bacaan surah Toha oleh pemuda Jerman

http://www.youtube.com/watch?v=PM4e5zV0cz0&feature=related

Semoga ramai lagi anak muda seperti ini... sejuknya bumi yang kurasakan....

Thursday, July 19, 2012

Angah... Leukimia ALL

Petang ini saya terjumpa satu page di FB pasal seorang budak yang menghidap leukimia ALL (Acute Lymphoblastic Leukimia). Dia hanya berusia 5 tahun dan dikenali sebagai Angah dalam keluarganya, sekarang masih mendapat rawatan di PPUM.

Sayu hati saya melihat keadaannya. Sungguh mereka sekeluarga diuji, kalaulah saya di tempat mereka belum tentu saya tabah menghadapinya. Saya juga dimaklumkan oleh bapanya bahawa Angah menghidap penyakit ini semenjak 2010 tetapi sembuh selepas itu. Sehinggalah awal 2012 penyakit ini menyerang kembali. Angah sudah membuat kimo tetapi keadaannya tidak berubah. Sebelum ini doktor memberikan 30% harapan untuk sembuh tetapi kini tidak lagi. Allahhuakbar! Hanya Allah yang tahu hikmahnya kan...

Untuk melihat perkembangan Angah, sila lihat di http://www.facebook.com/mynamenizam. Mereka sekeluarga mengharapkan doa daripada kita semua di luar ni. Tetapi jika anda ingin membantu daripada segi kewangan sila salurkan sumbangan pada adik ipar saudara Khairulnizam di :

Asfa Zura Mohd Noor
Maybank : 162311000302
Bank Islam : 06055020055600
CIMB : 06070002406209

Saya akan update story ni lagi yer...

UPDATE

Angah makin menunjukkan perubahan positif sungguhpun masih berada di PPUM. Kunjungan dan doa daripada kita semua sedikit sebanyak membantu Angah dan keluarga untuk terus bertahan serta melawan penyakitnya. Hanya Allah yang tahu hikmah di sebalik ujianNya... Marilah kita terus memberikan sokongan dan doa buat mereka. 

UPDATE - 16/8/2012

Semalam ketika menjengah FB ayah Angah, hati saya sangat sayu. InsyaAllah minggu depan (Rabu), Angah akan membuat kimoterapi dengan dos yang tinggi kerana dos yang sekarang ini tidak mendatangkan apa2 kesan. Cumanya, kata doktor ianya sangat berisiko dan kemungkinan boleh membawa maut. Oleh kerana itulah ayah Angah meminta rawatan ini dibuat selepas hari raya supaya anaknya dapat berjumpa dengan saudara mara. Ya, ketika saya membaca status ayah Angah, berderai air mata ni. "Apa pilihan yang saya ada..." Allahhuakbar, ianya sangat menyentap jiwa saya.

Hanya Allah tempat kita mengadu... (tak sanggup nak tulis lagi...)

Wednesday, July 18, 2012

Mengantuk sangat ni...

Isnin malam lepas (16 Julai) Haseena kena ambik injection untuk tiga bulan. Next appoinment jatuh pada 10 September 2012. Masa tu Haseena dah 5 bulan.

Haseena menangis sikit masa kenaa cucuk tu, dan Alhamdulillah dia tak demam. Cuma petang Selasa tu pengasuh di taskanya cakap dia meragam. Pada firasat kami mungkin dia sakit pada tempat yang kena cucuk tu. Balik tu memang saya ulit dia supaya dia rasa selesa, segala rengekannya saya layan walaupun saya sendiri keletihan. Saya tak masak pun malam tu, hanya singgah membeli nasi ambeng dan mee sup. Suami pula nak ke pasaraya selepas Maghrib nanti untuk membeli sedikit jajan buat majlis harijadi kakak yang akan diadakan di tadikanya pada Rabu.

Sehinggalah abahnya balik, Haseena masih tidak mahu duduk diam. Dia hanya mahu dipangku, maknanya saya juga masih tidak mandi. Saya jangkakan dia akan tidur cepat dan lena nanti, jadi bolehlah saya membantu abahnya packing jajan. Tapi, rupanya semua tu meleset. Dia terus berjaga dan merengek. Nak katakan demam, tidak pula. Jadi, saya hanya terus melayan dia. Memang jelas dia kurang mesra, tidak seperti selalu. Pantang di agah, mesti cepat je dia tersengih2.

Jam kian menginjak ke tengahmalam tapi matanya langsung tidak menunjukkan yang dia akan tidur. Malahan bawah matanya sudah ada kelopak kecil yang terbentuk akibat menangis. Sudah 2 kali juga saya menyalin pampersnya, tak terdaya saya untuk memakaikan CD lagi dek kerana saya juga kian mengantuk. Perutnya saya sapukan minyak, mana la tahu kut2 perutnya tak sedap walaupun saya sangat pasti dia tak kembung.

Sesekali saya terlelap juga dalam 2, 3 minit. Bila tersedar saya terus mengagahnya. Saya timang dan saya kendong ke hulu ke hilir dengan harapan yang tinggi supaya dia berjaya saya pujuk. Daripada tingkat atas saya turun ke bawah. Kemudian naik semula dan turun lagi. Saya lihat abahnya dah tersadai di atas sofa, dan jajan juga belum disiapkan sepenuhnya. Kasihan abah tapi saya juga tidak berdaya untuk berbuat apa2 selagi puteri saya ini dalam dukungan. Yang pasti lebih kurang 4 pagi barulah Haseena mula tidur. Lega sikit rasanya.

Tapi saya mengambil keputusan untuk tidak tidur bersamanya walaupun mengantuk yang amat sangat. Kalau saya tidur mau terbabas kan. Saya perlu membasuh pinggan, menyusun kain yang sudah dilipatkan dek abah, menyiapkan pakaian dan peralatan anak2 untuk ke sekolah. Sambil2 tu saya sempat lagi menggoreng cekodok pisang.  Buat itu, buat ini akhirnya azan berkumandang. Saya kejutkan suami dan terus berlari ke atas untuk bersolat dan bersiap ke pejabat. Kiranya kalau saya campurkan masa terlelap saya ketika menjaga Haseena, tak sampai sejam pun saya tidur.

Sehingga catatan ini ditulis sudah lebih daripada 24 jam saya tidak tidur, sesekali melayang jugak badan ni. Kepala makin berat, mata dah merah dan berair. Tapi saya perlu gagahkan juga untuk meneruskan kerja2 di pejabat. Cadanganya nak tidur awal malam ni tapi tak tahu la macammana. Abahnya takde pulak malam ni, jadi saya keseorangan juga menjaga budak bertiga ni.

Daripada 5.30 pagi pada 17hb hingga 4.30 petang 18hb....hampir 35jam. Huhuuu... saya sangat mengantuk ni..

Oh Haseena, semoga tidak meragam ye. Ummi risaukan kamu...  

Monday, July 16, 2012

Haseena dah 3 bulan 7 hari


Inilah dia Haseena yang dah berusia 3 bulan 7 hari. Berat badan masa 2 Julai lepas, 5.77kg. Membesar dengan baik setakat ini, sepenuhnya menyusu badan. Sekarang ni pantang orang sembang atau main dengan dia, cepat je sengih2. Sesekali keluar jugak suara bila dia suka sangat.

Bila ditimang nampak sangat muka excited, boring agaknya asyik baring je. Kalau tidur suka betul kepalanya mengiring ke kiri, itu yang telinganya nampak lain sikit berbanding telinga kanan.

Waktu tidurnya juga lebih tenang berbanding kakak2nya dulu (setakat ni la, harap2 sampai besar), kalau dah tidur malam dia tak bangun pun menyusu sehingga la 6.30 pagi. Lepas tu sambung tidur sampai kul 10 pagi. Ataupun kalau tak tidur lepas bangun menyusu tu, selesai mandi pagi dia akan tidur sampai tengahari. Petang pun dia akan tidur jugak tapi sekejap je. Agaknya itu yang dia tidur lena malam.

Wajah dia lebih mirip Inshirah, malah kalau dilihat daripada ketinggian pun macam tu jugak. Tapi sekarang saya masih tak pasti Haseena mahupun kedua kakaknya lebih mewarisi gen sebelah saya atau abahnya.

Apa pun saya mengharapkan anak2 saya dan kanak2 lain di luar sana membesar dengan baik sekali....

Kakak dan warna rumah...


Kakak sangat la excited untuk mengerah tenaga membantu abah dan ummi menukar warna rumah, he3. Sanggup tak tidur tu... Tq kakak :)

Friday, July 13, 2012

Kakak dan lukisan

 Kakak tengah siapkan kerja sekolah (21/3/2012, 2115)

 My Home... banyak colour oren kan, kakak cakap dia suka colour tu...

Sudah 2 kali kakak melukis orang lidi tapi lukisan yang pertama tak sempat ummi snap sebab dah habis kena conteng, tak rupa orang lidi dah. Lukisan ni dinukilkan pada 11/7/2012. Tak pasti siapa sebenarnya dalam lukisan ni, tapi ummi menganggap ianya adalah ummi dan abah :)

Thursday, July 12, 2012

Muhammad dan Ahmad

Muhammad dan Ahmad.... nama paling indah bagi saya sejak dulu lagi. Saya menyimpan nama itu sejak bujang untuk dinamakan kepada anak lelaki saya nanti.

Namun, sejak berumahtangga hampir 6 tahun ni, saya belum ada rezeki untuk menimang zuriat lelaki. Rumah kami hanya dikurniakan bunga2 yang indah dan mekar buat masa ini. Alhamdulillah saya bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh Allah. Dia lebih tahu kenapa saya layak menimang cahayamata perempuan setakat ini. Dengan ertikata lain, saya akan berusaha lagi tapi saya redha dengan segala ketentuanNya.

Bukankah Allah itu sering memberi apa yang manusia perlukan bukan apa yang kita kehendaki. Antara perlu dan hendak, perlu itu berada di tingkat atas. Justeru saya mengajak kepada semua sahabat2 saya untuk menerima dengan seadanya kurniaan Allah kepada kita.

Sewaktu mengandungkan Inshirah, suami mempunyai hajat yang sama dengan saya rupanya. Dia juga mahukan anak lelaki dinamakan Muhammad. Katanya, sangat cantik rantaian nama keluarga nanti. Muhammad Bin Zailan Bin Mohamad. He3.... Rupa2nya keluar Nawal lagi. Nawal yang sangat lasak dan aktif, kalah sepupu lelakinya Naqiuddin. Nak sangat anak lelaki kan, dapat anak perempuan lasak pun saya dah pening. Sejak itulah saya mula belajar redha atas kurniaanNya. Lelaki ke perempuan ke, tetap anak yang kita kandung selama 9 bulan.

Hati saya sangat sejuk tatkala mengingati dan mendengar nama Muhammad dan Ahmad. Obseskah saya? He3.... ummi, abah dan kakak menanti hadirmu Muhammad dan Ahmad jika diizinkan olehNya....

Konsert Salaam, Sami Yusuf dibatalkan

Huwwwwaaaaaaa................ saya nak nanges! Tiba2 dapat berita konsert 'the biggest islamic rock star' ini dibatalkan. Sedih, kecewa.... Tak nak cakap banyak, sila rujuk pautan ni...

http://tvalhijrah.com/Press-Release-Postponement-of-Concert.pdf

Wednesday, July 11, 2012

'Kesempurnaan' anak2...

Setelah menjadi seorang ibu, banyak perancangan yang ada untuk anak2 saya. Semua ibu bapa termasuk saya dan suami mahukan yang terbaik buat permata hati kita itu. Cuma, saya sesekali tidak mahu mereka terikat dengan perancangan kami, maknanya biarlah ia berlaku mengikut situasi dan keadaan semasa.

Sekarang kakak dah pun berusia 5 tahun, masih tidak tahu membaca dan tulisaannya tidaklah secantik mana. Saya tidak kisah tentang itu biarpun anak2 rakan saya sudah jauh ke depan. Pandai membaca dan sebagainya, malah ada yang memasuki kelas tuisyen untuk belajar itu dan ini. Prinsip saya, saya mahu dia membesar mengikut perkembangan kanak2 secara normal. Saya tidak mahu mengetatkan jadual hariannya dengan segala aktiviti. Betul ianya untuk masa depan mereka tapi saya lihat ramai ibu bapa yang lupa, anak2 mereka terpaksa mengikut segala 'kesempurnaan' yang dimahukan oleh orang tua mereka. Andai anak2 itu sendiri mahu mempelajari sesuatu dengan rela hati saya rasa tidak ada masalah. Mungkin kemahiran yang mendatangkan ketenangan buat mereka seperti kelas muzik, seni dan renang. Janganlah dipaksa mereka untuk mengikut segala perancangan kita secara total, itu tidak adil namanya.

