Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, July 6, 2012

Kelahiran Nawal Haseena


6 April 2012 (Jumaat)
Semasa kandungan memasuki minggu ke 32, saya rasa sakit seperti dihiris2 di bahagian ari-ari. Ianya sama seperti saat mahu melahirkan kakak. Cuma sakit ni datang lebih awal. Sedikit sebanyak tafsiran saya mengatakan Haseena juga akan lahir lebih awal seperti kakak-kakaknya.

Saya perasan ada cecair coklat keluar masa tengahari tu sebelum keluar lunch, tapi wat dek jer la sebab tak rasa kontraksi. Tapi sepanjang keluar lunch tu memang fikiran dok ingat perkara tu. Ni tanda2 nak bersalin ke, sebab setiap kelahiran kan berbeza tanda2nya… Saya confuse.

On the way balik rumah petang tu saya story kat En. Hubby. Saya masih mampu bercerita dalam keadaan yang sangat santai. Kerisauan memang tergambar di wajah kekasih hati saya itu, maklum saja keesokan hari dia akan ke Seremban untuk bertugas.

7 April 2012 (Sabtu)
Langsung takde tanda macam semalam. Ok, saya tunggu je.  Lagipun saya demam sejak semalam. Saya hanya baring, seluruh tubuh saya sakit2 tak terkata. Saya redha dan pasrah dengan keadaan rumah, tau je la macam mana 2 beradik tu ‘mengemas’ rumah kan. Tengahari tu saya gagahkan diri untuk masak nasi dan goreng telur. Saya ingat sangat, tika saya menyuap 2 mulut kecil di hadapan saya, airmata saya laju tak dapat ditahan-tahan. Sedih sangat, sebab saya sungguh tak berdaya untuk memasak yang lebih baik daripada itu untuk mereka.

Saya tak sabar menunggu kepulangan En. Hubby pada sebelah malamnya. Kepada dia saya sandarkan harapan untuk menguruskan anak-anak dan rumah yang agak terbiar sejak siang.

Firasat saya waktu itu adalah waktu bersalin semakin hampir, cuma tak tahu bila. Saya berdoa tiapkali lepas solat agar saya bersalin di waktu yang senang saya uruskan Ashiqin dan Inshirah. Senang cerita waktu siang la yang saya harapkan, dua beradik tu kat sekolah. Malamnya mungkin adik saya boleh temankan di rumah nanti.

8 April 2012 (Ahad)
Cecair coklat seperti Jumaat aritu keluar lagi. Saya semakin suspen, tapi memang takde kontraksi. Petang tu siap lepak kat depan rumah, beramah mesra dengan Kak As jiran saya. Lama betul saya tak jumpa dia. Maklumlah, masing2 sibuk dengan kerja dan hal2 lain. Kakak dan adik saya biarkan bermain di sekitar kami. En. Hubby pula mengemas rumah, he3… Dia sungguh rajin masa tu (ataupun terpaksa rajin, tak tau la, wink3… Apa2 pun terima kasih banyak2 sayang.)

9 April 2012 (Isnin)
Jam 4.30 pagi ketika ingin ke bilik air, saya terasa seperti ada percikan kecil yang berlaku. Apakah…… yup, saya semakin yakin saya akan bersalin hari ini juga. Masa tu pun masih tiada kontraksi. 6.30 pagi saya perasan cecair coklat juga terus keluar sedikit demi sedikit. Saya masih dalam keadaan tenang tika itu, aktiviti harian masih saya lakukan seperti biasa. Menyiapkan apa2 yang patut untuk menghantar kakak dan adik ke sekolah.  Saya melakukan semuanya seperti biasa kerana saya terfikir, andaikata itulah kali terakhir saya bersama mereka, saya puashati kerana semuanya telah diuruskan daripada awal hingga akhir. Ketika memandikan mereka, saya masih lagi kuat.

Tapi, jam 8.00 pagi baru saya rasa sakit. Sakit yang boleh dikatakan agak kuat. Sewaktu tiba di sekolah anak2, saya tidak turun pun seperti kebiasaan. Mereka hanya salam, cium dan peluk saya di dalam kereta. Saya memeluk mereka erat2…. Mujur airmata dapat ditahan, saya tahu kami akan berpisah buat seketika. Pasti rindu akan berkepung dihati saya nanti.

Selesai menghantar mereka ke sekolah, suami memecut laju ke hospital. Saya memang sakit yang teramat masa tu. Rasa betul2 nak bersalin, cuma tiada ransangan untuk meneran. Sempat lagi saya berpesan kepada En. Hubby supaya tidak memandu laju. Saya memang penakut kalau bacaan meter kereta melebihi 90.

