Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, October 5, 2009

Kakak berjaga lagi...

Semalam kakak berjaga semula seperti kebiasaan apabila abahnya di perantauan. Elok dah 2 ari ummi tidur dengan tenang. Alih2 kul 2 semalam kakak merengek2. 4 pagi tadi terpaksa ummi called abah suh cakap ngan kakak. Lagi syahdu syahdan la anak dara sorang ni... Hadoi...

Dah la semalam ummi tidur lambat settle kerja2 umah. Baru je nak tidur kena berjaga la plak. Dah puas abah pujuk, masuk la buai sekejap. Tapi pastu kakak nak turun plak. Nak tengok Upin. Ding dong kepala ummi bukak tv kul 4 pagi. Dekat 7 pagi baru tido, tu pun nangis2 nak susu. Sekarang ni kakak sikit2 nangis. Tak boleh buat something pun nangis. Suara tu kalu halus takpe gak, ni satu blok leh dengar. Ikutkan emo mau jer ummi pun meraung skali, tapi kang orang kata plak kan...

Sampai la ni ummi masih tak tidur sejak tengah malam semalam, tak tau la boleh bertahan sampai bila. Pagi tadi masa nak pegi keja mengeletar rasanya seluruh badan. Tapi tu la, kalu bukan kerana nama kerja tak kuasa ummi berjaga sampai saat ni. Balik 5.30 ni mau sampai umah ummi trus lelapkan mata. Tapi tu angan2 jer, belum tentu boleh tidur nyer.

Harap2 kesabaran ummi masih jitu melawan cabaran membesarkan anak2 (skang kakak sorang je). Ummi mau jadi ibu yang terbaik, memberikan kasih sayang tak berbelah bahagi kepada anak2. Buat kakak, ummi minta maaf banyak2 mana yang ummi marah kakak tu. Bukannya ummi saja2 marah kakak. Ummi sayang sangat2 kat kakak, tapi tu la orang kata bukan senang nak jadi mak bapak ni. Yang dah jadik mak bapak je tau apa kisahnya...

* Pesanan buat abang yang jauh di mata sekarang ni.... Pulanglah sekarang sayang. Saya sangat2 rindukan abang, kakak pun sama. Ikutkan rasa hati, saya taknak pun berjauhan sama sekali. Sunyi nyer hidup ni tanpa orang tersayang di sisi. Wahai hati, tabahlah menghadapi...

3 comments:

Fara said...

Lin...sedihnya. sian awak. dh la preggy...duk jauh dr suami. anak pulak buat perangai. dia mmg mcm tu sbb dia nk ada adik. sok dh ada adik...pandai la dia bawa diri. Sabar la Lin.

cuba la ambik cuti...tp hantar nawal g rmh nenek jugak. so Lin bleh rehat kan. (cadangan yg bernas ker??)

nuhaz said...

alahai kakak, makin nak dpt adik makin menguji kesabaran umminya...sabo ek ummi...tp nawal dah pandai ckp..part yg paling best ialah dia kenal sape 'zila' sgt terharu ;D

rizwan's sweetheart said...

cian kak lin... sabar ye