Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, July 18, 2012

Mengantuk sangat ni...

Isnin malam lepas (16 Julai) Haseena kena ambik injection untuk tiga bulan. Next appoinment jatuh pada 10 September 2012. Masa tu Haseena dah 5 bulan.

Haseena menangis sikit masa kenaa cucuk tu, dan Alhamdulillah dia tak demam. Cuma petang Selasa tu pengasuh di taskanya cakap dia meragam. Pada firasat kami mungkin dia sakit pada tempat yang kena cucuk tu. Balik tu memang saya ulit dia supaya dia rasa selesa, segala rengekannya saya layan walaupun saya sendiri keletihan. Saya tak masak pun malam tu, hanya singgah membeli nasi ambeng dan mee sup. Suami pula nak ke pasaraya selepas Maghrib nanti untuk membeli sedikit jajan buat majlis harijadi kakak yang akan diadakan di tadikanya pada Rabu.

Sehinggalah abahnya balik, Haseena masih tidak mahu duduk diam. Dia hanya mahu dipangku, maknanya saya juga masih tidak mandi. Saya jangkakan dia akan tidur cepat dan lena nanti, jadi bolehlah saya membantu abahnya packing jajan. Tapi, rupanya semua tu meleset. Dia terus berjaga dan merengek. Nak katakan demam, tidak pula. Jadi, saya hanya terus melayan dia. Memang jelas dia kurang mesra, tidak seperti selalu. Pantang di agah, mesti cepat je dia tersengih2.

Jam kian menginjak ke tengahmalam tapi matanya langsung tidak menunjukkan yang dia akan tidur. Malahan bawah matanya sudah ada kelopak kecil yang terbentuk akibat menangis. Sudah 2 kali juga saya menyalin pampersnya, tak terdaya saya untuk memakaikan CD lagi dek kerana saya juga kian mengantuk. Perutnya saya sapukan minyak, mana la tahu kut2 perutnya tak sedap walaupun saya sangat pasti dia tak kembung.

Sesekali saya terlelap juga dalam 2, 3 minit. Bila tersedar saya terus mengagahnya. Saya timang dan saya kendong ke hulu ke hilir dengan harapan yang tinggi supaya dia berjaya saya pujuk. Daripada tingkat atas saya turun ke bawah. Kemudian naik semula dan turun lagi. Saya lihat abahnya dah tersadai di atas sofa, dan jajan juga belum disiapkan sepenuhnya. Kasihan abah tapi saya juga tidak berdaya untuk berbuat apa2 selagi puteri saya ini dalam dukungan. Yang pasti lebih kurang 4 pagi barulah Haseena mula tidur. Lega sikit rasanya.

Tapi saya mengambil keputusan untuk tidak tidur bersamanya walaupun mengantuk yang amat sangat. Kalau saya tidur mau terbabas kan. Saya perlu membasuh pinggan, menyusun kain yang sudah dilipatkan dek abah, menyiapkan pakaian dan peralatan anak2 untuk ke sekolah. Sambil2 tu saya sempat lagi menggoreng cekodok pisang.  Buat itu, buat ini akhirnya azan berkumandang. Saya kejutkan suami dan terus berlari ke atas untuk bersolat dan bersiap ke pejabat. Kiranya kalau saya campurkan masa terlelap saya ketika menjaga Haseena, tak sampai sejam pun saya tidur.

Sehingga catatan ini ditulis sudah lebih daripada 24 jam saya tidak tidur, sesekali melayang jugak badan ni. Kepala makin berat, mata dah merah dan berair. Tapi saya perlu gagahkan juga untuk meneruskan kerja2 di pejabat. Cadanganya nak tidur awal malam ni tapi tak tahu la macammana. Abahnya takde pulak malam ni, jadi saya keseorangan juga menjaga budak bertiga ni.

Daripada 5.30 pagi pada 17hb hingga 4.30 petang 18hb....hampir 35jam. Huhuuu... saya sangat mengantuk ni..

Oh Haseena, semoga tidak meragam ye. Ummi risaukan kamu...  

No comments: