Petang semalam masa ambik Nawal di rumah nenek Ina, badan dia masih panas. Rupa2nya nenek terlupa nak kasik ubat, so balik tu ummi trus bagi ubat. Malam tu Nawal tido cam biasa walaupun cuaca agak panas.
Dalam kul 3 Nawal terjaga semula, laa... demam lagi anak ummi. Lepas bagi ummi dia tidur semula tapi tak sampai subuh dalam kul 4 lebih gitu Nawal terjaga lagi. Dia turun katil dan main bukak tutup pintu almari baju dalam bilik tidur plak. Masa tu lampu memang ummi tak padam lepas bagi dia ubat kul 3 tadi. Dalam ngantuk tahap gaban, ummi baring di birai katil tengokkan si kecik sorang ni. Heran jugak apahal la tetiba turun katil pagi2 hari. Agaknya dah boring main sorang2 kat pintu almari tu dia tepuk ummi. Lorrr... ummi terlelap rupanya. Nawal nangis2 dan merengek sambil tarik tangan ummi ke luar bilik.
Nak ke mana ni sayang? Dengan longlai ummi gagahkan juga ikut kehendak cik Nawal ni. Rupanya dia nak ke bilik air, terus ummi check pampers dia. Laaa... Nawal 'berry' rupanya.
Dengan rasa mengantuk yang amat tu ummi bersihkan jugak Nawal. Tapi rengekan dan tangisan dia tak reda2. Resah, bagi 'anik' pun dia taknak. Ummi sapukan minyak kat perut kut Nawal kembung walaupun setelah diteliti tak kembung pun.
Pastu Nawal turun katil lagi dan terus pergi bilik air. Tengok2 rupanya Nawal ter'berry' lagi. Nampaknya pagi tadi 4 kali Cik Nawal kami berulang alik ke bilik air. Kali yang ketiga dan keempat tu ummi pakaikan lampin kain jer. Lepas tu la baru Nawal senyap dan mahu menyusu. Dalam dok nak tido kan dia la ummi terbabas pagi tadi. Lewat sungguh! Minggu ni memang minggu yang sangat meletihkan. Mencabar. Mengharukan.
Nawal.... ummi tak pernah berhenti untuk berdoa memohon supaya Nawal sihat dan cergas seperti selalu. Cepat2 lah sembuh sayang, ummi kesian sangat kat Nawal... Mmmmuuaahhh...
No comments:
Post a Comment