Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, February 29, 2008

Thursday, February 28, 2008

Rahim

Dalam tubuh wanita, ada satu bahagian yang diberi nana yang begitu mulia iaitu rahim. Perkataan ini diambil dari nama Tuhan, yang bermaksud `Maha penyayang'. Sudah tentulah Tuhan tidak akan memberikan nama yang semulia ini kepada sesuatu yang hina di sisi- Nya. Sudah tentu Tuhan akan memilih sesuatu yang mulia juga untuk dianugerahkan nama yang begitu mulia. Tuhan tidak berikan nama yang semulia ini kepada bahagian tubuh lelaki tetapi Dia memberikannya kepada bahagian tubuh wanita. Rahim inilah yang merupakan penghubung kepada akhluk.Di dalam rahimlah, wanita menjaga ciptaanTuhan dan memberi makankepada apa yang Tuhan ciptakan.
Kaum wanita sepatutnya merasa sangat malu kepada Tuhan kerana memberi penghargaan yang begitu tinggi kepada mereka. Siapa boleh nafikan kepentingan rahim untuk kewujudan manusia? Anugerah rahim kepada wanita sebenarnya sudah cukup untuk membuktikan akan mulianya wanita di sisi Tuhan.
Diberi Pahala yang Berterusan
Wanita disebut `kurang dari sudut agama', tetapi ini bukan bermaksud yang wanita itu kurang dari sudut iman dan taqwanya. Mereka cuma kurang bersolat ketika datang haid dan nifas. Namun, oleh kerana diwaktu-waktu lain mereka sentiasa bersolat, maka sepanjang waktu haiddan nifas itu, Tuhan tetap memberikan juga pahala solat sekiranya mereka dapat bersabar dengan keadaannya yang tidak selesa itu.
Bayangkan seorang wanita yang baru melahirkan anak. Sudahlahdigugurkan dosa-dosanya seperti seorang bayi yang baru lahir,diberikan pula pahala solat percuma sepanjang dia dalam keadaan nifas.Dan kalau dia sabar menyusu, memelihara dan melayan kerenah anaknya pula, makin banyaknya pahala yang Tuhan sediakan untuknya.
Aduh! Maha Pemurahnya Tuhan kepada wanita. Insya Allah segala penat lelah, suka duka kita semasa nak mengandung dan menyusukan anak memang berbaloi. ganjarannya bukan setakat di dunia jer tetapi di akhirat juga. Insya Allah...

Epilepsi

Serangan epilepsi
  • Membabitkan keseluruhan otak
  • Boleh menyebabkan pesakit kaku, rebah, tidak sedarkan diri, mungkin badan akan mula bergoncang atau mengalami konvulsi, meronta-ronta dengan kekuatan otot seperti biasa
  • Serangan biasanya berlaku dlm lingkungan lima minit, ttpi kebanyakan pesakit kemudiannya akan tertidur buat setengah jam atau lebih dan bila terjaga seolah-olah termenung dan bingung seketika
  • Pesakit mungkin akan terjatuh, kejang, menyentak, pernafasan tidak menentu dan tidak dapat mengawal buangan air kecil dan besar

Rawatan

  • Jangan panik, sebaliknya baringkan pesakit di tempat selamat, dan alas sesuatu bahan lembut di bawah kepalanya. Jgn letakkan sebarang objek di dalam mulut pesakit kerana ia boleh mencederakan pesakititu sendiri atau jari anda.
  • Jangan cuba menahan atau mengikatnya daripada bergerak
  • Apabila sawan sudah berakhir, baringkan pesakit dengan mengiringkan badannya, supaya saluran pernafasannya lapang.
  • Jika pesakit berasa keliru atau takut, berikan keyakinan yang semuanya seperti sedia kala. elakkan daripada memberi apa2 makanan/minuman hingga pesakit pulih

Epiliepsi separa

  • Berlaku apabila ada tambahan aktiviti elektrikal yang terjadi secara tiba2 pada bahagian otak di sebelah belakang pelipis.
  • Serangan boleh mengakibatkan pesakit tersangat bingung, mengulang perbuatan yang tidak menyenangkan
  • Pesakit selalunya tidak mengecam persekitaran dan tidak sedar apa yang sedang dilakukannya. Tanda biasa serangan sawan ini ialah perbuatan ganjil luar kawalan seperti menampar bibir, mengunyah, menarik pakaian, berlari dalam satu bulatan dengan selamba dan tidak mengikut aarahan
  • Semasa diserang pesakit seperti sedar diri tetapi jika disoal mereka tidak dapat menjawabnya. pesakit akan merapu, pandangannya kosong, bertanya soalan yang merapu, menampar bibir dan gelisah dengan pakaiannya.