Saya tidak mahu anak2 saya menghadapi tekanan. Namun bukanlah bermakna saya membiarkan mereka begitu sahaja. Saya tahu, keadaan keliling yang makin maju ke depan membuatkan kita semakin pantas mengejar 'kesempurnaan' yang kadang2 membuatkan kita lupa perbuatan kita telah mengakibatkan tekanan buat anak2 dan juga diri sendiri. Mungkin kita akan rasa ketinggalan bila rakan2 kita menyatakan begini...

"Anak saya tu dah pandai membaca sejak umur 3 tahun..."
"Oh, anak saya bijak sangat main alat muzik, kalah orang besar..."

Bagi saya, saya mahu anak2 saya dengan tenang membesar mengikut perkembangan fizikal dan mental yang sepatutnya. Alam kanak2 penuh dengan imaginasi, keseronokan dan santai2 jadi mengapa kita perlu mengisi masa2 ini dengan aktiviti yang sepatutnya dilalui 4 atau 5 tahun akan datang...

Saya mohon maaf andai coretan saya tidak dipersetujui oleh anda, masing2 ada cara sendiri kan...



Tuesday, July 10, 2012

Adik, ummi minta maaf yer...


Ummi nak minta maaf pada adik, daripada hujung rambut hingga ke hujung kaki. Semalam ummi marah adik. Ummi yang bersalah dik sebab ummi gagal menahan rasa marah.

Ummi akui yang ummi lost sekejap semalam. Masa adik meragam tu, Haseena pun sama-sama menangis. Dengan nak membersihkan muntah adik, nak masak lagi, memang benar2 menggugat kesabaran dan ketahanan fizikal ummi. Abah pulak takde, meeting tak habis lagi. Aduhhh... ummi benar2 taknak semua ni berlaku.

Kasihan juga tengok kakak semalam. Dia lapar dan mengantuk. Adik tahu tak ada satu ketika tu kakak pernah cakap dengan ummi macamni...

"Ummi ni kenapa, asyik adik je dulu.."

Allahhuakbar, luluh hati ummi ni dik. Benarkah ummi dah abaikan kakak? Sebenarnya ummi rasa bersalah pada semua anak2 ummi. Ummi dah cuba yang terbaik tapi hakikatnya masih ada ketidaksempurnaan. Kakak, bukan ummi mendahulukan sesiapa tapi buat masa ini adik dan Haseena masih sangat kecil di mana ummi memang kena beri perhatian lebih sedikit. Tapi ummi juga sangat sayangkan kakak.

Apa yang ummi perasan adik sangat sensitif sejak seminggu ni. Sikit2 menangis, pastu ada je yang tak kena. Ahad malam Isnin tu adik jatuh masa main lari2 dengan kakak. Dah berbenjol dahi tu. Petang semalam masa ambik adik kat school, Teacher Sai cakap mulut adik berdarah sebab ada sorang budak terlanggar adik. Jatuh lagi. Memang hati ummi sangat bimbang dengan adik apatahlagi adik sangat lasak, lagi membuatkan ummi sentiasa terkenangkan adik. Setakat ni ummi masih percaykan kakak sebab nampak gaya kakak pandai menjaga diri.

Ummi mintak maaf pada semua anak2 ummi.... Juga buat suami, sebab saya masih pening nak menyesuaikan diri menjaga tiga orang anak kita. Bantuan sayang sangat saya hargai. Terima kasih sangat2 :)

*Rasa semakin takde masa untuk diri sendiri walaupun timetable dah ada. Saya masih dalam peringkat menyesuaikan diri dengan keadaan sekarang ni...

Friday, July 6, 2012

Kelahiran Nawal Haseena


6 April 2012 (Jumaat)
Semasa kandungan memasuki minggu ke 32, saya rasa sakit seperti dihiris2 di bahagian ari-ari. Ianya sama seperti saat mahu melahirkan kakak. Cuma sakit ni datang lebih awal. Sedikit sebanyak tafsiran saya mengatakan Haseena juga akan lahir lebih awal seperti kakak-kakaknya.

