Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, October 14, 2009

Kat mana yer...

Sebelum nk masuk miting jap lagik ni, ummi saja menge'post' apa yang ada dalam kepala. Hmmm... sekarang ni terpikir nak bersalin kat spital mana. Sebabnya... setelah membaca blog seorang kawan. Dia tengah survey2 spital yang bagus...

Untuk pengetahuan kawan2, ummi sekarang check-up kat Klinik DBKL. Dekat sangat dengan opis. Kami suami isteri belum betul2 decide spital mana yang nak dituju bila tiba masanya nanti. Ikutkan ummi nak bersalin je kat PUSRAWI Tun Razak ni sebab rekod dah ada kat sana. Nawal Ashiqin pun diputerikan di sana. Dah tau environment dan doktor yang serasi membuatkan ummi teringat masa bersalinkan kakak Nawal. Tapi agak mustahil untuk bersalinkan 2nd baby ni di sana. Sebab....kami akan pindah ke Subang tak lama lagi. Takkan nak berkejar ke Jalan Tun Razak plak kan. Actually ada PUSRAWI kat Damansara tu tapi tak tau la kenapa ummi macam tak terpikir pun nak ke sana. Padahal kakak ipar pernah bersalin kat situ. Service ok katanya.

My habib pernah mencadangkan Hospital Sunagi Buluh. Kat situ pun ok jugak kan. Tapi entah la, macam tetiba blur plak nak bersalin kat mana 2nd baby ni. Bukannya tak excited tapi mungkin faktor masih panjang lagi masa untuk sampai kepada tarikh jangkaan bersalin tu membuatkan ummi tak pening2 untuk memikirkannya. Ikutkan tarikh tahun depan... 20.01.2010. (Ummi perasan sendiri yang tarikh ni sangat cantik...hehehe)

Ummi tak kisah pun nak bersalin kat mana. Janji semuanya berjalan dengan baik dan kami berdua (ummi & baby) sihat sempurna sepenuhnya. Semoga dipermudahkan untuk bersalin. Normal la mintaknya. Aamiinnnn.... Kawan2 tolong doakan kami yer....

4 comments:

Fara said...

Lin...pindah Subang?? Kat mana tu? Subang Bestari ke...? Dekat le dgn Fara nnt. Yeay!!!

ummi said...

Fara...

InsyaAllah ktorang pindah ke Subang Bestari ujung tahun ni. Fara nak pindah gak ke? Hehehe... boleh le kita jumpa ek..

Fara said...

subang bestari...? dekat sangat la dgn fara. Fara mmg kat subang la Lin. bleh la jumpa nanti...jauhnya beli rumah kat sini, kan.

airikamalek said...

MMg nak bersalin dlm dilema kan, sbb tu akk decide kat pusrawi je, last record kat sana lagi pun akak x nak kena bedah lagi...minta2 la kita x ada masalah apa2 kan...