Rawatan

  • Jangan cuba menahan pesakit daripada berjalan kecuali ke tempat yang berbahaya bagi dirinya
  • Jauhkan objek yang berbahaya yang ada berhampiran
  • Jangan menenangkan pesakit dengan menggoncang badannya atau menjerit padanya.

Demam


Pagi tadi (28 Feb '08) topik 'pemeriksaan suhu badan elak anak demam berlarutan' dalam Berita Harian sangat menarik minat saya untuk membacanya.

Tulisan tersebut menyentuh akan kebimbangan ibu bapa yang baru memiliki anak kecil jika diserang demam. lebih parah apabila si comel dilanda demam panas. Demam bukanlah satu perkara yang boleh dipandang remeh kerana pelbagai kemungkinan boleh terjadi sekiranya ia tidak diambil tindakan yang sewajarnya.

Pengambilan antibiotik ketika suhu badan mencecah 37.8 c-38.3c amatlah penting bagi menanganinya. Tetapi jika ianya melangkaui 41.7c dan ke atas amatlah berisiko tinggi sehingga boleh merosakkan otak.

Antara perkara yang boleh dilakukan bagi mengurangkan suhu badan si comel adalah dengan merendamnya ke dalam air suam. Pengambilan Asetaminofen juga mampu menurunkan kadar suhu badan tetapi ianya perlu dirujuk kepada doktor terlebih dahulu. Ada juga yang menggunakan alkohol namun kesan sampingannya seperti kulit menjadi kering adalah tidak digalakkan.

Suhu badan yang melebihi 38.9c bagi bayi yang berumur kurang daripada 3 bulan akan mengalami akibat yang lebih serius berbanding bayi yang melebihi usia tersebut. Sehubungan itu penggunaan termometer adalah sangat penting untuk mengetahui suhu badan anak dengan segera dan tepat....

Wednesday, February 27, 2008

Kerja vs keluarga...

