Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, October 7, 2009

Kisah kakak lagi....

Semalam ummi tak sempat update blog. Sebuk sangat. Minggu ni ngan minggu depan memang minggu yang sangat sebuk kat opis ummi. Biasa la kalu ada big event.

Malam semalam (bukan malam tadi) kakak berjaga jugak. Kali ni terpaksa kacau abah dalam kul 2 pagi rasanya. Kalu boleh memang tak nak ganggu abah tapi dengan sape lagi ummi nak bergantung harap dan mengadu. Tambahan lak kakak yang meragam, memang sah lah abah orang yang perlu dirujuk. Pujuk punya pujuk kakak pun tak nangis lagi. Tapi nak tengok citer Upin. Berangkutlah ummi selimut dan bantal ke ruang tamu. Nampaknya dah 2 hari camni... Tapi Alhamdulillah kul 4 tu kakak dah terlelap sambil minum susu. Lega sangat rasanya. Dapat la ummi tidur 2 jam. Kitaorang memang tertidur kat depan tv jer malam tu...

Nampaknya ada perubahan positif untuk malam tadi. Kakak tidur awal sikit, kul 10 rasanya. Ummi pun nekad nak tidur sama sebelum kakak terjaga lagi. Abih wat kerja umah sket, ummi trus baring dengan harapan boleh la cover balik tidur yang tak cukup sejak 2 hari lepas. Belum kul 12 kakak merengek2 tapi sekejap jer. Dekat2 kul 2 tu kakak berjaga balik. Alahai sayang... kenapa yer sayang camni? Tak dinafikan ummi sedih sangat. Campur ngan penat campur lagi tak cukup tidur.

Bukak jer mata kakak trus nangis. Tunjuk tangan kat TV... " Upin, Upin..." dan ummi pun pasang la tv. Ikut je la kehendak dia daripada dia meraung tengah2 malam. Kang ada ummi meraung sekali. Tu pun duk tahan2 air mata ni jangan kuar tapi sebagai seorang ibu, mana dapat ummi menahannya... syahdu syahdan la malam tadi. Syukur sangat tak sampai sejam lepas tu kakak tidur balik setelah puas ummi gosok2 dan garu badan dia. Dan... kami tidur sampai subuh tadi. Ya, selepas 3 hari ummi bangun dengan senyuman pagi. Perubahan yang positif bukan? Alhamdulillah.

Malam tadi memang tak berangkut kuar masuk bilik pun sebab memang ummi bentangkan toto depan ruang tamu. Harap2 untuk malam yang seterusnya kakak akan tidur lena. Tapi malam ni kain pelikat abah tu kakak tak boleh pakai lagi yer sayang sebab subuh tadi kakak dah 'terlepas' kat stu... So, ummi kasik pelikat abah yang lain tau. Jangan nangis2 lagi malam ni ek...

No comments: