Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, April 14, 2009

Ummi...amam...

Awal pagi tadi, 14 April semasa sedang tidur ummi terasa badan Nawal panas. Masa tu tak la tidur lena pun, semenjak kelahiran puteri sulung ummi ni pun tak lenanya tidur. Bukan apa, Nawal banyak betul menyusu time malam. Siang2 tak heran pun dia..

Bila tengok kat henpon jam baru 4.40 pagi, dalam suram cahaya lampu ummi perasan yang mata Nawal terkebil-kebil. Apalagi, ummi terus bangun dan hidupkan lampu. Lepas tu trus pegi kat Nawal, dah terjaga pun dia.

"Ummi... amam...," ucap si kecilku sambil pegang dahi. Alahai, Nawal dah pandai ngadu demam... syahdu je rasanya.

Mmmm, memang betul pun. Tak sangka plak dia dah pandai bercakap. Hehehe, ingat dia kecik lagi ker? Dah nak masuk 2 tahun pun 9 Jun nanti.

Bila check suhu badan, tak sempat abih lagi termometer tu baca dah melalak la plak tak nak kepit kat ketiak lama2. Bacaannya hanya setakat 37.4 jer. Ummi trus ambik 'cool fever' dan ubat demam. Sekali lagi melalak pagi2 sebab kena makan ubat. Jenuh nak memegangnya, kuat tul kudrat anak dara sorang ni.

Abis jer makan ubat trus boom tidur, abah g dapur basuh syringe. Nak memujuk si Nawal ni mesti la dengan 'anik'nya... tak lama lepas tu dia tertidur semula sampai la pagi tadi ummi bangun pun dia tak sedar. Klu tak, ummi bangun dia bangun la jugak skali...

Semoga anak ummi cepat2 sembuh ye sayang...

No comments: