Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, October 14, 2009

Kat mana yer...

Sebelum nk masuk miting jap lagik ni, ummi saja menge'post' apa yang ada dalam kepala. Hmmm... sekarang ni terpikir nak bersalin kat spital mana. Sebabnya... setelah membaca blog seorang kawan. Dia tengah survey2 spital yang bagus...

Untuk pengetahuan kawan2, ummi sekarang check-up kat Klinik DBKL. Dekat sangat dengan opis. Kami suami isteri belum betul2 decide spital mana yang nak dituju bila tiba masanya nanti. Ikutkan ummi nak bersalin je kat PUSRAWI Tun Razak ni sebab rekod dah ada kat sana. Nawal Ashiqin pun diputerikan di sana. Dah tau environment dan doktor yang serasi membuatkan ummi teringat masa bersalinkan kakak Nawal. Tapi agak mustahil untuk bersalinkan 2nd baby ni di sana. Sebab....kami akan pindah ke Subang tak lama lagi. Takkan nak berkejar ke Jalan Tun Razak plak kan. Actually ada PUSRAWI kat Damansara tu tapi tak tau la kenapa ummi macam tak terpikir pun nak ke sana. Padahal kakak ipar pernah bersalin kat situ. Service ok katanya.

My habib pernah mencadangkan Hospital Sunagi Buluh. Kat situ pun ok jugak kan. Tapi entah la, macam tetiba blur plak nak bersalin kat mana 2nd baby ni. Bukannya tak excited tapi mungkin faktor masih panjang lagi masa untuk sampai kepada tarikh jangkaan bersalin tu membuatkan ummi tak pening2 untuk memikirkannya. Ikutkan tarikh tahun depan... 20.01.2010. (Ummi perasan sendiri yang tarikh ni sangat cantik...hehehe)

Ummi tak kisah pun nak bersalin kat mana. Janji semuanya berjalan dengan baik dan kami berdua (ummi & baby) sihat sempurna sepenuhnya. Semoga dipermudahkan untuk bersalin. Normal la mintaknya. Aamiinnnn.... Kawan2 tolong doakan kami yer....

Tuesday, October 13, 2009

Sayangku telah kembali

Sebenarnya dalam kesibukan yang amat sangat ni, tidak banyak yang boleh ummi tuliskan. Cuma nak mengkhabarkan suamiku telah pulang dengan selamatnya. Maka tersenyum lebar lah sang puteriku melihat abahnya semalam.... Daripada luar kereta lagi dah panggil abah, abah...

Cumanya sayangku itu agak gelap kulitnya, hehehe... Berpanas sungguh ke kat sana? Hmmm... tak kisah la gelap ke tidak, dia tetap suamiku yang dikasihi...

Wednesday, October 7, 2009

Kisah kakak lagi....

Semalam ummi tak sempat update blog. Sebuk sangat. Minggu ni ngan minggu depan memang minggu yang sangat sebuk kat opis ummi. Biasa la kalu ada big event.

Malam semalam (bukan malam tadi) kakak berjaga jugak. Kali ni terpaksa kacau abah dalam kul 2 pagi rasanya. Kalu boleh memang tak nak ganggu abah tapi dengan sape lagi ummi nak bergantung harap dan mengadu. Tambahan lak kakak yang meragam, memang sah lah abah orang yang perlu dirujuk. Pujuk punya pujuk kakak pun tak nangis lagi. Tapi nak tengok citer Upin. Berangkutlah ummi selimut dan bantal ke ruang tamu. Nampaknya dah 2 hari camni... Tapi Alhamdulillah kul 4 tu kakak dah terlelap sambil minum susu. Lega sangat rasanya. Dapat la ummi tidur 2 jam. Kitaorang memang tertidur kat depan tv jer malam tu...

Nampaknya ada perubahan positif untuk malam tadi. Kakak tidur awal sikit, kul 10 rasanya. Ummi pun nekad nak tidur sama sebelum kakak terjaga lagi. Abih wat kerja umah sket, ummi trus baring dengan harapan boleh la cover balik tidur yang tak cukup sejak 2 hari lepas. Belum kul 12 kakak merengek2 tapi sekejap jer. Dekat2 kul 2 tu kakak berjaga balik. Alahai sayang... kenapa yer sayang camni? Tak dinafikan ummi sedih sangat. Campur ngan penat campur lagi tak cukup tidur.

Bukak jer mata kakak trus nangis. Tunjuk tangan kat TV... " Upin, Upin..." dan ummi pun pasang la tv. Ikut je la kehendak dia daripada dia meraung tengah2 malam. Kang ada ummi meraung sekali. Tu pun duk tahan2 air mata ni jangan kuar tapi sebagai seorang ibu, mana dapat ummi menahannya... syahdu syahdan la malam tadi. Syukur sangat tak sampai sejam lepas tu kakak tidur balik setelah puas ummi gosok2 dan garu badan dia. Dan... kami tidur sampai subuh tadi. Ya, selepas 3 hari ummi bangun dengan senyuman pagi. Perubahan yang positif bukan? Alhamdulillah.