Saya perasan ada cecair coklat keluar masa tengahari tu sebelum keluar lunch, tapi wat dek jer la sebab tak rasa kontraksi. Tapi sepanjang keluar lunch tu memang fikiran dok ingat perkara tu. Ni tanda2 nak bersalin ke, sebab setiap kelahiran kan berbeza tanda2nya… Saya confuse.

On the way balik rumah petang tu saya story kat En. Hubby. Saya masih mampu bercerita dalam keadaan yang sangat santai. Kerisauan memang tergambar di wajah kekasih hati saya itu, maklum saja keesokan hari dia akan ke Seremban untuk bertugas.

7 April 2012 (Sabtu)
Langsung takde tanda macam semalam. Ok, saya tunggu je.  Lagipun saya demam sejak semalam. Saya hanya baring, seluruh tubuh saya sakit2 tak terkata. Saya redha dan pasrah dengan keadaan rumah, tau je la macam mana 2 beradik tu ‘mengemas’ rumah kan. Tengahari tu saya gagahkan diri untuk masak nasi dan goreng telur. Saya ingat sangat, tika saya menyuap 2 mulut kecil di hadapan saya, airmata saya laju tak dapat ditahan-tahan. Sedih sangat, sebab saya sungguh tak berdaya untuk memasak yang lebih baik daripada itu untuk mereka.

Saya tak sabar menunggu kepulangan En. Hubby pada sebelah malamnya. Kepada dia saya sandarkan harapan untuk menguruskan anak-anak dan rumah yang agak terbiar sejak siang.

Firasat saya waktu itu adalah waktu bersalin semakin hampir, cuma tak tahu bila. Saya berdoa tiapkali lepas solat agar saya bersalin di waktu yang senang saya uruskan Ashiqin dan Inshirah. Senang cerita waktu siang la yang saya harapkan, dua beradik tu kat sekolah. Malamnya mungkin adik saya boleh temankan di rumah nanti.

8 April 2012 (Ahad)
Cecair coklat seperti Jumaat aritu keluar lagi. Saya semakin suspen, tapi memang takde kontraksi. Petang tu siap lepak kat depan rumah, beramah mesra dengan Kak As jiran saya. Lama betul saya tak jumpa dia. Maklumlah, masing2 sibuk dengan kerja dan hal2 lain. Kakak dan adik saya biarkan bermain di sekitar kami. En. Hubby pula mengemas rumah, he3… Dia sungguh rajin masa tu (ataupun terpaksa rajin, tak tau la, wink3… Apa2 pun terima kasih banyak2 sayang.)

9 April 2012 (Isnin)
Jam 4.30 pagi ketika ingin ke bilik air, saya terasa seperti ada percikan kecil yang berlaku. Apakah…… yup, saya semakin yakin saya akan bersalin hari ini juga. Masa tu pun masih tiada kontraksi. 6.30 pagi saya perasan cecair coklat juga terus keluar sedikit demi sedikit. Saya masih dalam keadaan tenang tika itu, aktiviti harian masih saya lakukan seperti biasa. Menyiapkan apa2 yang patut untuk menghantar kakak dan adik ke sekolah.  Saya melakukan semuanya seperti biasa kerana saya terfikir, andaikata itulah kali terakhir saya bersama mereka, saya puashati kerana semuanya telah diuruskan daripada awal hingga akhir. Ketika memandikan mereka, saya masih lagi kuat.

Tapi, jam 8.00 pagi baru saya rasa sakit. Sakit yang boleh dikatakan agak kuat. Sewaktu tiba di sekolah anak2, saya tidak turun pun seperti kebiasaan. Mereka hanya salam, cium dan peluk saya di dalam kereta. Saya memeluk mereka erat2…. Mujur airmata dapat ditahan, saya tahu kami akan berpisah buat seketika. Pasti rindu akan berkepung dihati saya nanti.

Selesai menghantar mereka ke sekolah, suami memecut laju ke hospital. Saya memang sakit yang teramat masa tu. Rasa betul2 nak bersalin, cuma tiada ransangan untuk meneran. Sempat lagi saya berpesan kepada En. Hubby supaya tidak memandu laju. Saya memang penakut kalau bacaan meter kereta melebihi 90.