Sampai di Pusrawi jam 8.45pagi, klinik hariannya pun baru nak buka. En. Hubby bergegas masuk ke dalam berjumpa staf yang bertugas supaya kami dapat naik ke tingkat atas. Saya yang ditinggalkan di dalam kereta cuba menggagahkan diri untuk keluar daripada kereta dan naik sendiri ke atas. Sebolehnya saya tak mahu naik wheelchair, entah kenapa saya ada perasaan malu untuk duduk di atasnya. Perasaan yang sama tiapkali saya ke hospital untuk bersalin.

Tapi hakikatnya, saya memang dah tak mampu nak berjalan. Haseena seperti sudah betul2 mahu keluar, risau pulak saya andaikata dia tiba2 keluar dan jatuh ke lantai. Nau’zubillahhiminzalik. Tiba di labour room saya terus diperiksa oleh jururawat dan doktor yang bertugas. Patutlah saya rasa sakit sangat, rupanya bukaan dah 9cm! Allahhuakbar. Kami suami isteri terkejut. Cuma menurut doktor, kepala anak saya jauh sikit daripada pintu keluar. Sebab itulah saya tiada ransangan untuk meneran. Doktor mengambil keputusan untuk menunggu sedikit waktu lagi dengan harapan kepala anak saya akan terus turun secepat mungkin. Dalam 10 hingga 15 minit selepas itu, saya dimasukkan ubat untuk mempercepatkan kelahiran kerana Haseena dah buang air besar dan kepalanya masih tidak betul2 turun ke pintu kelahiran. Selepas daripada itu barulah saya ada ransangan untuk meneran Haseena.

Alhamdulillah, setelah 3kali push, akhirnya Haseena pun selamat dilahirkan pada jam 9.25 pagi dengan berat 3.45kg. Lega sungguh rasanya. Satu perkara yang sangat saya suka pada waktu itu ialah saya dapat melihat secara jelas tubuh badan Haseena. Tak terbayang perasaan saya masa tu. Kelahiran sebelum ini saya hanya memandang anak2 dalam pandangan yang kabur. Memang sebelum kelahiran yang ketiga ini saya nekad untuk tidak menanggalkan cermin mata saya. Masa En. Hubby nak tolong tanggalkan cermin mata, saya menolak tanpa menyatakan sebarang alasan.

Saya tidak lama di labour room. Selesai segala urusan saya ditolak masuk ke bilik. Alhamdulillah, saya bersyukur sangat sakit saya tidak lama dan melahirkan Haseena juga sangat mudah. Segalanya atas kuasa Allah. Dia Maha Kaya. Tidak berapa lama saya di katil, barulah saya perasan yang saya tak sempat langsung menyalin pakaian hospital.  He3… cepat sungguh prosesnya berlalu. Syukur sangat.

Ketika jururawat menghantar Haseena kepada saya, dia sangat lena tidur. Malah sewaktu abahnya mengalunkan kalimah2 suci pun dia masih lena. Apabila dikejutkan untuk menyusu, hanya sedikit saja yang dihisapnya. Alahai puteriku….. Kami terus mentahnikkan dia selepas daripada itu.

Saya masih ingat ketika adik perempuan saya menghubungi kami untuk bertanya khabar, dia menyatakan yang mak agak terkilan kerana tidak dimaklumkan yang saya dimasukkan ke hospital. Saya hanya mampu diam dengan mengatakan semuanya berlaku dengan pantas di pagi hari tanpa sempat kami maklumkan kepada seluruh ahli keluarga. Mendengar penjelasan itu, mak sedikit lega namun katanya selagi dia tidak menatap wajah Haseena, hatinya tidak akan tenteram. Malam itu juga mak dan ayah datang bersama adik perempuan saya.

Dan, untuk kelahiran ketiga ini saya juga mengucapkan tahniah kepada En. Hubby kerana telah berjaya membersih dan menanam uri sendiri. Sebelum ini kakak ipar saya membantunya.

Segalanya telah berjaya saya lalui dengan tenang. Bantuan seluruh ahli keluarga amat saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan mereka  saya pasti tidak akan Berjaya bukan…. Alhamdulillah dan terima kasih untuk segalanya.

4 comments:

ayunidati said...

tahniahhh......

ummiLIN said...

terima kasih...

Zue Haizar said...

:-)

Hidayah said...

Salam kak, berdasarkan cerita akak ni bayi lahir pada minggu ke 32 dengan berat 3.45kg? Bermaksud bayi pra matang tetapi cukup sifat ya? Alhamdulillah syukur