Semalam, 26hb dlm Berita Harian ruangan Citra keluar topik 'Kerjaya, keluarga mana lebih penting?'. Dengan penuh khusyuk aku hayati setiap baris tulisan tu......... Ya, semenjak dulu lagi klu bab camni memang aku sangat berminat.
Dalam satu perenggan tu dikatakan peubahan senario dan cabaran pada masa kini dalam mencari keseimbangan antara pekerjaan dan keluarga membuatkan ramai wanita lebih berhati-hati dalam mendirikan rumahtangga. Hmmm, memang tak dapat dinafikan tu. Bukannya mudah untuk menyeimbangkan antara kerjaya dan keluarga apabila salah satu daripadanya memerlukan perhatian yang sedikit berlebihan dalam satu2 masa yang tidak dijangka. Pada masa itulah keputusan yang tepat haruslah diambil oleh wanita.
Menjadi pekerja, anak, isteri dan ibu bukanlah mudah. Diri haruslah kuat dalam segala aspek baik fizikal mahupun mental. Silap tindakan dan keputusan, merana diri. Macam aku sendiri pun baru 8 bulan 18 hari menjadi ibu. Semuanya serba baru. Masih belajar dan akan terus belajar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan/situasi yang kadang2 sangat menguji ketabahan/ketahanan diri. Tika membaca rencana ni aku tiba2 teringatkan mimpiku 2 hari lepas...
Dengan tiba2 kami satu department kena outstation. Sedihnya hati nak meninggalkan Nawal yang masih kecil. Suami plak kena outstation tempat yang berasingan. Yang kelakarnya opismate lelaki aku kena wat keje kat atas kapal (aku dan suami satu department). Yang team pompuan ni aku dah lupa kena keje kat ner. Tiba hari berlepas tu ktorang yang team pompuan duk la dalam bilik berlepas sementara menunggu kapal ktorang nak sampai. Masa tu la aku memberontak teringatkan Nawal ditambah lak geram dengan bos yang sememangnya ktorang semer tak suka. Bossy! Aku jerit yang aku sanggup berenti kerja daripada kerja dalam keadaan yang memaksa aku meletakkan Nawal di tempat kedua.
Dengan mengumpul segala kekuatan yang ada, aku berusaha untuk melepaskan diri. Habis bilik tu aku pecahkan. Nak tau bilik tu diperbuat daripada apa? Dengan papan jer..... kehkehkeh... Apalagi, pecahlah bilik. Jenuh diorang semer kejar nak tangkap aku. Puas la aku nyorok n berlari sekuat mungkin hanya kerana aku tak nak g outstation. Last skali hubby aku yang dapat tangkap aku. Dia pujuk aku dengan lembut sekali. Tapi biasa la aku diam seribu bahasa bila tengah marah. Sepatah pun aku tak cakap apa2. Aku benci sangat hubby aku masa tu, sebab dia lebih pentingkan kerja dariapda keluarga. Masa tu hujan lebat, aku jalan kaki jer diikuti dek hubby yang berusaha memujuk aku. Opismate yang lain naik NAZA ikut belakang ktorang..... Sampai penat la kaki aku berjalan untuk pergi mendapatkan Nawal semula.....
Tiba2 aku terkejut, laaa... dah 5.59 pagi. Cheh aku ingatkan betul2 rupanya mimpi jer... Pastu aku trus terpikir, aku ni sanggup lakukan apa saja demi kepentingan keluarga. Lantak la orang lain nak kata ape.....
Jadi, pikir2 la sendiri antara keduanya mana harus diutamakan dulu. Mungkin kita perlu ikut situasi dan keadaan kan... ke memang keluarga la yang teratas sekali walau apapun yang berlaku...??????????

Tuesday, February 26, 2008

Terkesima...

“Bayangkan telah tersedia satu produk yang dapat memberi makan sebahagian besar penduduk dunia. Dapat melindungi mereka dari penyakit, boleh didapati dimana-mana, tidak perlu penyimpanan atau penghantaran dan dapat melindungi sebahagian manusia dari bencana kanser.”…
”Bayangkan pula manusia tidak mahu menggunakannya…”
Terkesima aku seketika tatkala membaca sebahagian daripada lontaran kata2 Dr. Muhammad Yazid Hj. Jalaludin, Pakar Pediatrik semasa memberikan ceramah sempena Minggu Penyusuan Ibu Sedunia, 22 Ogos 2006 di dalam sebuah lama web.
Aku tersedar, begitu besar tanggungjawab yang harus digalas oleh para ibu. Alhamdulillah dengan sedikit ilmu dan sedikit kesedaran yang ada, aku berusaha keras untuk menyusukan Nawal (dan anak2 ku yang akan datang, InsyaAllah) sehingga 2 tahun, ataupun mungkin lebih daripada itu... Kalau masa pregnant pun boleh menyusukan anak sebenarnya asalkan tidak sampai ke tahap membahayakan atau menyulitkan ibu tersebut.
Klu menyentuh bab pemakanan, sekarang memang aku sangat prihatin. Sebolehnya aku makan makanan yang akan membanyakkan pengeluaran susu badan samaada memasak sendiri ataupun ketika makan di luar. Peria yang aku tak suka dulu pn skang ni dah jadi favourite, apatah lagi tempe yang memang asing bagiku semenjak lahir lagi. Sejak kawen ngan orang Jawa ni (ehehehe...) aku cukup menggemari makanan ini. Sedapppp.... Sayur2an hijau pun aku utamakan dalam menu seharian. Cuma semenjak sekarang ni aku sangat tertarik dengan pemakanan organik. Hmmm, bagus untuk kesihatan tau....
Kekadang aku sedikit bangga bila orang bertanyakan susu yang diminum oleh anak perempuanku. Bila aku katakan sepenuhnya Nawal minum susu badan, ramai yang hairan dan pelbagai soalan keluar. Camne boleh minum susu badan jer? Bila masa nak perah? Kat mana nak perah? Dan macam2 lagi.... Hehehe, kekadang kelakar pun ada bila mengenangkan insiden2 ni semer. Tak dinafikan ilmu tentang penyusuan ibu ni masih lagi cetek dikalangan kita termasuklah aku yang baru mengutip sedikit demi sedikit ilmu2 tu...
Dugaan demi dugaan yang terpaksa aku tempuhi demi kerana menyusukan bayiku. Dengan asakan2 panduan 'pakar tak bertauliah' serta orang sekeliling cukup membuatkan aku teruji. Malah pernah seorang saudaraku mengatakan bahawa bayiku takkan cukup minum susu badan jer, sebab nanti baby cepat lapar. Menangis aku dengan ujian2 ni...
Ya Allah, kuatkanlah semangatku dalam mengharungi cabaran2 untuk menyusukan anakku. Semoga aku terus dapat menyusukan anakku dengan jayanya.... Aamin.