Sampai di Pusrawi jam 8.45pagi, klinik hariannya pun baru nak buka. En. Hubby bergegas masuk ke dalam berjumpa staf yang bertugas supaya kami dapat naik ke tingkat atas. Saya yang ditinggalkan di dalam kereta cuba menggagahkan diri untuk keluar daripada kereta dan naik sendiri ke atas. Sebolehnya saya tak mahu naik wheelchair, entah kenapa saya ada perasaan malu untuk duduk di atasnya. Perasaan yang sama tiapkali saya ke hospital untuk bersalin.

Tapi hakikatnya, saya memang dah tak mampu nak berjalan. Haseena seperti sudah betul2 mahu keluar, risau pulak saya andaikata dia tiba2 keluar dan jatuh ke lantai. Nau’zubillahhiminzalik. Tiba di labour room saya terus diperiksa oleh jururawat dan doktor yang bertugas. Patutlah saya rasa sakit sangat, rupanya bukaan dah 9cm! Allahhuakbar. Kami suami isteri terkejut. Cuma menurut doktor, kepala anak saya jauh sikit daripada pintu keluar. Sebab itulah saya tiada ransangan untuk meneran. Doktor mengambil keputusan untuk menunggu sedikit waktu lagi dengan harapan kepala anak saya akan terus turun secepat mungkin. Dalam 10 hingga 15 minit selepas itu, saya dimasukkan ubat untuk mempercepatkan kelahiran kerana Haseena dah buang air besar dan kepalanya masih tidak betul2 turun ke pintu kelahiran. Selepas daripada itu barulah saya ada ransangan untuk meneran Haseena.

Alhamdulillah, setelah 3kali push, akhirnya Haseena pun selamat dilahirkan pada jam 9.25 pagi dengan berat 3.45kg. Lega sungguh rasanya. Satu perkara yang sangat saya suka pada waktu itu ialah saya dapat melihat secara jelas tubuh badan Haseena. Tak terbayang perasaan saya masa tu. Kelahiran sebelum ini saya hanya memandang anak2 dalam pandangan yang kabur. Memang sebelum kelahiran yang ketiga ini saya nekad untuk tidak menanggalkan cermin mata saya. Masa En. Hubby nak tolong tanggalkan cermin mata, saya menolak tanpa menyatakan sebarang alasan.

Saya tidak lama di labour room. Selesai segala urusan saya ditolak masuk ke bilik. Alhamdulillah, saya bersyukur sangat sakit saya tidak lama dan melahirkan Haseena juga sangat mudah. Segalanya atas kuasa Allah. Dia Maha Kaya. Tidak berapa lama saya di katil, barulah saya perasan yang saya tak sempat langsung menyalin pakaian hospital.  He3… cepat sungguh prosesnya berlalu. Syukur sangat.

Ketika jururawat menghantar Haseena kepada saya, dia sangat lena tidur. Malah sewaktu abahnya mengalunkan kalimah2 suci pun dia masih lena. Apabila dikejutkan untuk menyusu, hanya sedikit saja yang dihisapnya. Alahai puteriku….. Kami terus mentahnikkan dia selepas daripada itu.

Saya masih ingat ketika adik perempuan saya menghubungi kami untuk bertanya khabar, dia menyatakan yang mak agak terkilan kerana tidak dimaklumkan yang saya dimasukkan ke hospital. Saya hanya mampu diam dengan mengatakan semuanya berlaku dengan pantas di pagi hari tanpa sempat kami maklumkan kepada seluruh ahli keluarga. Mendengar penjelasan itu, mak sedikit lega namun katanya selagi dia tidak menatap wajah Haseena, hatinya tidak akan tenteram. Malam itu juga mak dan ayah datang bersama adik perempuan saya.

Dan, untuk kelahiran ketiga ini saya juga mengucapkan tahniah kepada En. Hubby kerana telah berjaya membersih dan menanam uri sendiri. Sebelum ini kakak ipar saya membantunya.

Segalanya telah berjaya saya lalui dengan tenang. Bantuan seluruh ahli keluarga amat saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan mereka  saya pasti tidak akan Berjaya bukan…. Alhamdulillah dan terima kasih untuk segalanya.

Abah, cuba cari jalannya...

