Semenjak Sabtu lepas Nawal Ashiqin mula menunjukkan tahap kesihatan yang kurang memuaskan. Mulanya cuma bersin2 gitu tapi selepas tu selesema, demam dan batuk mula hinggap tanpa rasa belas dan kasihan.
Pagi Isnin tu ummi dan Mr. Hubby pun pegi la klinik panel company ktorang, masuk2 je Dr. Ramesh dah senyum2. Ktorang suami isteri sengih2 je la, memang dah kenal sangat. Sebabnya every month mesti ada sekali datang jumpa dia. Setelah menerangkan keadaan Nawal yang sebenar, dia pun mulakan la rawatan. Dan ummi pun mula mengadu...
"Doktor, kami ni tiap2 datang sini. Memang baby selalu camni ke?"
"Kalu baby kita hantar ke nursery selalunya gini la keadaannya. Sebab dia bercampur dengan ramai budak. Bukan semua budak2 tu sihat selalu, tu yang senang berjangkit. Ada patient saya dulu 10 hari sekali jumpa saya. Bila 3, 4 kali berulang saya nasihatkan supaya dia berhenti kerja atau ambil maid untuk jaga baby. Lepas tu dia ambik maid dan sekarang hanya sekali sekala je dia datang ke sini," panjang lebar Dr. Ramesh cakap. Ummi rasa ni bukan kali pertama dia cakap kat ktorang.
Ya, ummi sangat sukakan saranan pertama tu. 'Berhenti kerja dan jaga anak sendiri.' Wahai abang sayang.... kalau la boleh begitu mudah saya berbuat demikian, sayalah orang paling bahagia dalam dunia ni. Malah klu diikutkan target ummi, umur 35 tahun nanti sebolehnya nak jadi suri rumahtangga sepenuh masa. Haaa... 6 tahun lagi maa, boleh ke? Harap2 Mr. Hubby faham dengan kenyataan bertulis ni ye... Ngeh ngeh ngeh...
* Kenyataan Dr. Ramesh tu bukanlah bermaksud bila baby sakit jer, nursery la punya pasal. Tu semua kebanyakan kes yang dia temui. Tak boleh nak salahkan nursery gak, sebab klu bukan diorang yang jaga anak kita sape lagi nak jaga. Kita para ibu2 ni perlu kerja untuk membantu ekonomi suami. Anggap je la dugaan ni ada hikmah yang tersembunyi yer...
Minggu ni pun sememangnya Nawal sangat2 la manja (sebenarnya memerlukan perhatian), dek kerana kesihatannya tu. Maka, seperti burung pungguk la lagaknya ummi di malam hari. Tu yang datang ofis, bengap je rasa...
Kalau dah dia kata hanya ummi sahaja yang kena jaga dia jawabnya abah tak boleh sentuh dia. Sampaikan abah nak tolong buai pun boleh mengamuk bangat. Memang sangat2 mencabar kesabaran diri!
Harap2 anak ummi cepat sembuh supaya abah dan ummi tidak keruan lagi ye nak... Aamin.
2 comments:
sabarlah menempuhnya...setiap insan pasti diduga dengan pelbagai cabaran, cuma dugaan yang berbeza-beza antara setiap pasangan dalam rumahtangga.... Sabar ye Ummi...
semoga nawal cepat sembuh...tak mau wat ummie risau yea...:)
Post a Comment