Busy la....









Comeynyerrrr.... Mmmuuaahhhsszzz.......


















Sukernye anak ummi kena agah ye.... (25 Feb '08)










Sejak minggu lepas Nawal memang ikut ktorang g opis, ummi n abah stayback dia pun kena stayback gak. Awal Mac depan baru tak bizi sangat. Sian anak abah n ummi ni... memula datang tu melalak gak la dia, lama tak jumpa opismate ktorang katakan. Pastu dah hari2 jumpa ok la nampaknya.

Semalam, 25hb ummi bawak Nawal naik LRT. Muka heran masa mula2 naik tren tu, pegang kemaas tudung ummi. Kebetulan gerabak ktorang tu kosong, asyik melilau je mata dia. Sampai kat Titiwangsa baru ramai orang, dia dah mula syok. Tapi dah nak sampai la sayang....

Mengah gak la ummi dukung Nawal. Sampai kat tingkat 7 ummi trus call abah, rerupanya abah tunggu kat parking. Alamak, sian suamiku. Dia ingatkan ummi lalu kat parking, rupanya ummi trus lalu tingkat 2. Maka abah sorong la stroller kosong naik opis... sampai kul 9 baru ktorang balik lepas abah settle kan rencananya. Hari2 kena stayback, blur la....

Arrgghhhhhhhhhhhhh.........penatttttttttt.....................

Friday, February 22, 2008

Menjadi Penyelidik?


Sepanjang minggu ni aku n kengkawan (zila, a. chie, zaidi, nurul, farah) sebuk kt Arkib Negara. Cari karikatur Presiden-presiden UMNO untuk projek penerbitan buku berkenaan tak lama lagi. sampai aku tertidur la, tetiba je dengar cam orang bagi salam. Kelakar tul....

Tapi memang betul, masuk je Arkib tu aku mesti ngantuk nyer, cuma Rabu tu je aku tak ngantuk. Tu pun sebab dok jaga bahan2 yang ktorang pinjam dicilok oleh pelawat2 aritu. Heeee, geram ktorang. Suka ati jer ambik bahan2 tu n bawak merata2 tempat. Last2 ktorang ambik balik n tak bagi tengok trus. Kuikuikui.... lagi satu nyer, kerusi aku pun depa nak tarik. Time tu aku dah lenguh duduk so aku berdiri ler. Alih2 masa nak duduk balik akurasa cam kosong jer kat belakang aku, tengok2 kerusi dah kena tarik. Budak sebelah ambik, eh ehe eh budak ni. Kerusi lain punyer banyak, kerusi aku gak yang nak diambiknya...

Bila menatap akhbar2 lama, ktorang adakalanya terkekeh seketika. Bukannya apa, melihat kepada iklan2 dan cerita2 yang dipaparkan tu. Gambar2 pun ada yang melucukan. tu yang adakalanya bergosip kejap sesama ktorang...

Wednesday, February 20, 2008

Anakku...

Nengok ape tu Nawal? Tension ikut abah n ummi wat keje kt opis ek... Syyyiiaaannnn...
(Tkt. 7, Menara Dato' Onn, 14 Feb '08)











Lapa ke? Abih mickey mouse auntie farah tu... (Tkt. 7, Menara Dato' Onn, 14 Feb '08)












Muka sedih, pelik, geram kt kawan2 abah n ummi yg suka kacau kn... Ehehe, skali skala je. (Kursus umrah, 8 Feb '08)











Apasal la tak pandang kamera? Banyak ke duit Auntie Farah tu... (Umah K. Fizah, 29 Dis '07)

Friday, February 15, 2008

Dedulu...


Ni gambau masa team PR pindah opis baru, kt Tingkat 7 Menara Dato' Onn... Dlm pertengahan tahun 2005 gitu. Semer single lg ms tu kecuali K. Fizah, K. Syidah, Pak Amid, A. Yeo, A. Chot, A. Fadil n Pak Din... Yg 'adik2' ni serentak kawen tahun 2006. Memula Zarul (Mei '06), Filza (Jun '06), me n my hubby (Ogos '06), Iwan (Dis '06) n Zils (Dis '07). Tinggal la Farah n Nurul. Tu pun tak lama lagi tu... Ihikksss...

Thursday, February 14, 2008

MC

Semalam, 13 Februari 2008 ummi dpt MC dr Klinik Salma. Ummi disahkan low blood preesure. Hmm, tak penah2 ummi kena low blood ni... So ummi kena mkn Folid Acid, iron, n Vit B6. Patut la 2,3 hari ni ummi rasa badan lemah, pening dan tak selesa badan... Nampaknya ummi kena mkn byk sayur hijau, hati, kerang n mcm2 lagi. Rasanya cam ummi dah banyak makan tp entah la.
Berat ummi pun semakin turun. Semalam timbang 49kg jer. Ummi risau gak ni berat badan makin turun, susu ummi pun nampaknya makin hari makin kurang... Ya Allah bantulah hamba-Mu ini. Semoga aku terus dapat hidup dengan sihat dan gembira. Dan harapan yang paling besar sekali ialah ummi dapatlah kiranya menyusukan Nawal sehingga 2 tahun... Amin.

Tuesday, February 12, 2008

Cuti bersalin 90 hari?

Oleh Wan Rahimah Draman

Sebanyak 119 negara di dunia kini menetapkan cuti bersalin untuk wanita tidak kurang daripada 12 minggu iaitu tiga bulan atau lebih. Namun 16 buah negara pula memberi cuti bersalin sehingga 14 minggu atau tiga bulan setengah yang bersamaan 105 hari, iaitu tempoh maksimum yang ditetapkan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).
Begitupun Malaysia yang sedang menuju status negara maju adalah antara 31 buah negara di dunia yang memberi pelepasan kerja bergaji kepada wanita yang melahirkan bayi. Para ibu di negara ini diberi cuti bersalin 60 hari, kurang daripada tempoh minimum yang ditetapkan ILO iaitu sekurang-kurangnya 12 minggu atau 90 hari.
Ini bermakna, anak-anak yang dilahirkan di Malaysia hidup dan membesar tanpa makanan susu ibu, belaian dan kasih-sayang ibu sepenuhnya.

Sedangkan tanggungjawab ibu bapa ke atas bayi yang dilahirkan begitu jelas sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam mafhum-Nya, “Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajipan ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara makruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya.

Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan kerana anaknya dan seorang ayah kerana anaknya, dan waris pun berkewajipan demikian. Apabila keduanya ingin menyapih (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut...(al-Baqarah: 233)
Dr. Wahbah al-Zuhaily dalam tafsirannya mengenai ayat ini berkata, hukum menyusu (memberi susu ibu) secara umumnya adalah sunat ke atas seseorang ibu. Namun, ia menjadi wajib jika anak enggan menyusu dengan orang lain (ibu susuan) atau bapa tidak mampu menyediakan penyusu (ibu susuan) kerana miskin atau sebagainya.
Imam Malik bagaimanapun berpendapat, kerja menyusukan anak adalah tanggungjawab yang mesti dilaksanakan oleh ibu yang melahirkannya selagi ia tidak bercerai atau anak tidak mahu menyusui dengan orang lain.
Malah kata Dr. Wahbah lagi, ibu-ibu yang enggan menyusui anak kerana ego atau alasan menjaga kecantikan dan kesihatan adalah berlawanan dengan fitrah wanita (ibu) serta telah mengabaikan keutamaan ke atas anak (Tafsir Al-Munir Juz 2; ms:466).
Kesimpulannya seseorang ibu perlu sentiasa di sisi bagi membelai dan memberi kasih sayang serta penjagaan sepenuhnya ke atas bayi yang dilahirkan sehingga usianya dua tahun.
Pensyarah Jabatan Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Datin Noor Aziah Mohd. Awal berkata, cuti bersalin pekerja wanita negara ini bukan lagi isu mereka perlu rehat panjang kerana bersalin tetapi ia membabitkan isu modal insan negara untuk jangka panjang.
Pengorbanan

“Bersalin adalah pengorbanan terbesar daripada seorang wanita dalam membantu membangunkan keluarga, ekonomi dan negara. Jadi mereka kena diberi elaun dan pengiktirafan serta menambah tempoh cuti bersalin adalah hak bagi seseorang wanita bekerja,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa mempengerusikan Wacana Wanita yang membincangkan mengenai ‘Patutkah Cuti Bersalin Ditambah’ di dewan syarahan Masjid Negara, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Wacana selama tiga jam anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) itu antara perjuangan Majlis Perundingan Wanita Islam Malaysia (MPWIM) dalam usaha menuntut cuti bersalin pekerja wanita di negara ini ditambah ke sekurang-kurangnya 90 hari atau tiga bulan.
Menurut Noor Aziah, jika produktiviti atau tenaga kerja dijadikan alasan oleh para majikan untuk tidak memanjangkan tempoh cuti bersalin, mustahil bagi pekerja wanita di setiap agensi cuti bersalin secara serentak dalam satu masa.
Malah katanya, bersalin adalah pengorbanan terbesar seseorang wanita, khususnya yang bekerja dalam membantu membangunkan keluarga, ekonomi dan negara.
“Jadi mereka kena diberi elaun serta pengiktirafan dengan menambah tempoh cuti bersalin,” jelas beliau.
Dalam hubungan ini, ahli psikologi yang juga pensyarah UKM, Prof. Madya Dr. Khaidzir Ismail berkata, cuti bersalin perlu lebih fleksibel.
“Dalam situasi masa kini, keperluan cuti bersalin perlu lebih daripada dua bulan barulah modal insan yang dilahirkan itu dapat dijamin baik kualitinya,” katanya.
Ini kerana, menurut Dr. Khaidzir, pembangunan insan berkualiti adalah modal terpenting untuk menjamin kekuatan ekonomi, negara, masyarakat dan keluarga bagi jangka masa panjang. Menurut beliau, sikap terlalu mengejar dan menabur kekayaan wang ringgit dalam membesar anak-anak bukan sahaja akan merosakkan pembangunan insan dan sumber manusia akan datang tetapi boleh memusnahkan ekonomi keluarga dan negara.
Sebab itu tegas Dr. Khaidzir, pentingnya tempoh dua tahun pembesaran bayi pada peringkat awal, menerima susu ibu dan dibelai serta mendapat kasih sayang ibu sepenuhnya.
Tiga lagi panel ialah ahli ekonomi yang mewakili Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Azizah Talib; Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Didalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman dan Presiden Biro Informasi Penyusuan Dada Malaysia (BIBM), Siti Norjinah Moin. Wacana itu bagaimanapun hanya dihadiri oleh pekerja wanita di sektor perkhidmatan awam serta badan bukan kerajaan sahaja.

Feelin, feelin


Ni masa mula2 cuit2, family Day kt Johor 2005... Feelin, feelin....

Suamiku sebelum...



Hehehe, ni gambau masa zaman bujang hubby ku... Tinggal 3 bulan lagi nak kawen ngan aku. Ihikkss...

Ape nak kasik...


