Serangan epilepsi
- Membabitkan keseluruhan otak
- Boleh menyebabkan pesakit kaku, rebah, tidak sedarkan diri, mungkin badan akan mula bergoncang atau mengalami konvulsi, meronta-ronta dengan kekuatan otot seperti biasa
- Serangan biasanya berlaku dlm lingkungan lima minit, ttpi kebanyakan pesakit kemudiannya akan tertidur buat setengah jam atau lebih dan bila terjaga seolah-olah termenung dan bingung seketika
- Pesakit mungkin akan terjatuh, kejang, menyentak, pernafasan tidak menentu dan tidak dapat mengawal buangan air kecil dan besar
Rawatan
- Jangan panik, sebaliknya baringkan pesakit di tempat selamat, dan alas sesuatu bahan lembut di bawah kepalanya. Jgn letakkan sebarang objek di dalam mulut pesakit kerana ia boleh mencederakan pesakititu sendiri atau jari anda.
- Jangan cuba menahan atau mengikatnya daripada bergerak
- Apabila sawan sudah berakhir, baringkan pesakit dengan mengiringkan badannya, supaya saluran pernafasannya lapang.
- Jika pesakit berasa keliru atau takut, berikan keyakinan yang semuanya seperti sedia kala. elakkan daripada memberi apa2 makanan/minuman hingga pesakit pulih
Epiliepsi separa
- Berlaku apabila ada tambahan aktiviti elektrikal yang terjadi secara tiba2 pada bahagian otak di sebelah belakang pelipis.
- Serangan boleh mengakibatkan pesakit tersangat bingung, mengulang perbuatan yang tidak menyenangkan
- Pesakit selalunya tidak mengecam persekitaran dan tidak sedar apa yang sedang dilakukannya. Tanda biasa serangan sawan ini ialah perbuatan ganjil luar kawalan seperti menampar bibir, mengunyah, menarik pakaian, berlari dalam satu bulatan dengan selamba dan tidak mengikut aarahan
- Semasa diserang pesakit seperti sedar diri tetapi jika disoal mereka tidak dapat menjawabnya. pesakit akan merapu, pandangannya kosong, bertanya soalan yang merapu, menampar bibir dan gelisah dengan pakaiannya.
Rawatan
- Jangan cuba menahan pesakit daripada berjalan kecuali ke tempat yang berbahaya bagi dirinya
- Jauhkan objek yang berbahaya yang ada berhampiran
- Jangan menenangkan pesakit dengan menggoncang badannya atau menjerit padanya.
No comments:
Post a Comment