Malam tadi memang tak berangkut kuar masuk bilik pun sebab memang ummi bentangkan toto depan ruang tamu. Harap2 untuk malam yang seterusnya kakak akan tidur lena. Tapi malam ni kain pelikat abah tu kakak tak boleh pakai lagi yer sayang sebab subuh tadi kakak dah 'terlepas' kat stu... So, ummi kasik pelikat abah yang lain tau. Jangan nangis2 lagi malam ni ek...

Monday, October 5, 2009

Kakak berjaga lagi...

Semalam kakak berjaga semula seperti kebiasaan apabila abahnya di perantauan. Elok dah 2 ari ummi tidur dengan tenang. Alih2 kul 2 semalam kakak merengek2. 4 pagi tadi terpaksa ummi called abah suh cakap ngan kakak. Lagi syahdu syahdan la anak dara sorang ni... Hadoi...

Dah la semalam ummi tidur lambat settle kerja2 umah. Baru je nak tidur kena berjaga la plak. Dah puas abah pujuk, masuk la buai sekejap. Tapi pastu kakak nak turun plak. Nak tengok Upin. Ding dong kepala ummi bukak tv kul 4 pagi. Dekat 7 pagi baru tido, tu pun nangis2 nak susu. Sekarang ni kakak sikit2 nangis. Tak boleh buat something pun nangis. Suara tu kalu halus takpe gak, ni satu blok leh dengar. Ikutkan emo mau jer ummi pun meraung skali, tapi kang orang kata plak kan...

Sampai la ni ummi masih tak tidur sejak tengah malam semalam, tak tau la boleh bertahan sampai bila. Pagi tadi masa nak pegi keja mengeletar rasanya seluruh badan. Tapi tu la, kalu bukan kerana nama kerja tak kuasa ummi berjaga sampai saat ni. Balik 5.30 ni mau sampai umah ummi trus lelapkan mata. Tapi tu angan2 jer, belum tentu boleh tidur nyer.

Harap2 kesabaran ummi masih jitu melawan cabaran membesarkan anak2 (skang kakak sorang je). Ummi mau jadi ibu yang terbaik, memberikan kasih sayang tak berbelah bahagi kepada anak2. Buat kakak, ummi minta maaf banyak2 mana yang ummi marah kakak tu. Bukannya ummi saja2 marah kakak. Ummi sayang sangat2 kat kakak, tapi tu la orang kata bukan senang nak jadi mak bapak ni. Yang dah jadik mak bapak je tau apa kisahnya...

* Pesanan buat abang yang jauh di mata sekarang ni.... Pulanglah sekarang sayang. Saya sangat2 rindukan abang, kakak pun sama. Ikutkan rasa hati, saya taknak pun berjauhan sama sekali. Sunyi nyer hidup ni tanpa orang tersayang di sisi. Wahai hati, tabahlah menghadapi...

Thursday, October 1, 2009

Gambar Raya 2009












Raya kali ni turn kat Perak, pagi raya kedua baru balik Pahang. Actually ummi ada 9 beradik tapi sorang lagi turn raya kat umah mentua. Sorang lagi ntah hilang mana lepas solat raya tak balik umah, trus beraya la tu... Ni pun kira ok la sebab ayah ummi nak bergambar. Kalu tak jangan harap! Ayah memang tak suka bergambar sebab tu masa ummi kawen pun takde gambar dia. Masa Yeop (my 3rd brother) kawen pun orang tangkap dia suh ambik gambar...

Yang dah kawen baru 2 orang je, cucu pun baru nak masuk 3. InsyaAllah 21 November nanti adik ummi yang ke 5 akan melangsungkan perkahwinan dengan orang kampung sebelah. Yang kelakarnya adik ipar ummi tu senior masa ummi sekolah menengah dulu. Hehehe.... Ummi ni anak sulung tu yang mak masih nampak muda you! Adik bongsu baru darjah satu. Oh... ni bukan citer raya dah ni. Citer salasilah keluarga plak kang. Ok la yer... layan dulu gambar2 ni..

TQ Mr. Habib

Dengan penuh ikhlas ummi nak ucapkan terima kasih banyak2 kepada hubby yang sudi masakkan daging kunyit cili padi (err, sorry yer ummi tak tau nama apa masakan ni sebetulnya) semalam. Sedap sangat! Nasib baik sempat kami sekeluarga makan sebelum hubby kene datang opis semula, ada keja urgent la plak...

Lama sangat dah ummi tak makan hubby nyer masakan ni. Tetiba semalam cam teringin sangat. Sanggup tak lunch semata2 nak tunggu malam untuk makan daging tu. Haa... malam semalam makan tak hengat. Kakak pun berselera makan ikan singgang abahnya. Sampai angkat pinggan hirup kuah.... hehehe.... Dah 6 bulan rupanya dapur rumah kami tak berasap macam semalam. Haiyooo.. macam tak caya jer begitu lama kami tinggalkan ruang tu...

Walaupun skang ni ummi masih pening2 lalat terbau dapur terutamanya bab tumis2 ni tapi ok la sket drpd dulu yang langsung takleh bau kan. Pagi ni pun masih terasa denyut kat kepala tapi buat tak tau je la... harap2 ok la nanti.

Sekali lagi buat Mr. Habib ku yang tersayang, tq so much. Luv u, mmmmuuuaaahhh.... Nanti sayang balik outstation saya nk makan lagi daging macam tu ek :)