Sebenarnya aku tengah terfikir-fikir ni... Befday hubby aku dah dekat tapi tak tau nak kasik apa. Tinggal bape ari je lagi, 24 Feb ni.. Mulanya ingat nak surprise kn dia, nk bawak dia g Bukit Tinggi. Tapi masa cam tak mengizinkan plak. Time tu sibuk arrr... Sebelum2 ni ummi selalu gakbagi hadiah kat dia. Sesaja... Tiba befday dia, pening lak nak kasik ape. Dia tak penah mintak pape pun, cuma aku ni je la yang nak kasik hadiah...

Ape yer nak kasik....???

Monday, February 11, 2008

Ummi rindu la


Nawal.... ummi rindu kat Nawal ni.... tiap saat dan waktu yang berputar sayang....

Penyusuan Ekslusif

Takrifan Penyusuan Eksklusif
Bayi diberikan susu ibu sahaja tanpa makanan atau minuman lain(termasuk air masak). Penyusuan susu ibu sepenuhnya amat penting untuk tempoh 4 ke 6 bulan pertama kehidupan bayi.
Kenapa Penyusuan Eksklusif Penting?
1. Susu Ibu Memberi Perlindungan dari Penyakit kerana di dalam Susu Ibu mengandungi:
- "Bifidus Factor" yang dapat membantu pembiakan koloni Laktobacillus. Koloni ini bertindak sebagai pertahanan kepada serangan pembiakan E.Coli dalam usus.
- Lactoferrin bergabung dengan zat besi menyebabkan bakteria tidak mudah membiak
- Banyak agen anti-inflamatory membantu proses inflamatori yang tidak terkawal yang menyebabkan penyakit
- Lymphocite dan Macrophages yang membantu melawan penyakit
- Antibodi untuk melawan penyakit yang telah terdedah kepada ibu tersebut
Hormon dan Growth Factor yang membantu pertumbuhan dan kematangan sistem immune bayi, perkembangan otak dan lain-lain
- Enzime lipase dan laktase yang membantu pembentukan sistem penghazaman bayi
2. Susu Ibu Memberi Perlindungan dari Alahan(Allergy) kerana:
-Sistem usus bayi mudah terbentuk bila diberi susu ibu. Protein yang diterima oleh sistem bayi adalah protein manusia bukan protein asing.
- Pendedahan yang rendah terhadap protein asing menghasilkan toleransi dan bukannya kesan alahan (allergic)
- Zat seperti zink dan "long chain polyunsaturated fatty acid" di dalam susu ibu membantu pembentukan sistem immune bayi
- Dengan memberi bayi sekali sahaja susu formula pada bayi di hari yang pertama boleh menggalakkan allergik. Semua susu formula termasuk susu soya boleh memberi risiko allergik seperti ruam, atopik, asthma, eczema dan lain-lain
3. Pemberian Susu Ibu memberi banyak kebaikan kepada bayi seperti:
- Kadar SID(Cot death) yang rendah
- Kadar kencing manis (IDDM), Otitis Media yang rendah- Respon pelalian yang lebih baik
- Kurang masalah gigi "Orthodontik"
- Perkembangan tumbesaran, emosi dan sosial yang lebih baik
- Kanak-kanak yang lebih pintar* Pemberian bahan makanan atau minuman yang lain semasa tempoh 4-6 bulan pertama ini boleh mengurangkan kesan kebaikan yang disebut di atas kerana bahan-bahan asing tadi akan membersihkan perut bayi atau bertindakbalas secara tidak semulajadi di dalam perut dan usus bayi. Tambahan pula pengambilan bahan lain akan memenuhkan perut bayi (terlalu mengenyangkan) dan menyebabkan bayi tersebut tidak mahu menyusu secukupnya dari sumber susu ibu.
Rujukan dari Kurikulum Panduan Pengurusan Laktasi dan Kursus 18 jam PPUM, KL

Teknik penyusuan Susu Ibu Yang Betul

1. Pastikan anda selesa (duduk / baring).
2. Pegang bayi rapat, keseluruhan badan bayi menghadap anda (perut bertemu perut).
3. Sentuh puting anda ke mulut bayi. Tunggu sehingga ia membuka mulut dengan luas seperti menguap, masukkan tampok hitam (aerola) ke mulut bayi.
4. Dagu bayi menyentuh payudara.
5. Kedengaran bunyi bayi menelan.