Pagi ini lain daripada hari yang lain bagi kakak dan juga ummi. Untuk pertama kalinya kakak akan menyertai lawatan sekolah ke Zoo Negara. Bermakna, inilah kali pertama saya melepaskan kakak keluar bersama orang lain.

Secara jujurnya ada sedikit kebimbangan buat dia. Macammana la anak ummi nanti, harap kakak baik2 saja dengan kawan2 dan cikgu2nya. Saya titipkan doa restu buat kakak supaya semua anggota lawatan berada dalam lindungan Allah sentiasa dan selamat pergi juga kembali seperti sediakala. Semalam kakak demam dan batuk sedikit. Tapi pagi ni nampak dia ceria saja. Mestilah dia excited kan. Ketika menunggu adik dan abahnya bersiap pun banyak kali dia mengingatkan supaya kami cepat. Katanya, nanti bas dah jalan. He3...  Sewaktu dalam perjalanan menuju ke tadikanya, berkali2 dia menyuruh abahnya mencari jalan untuk ke Zoo Negara.

"Abah, cuba abah cari jalannya," itulah ayat kakak.

Saya faham maksudnya, dia mahukan abah mencari peta di dalam IPhone seperti kebiasaan apabila kami anak beranak keluar berlibur. Sehinggalah saya katakan pemandu bas itu tahu jalan untuk ke sana barulah dia diam. Sampai di tadika, bas Sekolah Integriti AsSyakirin telah pun sampai. Kakak dan adik saya turunkan seperti biasa hingga ke pintu kelas. Sungguhlah excited kakak sampai terlupa menyalami saya, aduhai anak :)

Inshirah pun excited seperti kakak. Risau jugak saya, buatnya dia nak naik bas ikut kakak macammana? Awal pagi lagi dia dah kata nak naik bas. Hari ni dia turut mengenakan sport shoes seperti kakaknya walaupun dia berbaju kurung. Beg yang saya bekalkan kakak untuk di bawa ke zoo pun dia yang sandang.
Sempat juga saya bekalkan air, sapu tangan, tisu basah, topi dan pakaian buat kakak. Pagi tadi sebelum dia mandi saya sudah berikan roti untuk dijamah. 


Ketika melihat ada ibu bapa yang setia menunggu untuk melepaskan anak2 mereka menaiki bas, hati saya digayut rasa bersalah. Maafkan ummi sayang, kerana tidak menunggu dan melihat kakak menaiki bas. Ummi kirimkan doa supaya semuanya selamat dan ceria. Balik nanti cerita kat ummi dan abah yer. Dan, kakak jangan lupa makan ubat bila balik lawatan nanti.

Salam sayang ummi untuk kakak dan adik... :)



Tuesday, July 3, 2012

Kalau dalam waktu terdekat ni...

Saya baru je menjengah satu blog. Entry nya berkisar kepada seorang sahabat blogger beliau yang baru saja meninggal dunia. Allahhuakbar....

Saya sayu, terkedu, insaf dan saya benar2 kosong tika itu. Apa yang nak dikata selain menghadiahkan Al Fatihah buat sahabatnya itu. Ianya benar2 membuatkan saya terfikir walaupun bukanlah kali pertama ianya terlintas di fikiran... KALAULAH SAYA PERGI DALAM WAKTU YANG TERDEKAT NI, BAGAIMANA YA?
-
-
-
-
-
-
-
Entahlah, saya benar2 tidak bersedia daripada setiap sudut. Amalan saya, keluarga saya, kerja saya dan segala2 yang berkaitan dengan saya. Setiap masa saya sedar tentang ini tapi SAYA TETAP LEKA DAN BERTANGGUH.... Allahhuakbar. Ampunkan saya Ya Allah. Saya tak mampu membayangkan tapi saya perlu terima hakikat yang ianya BUKAN MUSTAHIL.

Bagaimana dengan kehidupan keluarga saya nanti ya? Bagaimana dengan ......... Aduh, segalanya bagaimana.... Blog ni pun macammana ya?
-
-
-
-
Antara sesuatu yang perlu saya lakukan selain meningkatkan amalan ialah semua kod rahsia saya perlu diketahui oleh orang yang dipercayai....Kenapa? Ada sebabnya yang tersendiri...

Allahhuakbar!