Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, April 24, 2009

Tak sihat lagi Cik Nawal...

Petang semalam masa ambik Nawal di rumah nenek Ina, badan dia masih panas. Rupa2nya nenek terlupa nak kasik ubat, so balik tu ummi trus bagi ubat. Malam tu Nawal tido cam biasa walaupun cuaca agak panas.

Dalam kul 3 Nawal terjaga semula, laa... demam lagi anak ummi. Lepas bagi ummi dia tidur semula tapi tak sampai subuh dalam kul 4 lebih gitu Nawal terjaga lagi. Dia turun katil dan main bukak tutup pintu almari baju dalam bilik tidur plak. Masa tu lampu memang ummi tak padam lepas bagi dia ubat kul 3 tadi. Dalam ngantuk tahap gaban, ummi baring di birai katil tengokkan si kecik sorang ni. Heran jugak apahal la tetiba turun katil pagi2 hari. Agaknya dah boring main sorang2 kat pintu almari tu dia tepuk ummi. Lorrr... ummi terlelap rupanya. Nawal nangis2 dan merengek sambil tarik tangan ummi ke luar bilik.

Nak ke mana ni sayang? Dengan longlai ummi gagahkan juga ikut kehendak cik Nawal ni. Rupanya dia nak ke bilik air, terus ummi check pampers dia. Laaa... Nawal 'berry' rupanya.
Dengan rasa mengantuk yang amat tu ummi bersihkan jugak Nawal. Tapi rengekan dan tangisan dia tak reda2. Resah, bagi 'anik' pun dia taknak. Ummi sapukan minyak kat perut kut Nawal kembung walaupun setelah diteliti tak kembung pun.

Pastu Nawal turun katil lagi dan terus pergi bilik air. Tengok2 rupanya Nawal ter'berry' lagi. Nampaknya pagi tadi 4 kali Cik Nawal kami berulang alik ke bilik air. Kali yang ketiga dan keempat tu ummi pakaikan lampin kain jer. Lepas tu la baru Nawal senyap dan mahu menyusu. Dalam dok nak tido kan dia la ummi terbabas pagi tadi. Lewat sungguh! Minggu ni memang minggu yang sangat meletihkan. Mencabar. Mengharukan.

Nawal.... ummi tak pernah berhenti untuk berdoa memohon supaya Nawal sihat dan cergas seperti selalu. Cepat2 lah sembuh sayang, ummi kesian sangat kat Nawal... Mmmmuuaahhh...

Thursday, April 23, 2009

Tak sihat lagi...

Semenjak Sabtu lepas Nawal Ashiqin mula menunjukkan tahap kesihatan yang kurang memuaskan. Mulanya cuma bersin2 gitu tapi selepas tu selesema, demam dan batuk mula hinggap tanpa rasa belas dan kasihan.

Pagi Isnin tu ummi dan Mr. Hubby pun pegi la klinik panel company ktorang, masuk2 je Dr. Ramesh dah senyum2. Ktorang suami isteri sengih2 je la, memang dah kenal sangat. Sebabnya every month mesti ada sekali datang jumpa dia. Setelah menerangkan keadaan Nawal yang sebenar, dia pun mulakan la rawatan. Dan ummi pun mula mengadu...

"Doktor, kami ni tiap2 datang sini. Memang baby selalu camni ke?"
"Kalu baby kita hantar ke nursery selalunya gini la keadaannya. Sebab dia bercampur dengan ramai budak. Bukan semua budak2 tu sihat selalu, tu yang senang berjangkit. Ada patient saya dulu 10 hari sekali jumpa saya. Bila 3, 4 kali berulang saya nasihatkan supaya dia berhenti kerja atau ambil maid untuk jaga baby. Lepas tu dia ambik maid dan sekarang hanya sekali sekala je dia datang ke sini," panjang lebar Dr. Ramesh cakap. Ummi rasa ni bukan kali pertama dia cakap kat ktorang.

Ya, ummi sangat sukakan saranan pertama tu. 'Berhenti kerja dan jaga anak sendiri.' Wahai abang sayang.... kalau la boleh begitu mudah saya berbuat demikian, sayalah orang paling bahagia dalam dunia ni. Malah klu diikutkan target ummi, umur 35 tahun nanti sebolehnya nak jadi suri rumahtangga sepenuh masa. Haaa... 6 tahun lagi maa, boleh ke? Harap2 Mr. Hubby faham dengan kenyataan bertulis ni ye... Ngeh ngeh ngeh...

* Kenyataan Dr. Ramesh tu bukanlah bermaksud bila baby sakit jer, nursery la punya pasal. Tu semua kebanyakan kes yang dia temui. Tak boleh nak salahkan nursery gak, sebab klu bukan diorang yang jaga anak kita sape lagi nak jaga. Kita para ibu2 ni perlu kerja untuk membantu ekonomi suami. Anggap je la dugaan ni ada hikmah yang tersembunyi yer...

Minggu ni pun sememangnya Nawal sangat2 la manja (sebenarnya memerlukan perhatian), dek kerana kesihatannya tu. Maka, seperti burung pungguk la lagaknya ummi di malam hari. Tu yang datang ofis, bengap je rasa...

Kalau dah dia kata hanya ummi sahaja yang kena jaga dia jawabnya abah tak boleh sentuh dia. Sampaikan abah nak tolong buai pun boleh mengamuk bangat. Memang sangat2 mencabar kesabaran diri!

Harap2 anak ummi cepat sembuh supaya abah dan ummi tidak keruan lagi ye nak... Aamin.

Tuesday, April 21, 2009

Tuesday, April 14, 2009

Ummi...amam...

Awal pagi tadi, 14 April semasa sedang tidur ummi terasa badan Nawal panas. Masa tu tak la tidur lena pun, semenjak kelahiran puteri sulung ummi ni pun tak lenanya tidur. Bukan apa, Nawal banyak betul menyusu time malam. Siang2 tak heran pun dia..

Bila tengok kat henpon jam baru 4.40 pagi, dalam suram cahaya lampu ummi perasan yang mata Nawal terkebil-kebil. Apalagi, ummi terus bangun dan hidupkan lampu. Lepas tu trus pegi kat Nawal, dah terjaga pun dia.

"Ummi... amam...," ucap si kecilku sambil pegang dahi. Alahai, Nawal dah pandai ngadu demam... syahdu je rasanya.

Mmmm, memang betul pun. Tak sangka plak dia dah pandai bercakap. Hehehe, ingat dia kecik lagi ker? Dah nak masuk 2 tahun pun 9 Jun nanti.

Bila check suhu badan, tak sempat abih lagi termometer tu baca dah melalak la plak tak nak kepit kat ketiak lama2. Bacaannya hanya setakat 37.4 jer. Ummi trus ambik 'cool fever' dan ubat demam. Sekali lagi melalak pagi2 sebab kena makan ubat. Jenuh nak memegangnya, kuat tul kudrat anak dara sorang ni.

Abis jer makan ubat trus boom tidur, abah g dapur basuh syringe. Nak memujuk si Nawal ni mesti la dengan 'anik'nya... tak lama lepas tu dia tertidur semula sampai la pagi tadi ummi bangun pun dia tak sedar. Klu tak, ummi bangun dia bangun la jugak skali...

Semoga anak ummi cepat2 sembuh ye sayang...

Thursday, April 9, 2009

tahun baru yg sungguh syahdu






Ni semer gambar2 yg Auntie Zila snap masa kat Klinik Kulit Md Nor, KL pd 5 Januari 2009 yang dah lama lepasnya. Tengok la badan Nawal yg penuh ngan gatal2 sampai tak tidur malam. Sebenarnya ummi ada ambik video masa dia gelisah asyik menggaru malam tu tapi masih tak dapat nak upload kat sni lagi.

Yang sedihnya masa ni abah takde, g outstation. Lama lak tu, 2 minggu. Tu yang menumpang kasih sayang ngan Auntie Zila. Bukan setakat badan2 je gatal tapi dengan kepala, hidung tumbuh bisul lak. Huuwwwaaaa.... ummi yang nangis kesiankan Nawal. Permulaan tahun baru yang menyedihkan, anak tak sihat, hubby lak jauh......... Syahdu tul....

Wednesday, April 8, 2009

Nawal dah pandai sebut...

Hari ini ummi nak list kan serba sedikit patah2 perkataan yg Nawal dh pandai cakapkan. Esok genaplah Nawal 22 bulan dan masih banyak yang perlu dia pelajari...

1. Cat
2. Bird
3. Dog (siap wat bunyi lagi...hehehe)
4. Kan (actually makan...)
5. Miii...(dengan sebutan yg panjang, tapi kadang2 pandai je sebut ummi)
6. Tiga (sebutan baku tau. Masih tak reti nak sebut satu, dua tapi trus sebut tiga!)
7. Bibi (bukan bibik yer tapi baby... hahaha. Rumah saya takde bibik pun setakat ni)
8. Chik (makcik, adik saya yang ke-6)
9. Nek (nenek)
10. Anik (ni perkataan yg paling sweet bagi saya, sebab maknanya ialah nenen...)
11. Abu (nama kucing kesayangan atok Perak Nawal. Kadang2 nampak kucing trus panggil abu)
12. Tah (Mashitah, nama adik saya yang bongsu. Ni gara2 dengar ktorang panggil la ni)
13. Car
14. Ama-ama (butterfly la...)
15. Ikan
16. Abah (suka sangat panggil abah walaupun ummi yg kadang2 dia nampak dulu... jeles gak ni)
17. Nak (kadang2 nanak... sekali dengar cam Nangnak plak. Hahaha)
18. Syusyu (susu)
19. Agi (lagi)
20. Wang (bukan duit tau tapi buang. Tu ayat klu ktorang ajar dia buang sampah)
21. Ayam
22. Syup (sup)
23. Okong (dukung, nak manja la konon...)
24. Awah (perkataan yg sebetulnya ialah Allah. Sejak kecik lagi ajar tapi sampai sekarang masih tak pandai nak angkat lidah ke langit lagi kut... tapi ok la tu kan. Alhamdulillah)

Antara ayat centanya sekarang ni...

1. Ape tu? (Sambil tuding jari kat benda yang dia tanya)
2. Aju uai aju... (maknanya ialah laju buai ku laju, alaaa lagu Bawang Putih Bawang Merah tu. Nada tu memang dah sama dah tapi words tu je la yang kureng lagi...)

Sebenarnya ada lagi yang dia boleh sebut tapi ummi plak yang lupa. Nanti bila dah teringat ummi update lagi yer....

Wednesday, April 1, 2009

Selesai sudah...

Alhamdulillah...

Lega benar rasanya kesibukan yang menghambat semenjak awal tahun dulu sudah berakhir. Benar2 lega. Selepas habis jer majlis Sabtu lepas, ummi dan suami betul2 berehat di rumah. Nawal pun kemain lagi riang gembiranya menyambut kepulangan abah dan ummi yang sangat dirindui.... Ummi pun sangat rindukan masa2 terluang kita sayang...

Semalam, apabila ummi memulakan minggu baru rasa seperti hidup baru pulak. Hehehe... Yeehaaa!!! Maknanya ummi pun ada la masa untuk meng'update' blog ni yang semakin semak samun. InsyaAllah ummi juga akan menjengah blog kawan2 yang lain...

K, bye...