Dipetik dari "Penyusuan Susu Ibu Pilihan Terbaik" (Risalah keluaran Hospital Kuala Lumpur)

Kebaikan penyusuan 1 jam selepas bersalin

1. Untuk merangsang pengaliran susu yang cepat.
2. Mengelakkan bengkak payudara.
3. Pemberian susu awal (kolostrum) yang kaya dengan protin serta antibodi untuk mengelakkan bayi dari jangkitan.
4. Mengelakkan perdarahan selepas bersalin.
5. Kolostrum menjadi imunisasi yang pertama untuk bayi.

Dipetik dari "Penyusuan Susu Ibu Pilihan Terbaik" (Risalah keluaran Hospital Kuala Lumpur)

Cuti panjang....


Cuti panjang dah pun berlalu. Terasa sekejap sangat bersama keluarga. tahun Baru Cina yang lepas kami sekeluarga balik ke Sg. Kemahal, Triang, Pahang. Kebetulannya jiran sebelah rumah bertunang ari Sabtu, 9 Feb ngan orang Keramat. Lepas majlis bertunang tu, kita trus balik ke Sentul.


Hmmm, diam tak diam anak ummi dah genap 8 bulan 9 Feb lepas. Makin besar dah anak manja abah ni. Akal pun dah makin panjang. Saaaayang anak ummi. Mmmmuuaaaahhhsszz...


Semalam anak ummi jatuh buai. Seriau darah ummi. masa tu Nawal dalam buai, abah lak tido kat depan tv. Ummi g kejap ke dapur. Tiba2 ummi dengar abah panggil ummi dengan kuat. Ya Allah, Nawal dah terlentang kat bawah buai, tak tau camne leh jatuh. Sayang, sayang. Abah trus dukung Nawal sambil gosok2 kepala sayang. Ummi ambik minyak n trus sapu kat kepala. Nangis sekejap je anak abah n ummi ni. Tapi risau gak kut2 ade pape kan. tapi nampaknya Alhamdulillah. Pastu Nawal dah leh main cam biasa....


Empat hari cuti kali ni ummi n abah betul2 meluangkan masa ngan Nawal. Cam nak cuti je lagi, biar tiap saat dan ketika ummi bersama Nawal.....

Wednesday, February 6, 2008

Tetiba terimbau...


Tetiba terimbau kenangan yang rasa cam baru je berlalu. Tapi baru tak baru la, anak pun dah masuk 8 bulan dah... Eheheh, dis is mai swit dey... 18 Ogos 2007. Senyum sendiri kat depan komputer. Sampai bila2 pun mana boleh lupa maaa... Tahun ni dah tahun kedua kita hidup bersama. Moga cinta kita kekal hingga ke hujung nafas yang terakhir. Semoga kita dilindungi Allah dan mendapat rahmat yang berpanjangan drpd-Nya. U R MY SWEETHEART.... ari ni hari feelin-feelin ek... ehehehe..

Ape2 je la...


Dh berapa hari dah ummi tak jenguk blog ni. Sepanjang minggu lepas n minggu ni sebuk ngan kerja-kerja penerbitan buku Biografi Tokoh-tokoh Terbilang. Pening sket... Lainnya xde la keja yang berat2 pn...


Jumaat lepas ummi n abah g kursus umrah. Plannya Mei '08 ni nak ke sana jika ada rezeki. Itu bermakna Nawal kena tinggal kat kampung, sedihnya.... Setakat ni abah n ummi tak mampu nak bawak sama Nawal. InsyaAllah bila rezeki ada kita pegi sama2 ye sayang...


Sok dah cuti Tahun Baru Cina. Petang ni kita balik kampung abah. Kan Uncle Jeli nak b'tunang, tema biru lagi Sabtu nnti. Tadi sebuk ummi g beli baju Nawal... Slamat Tahun Baru Cina pd yg meraikan! Tahun tikus kan...


K la, untuk yang tersayang my sweet hubby I LOVE U VERY MUCH n 2 my little girl U R SO WONDERFULL I HAVE....mmmuuaahhzsss.........