6 April 2012 (Jumaat)
Semasa kandungan memasuki minggu ke 32, saya rasa
sakit seperti dihiris2 di bahagian ari-ari. Ianya sama seperti saat mahu
melahirkan kakak. Cuma sakit ni datang lebih awal. Sedikit sebanyak tafsiran saya
mengatakan Haseena juga akan lahir lebih awal seperti kakak-kakaknya.
Saya perasan ada cecair coklat keluar masa
tengahari tu sebelum keluar lunch, tapi wat dek jer la sebab tak rasa
kontraksi. Tapi sepanjang keluar lunch tu memang fikiran dok ingat perkara tu.
Ni tanda2 nak bersalin ke, sebab setiap kelahiran kan berbeza tanda2nya… Saya
confuse.
On the way balik rumah petang tu saya story kat En.
Hubby. Saya masih mampu bercerita dalam keadaan yang sangat santai. Kerisauan
memang tergambar di wajah kekasih hati saya itu, maklum saja keesokan hari dia
akan ke Seremban untuk bertugas.
7 April 2012 (Sabtu)
Langsung takde tanda macam semalam. Ok, saya tunggu
je. Lagipun saya demam sejak semalam.
Saya hanya baring, seluruh tubuh saya sakit2 tak terkata. Saya redha dan pasrah
dengan keadaan rumah, tau je la macam mana 2 beradik tu ‘mengemas’ rumah kan.
Tengahari tu saya gagahkan diri untuk masak nasi dan goreng telur. Saya ingat
sangat, tika saya menyuap 2 mulut kecil di hadapan saya, airmata saya laju tak
dapat ditahan-tahan. Sedih sangat, sebab saya sungguh tak berdaya untuk memasak
yang lebih baik daripada itu untuk mereka.
Saya tak sabar menunggu kepulangan En. Hubby pada sebelah
malamnya. Kepada dia saya sandarkan harapan untuk menguruskan anak-anak dan
rumah yang agak terbiar sejak siang.
Firasat saya waktu itu adalah waktu bersalin
semakin hampir, cuma tak tahu bila. Saya berdoa tiapkali lepas solat agar saya
bersalin di waktu yang senang saya uruskan Ashiqin dan Inshirah. Senang cerita
waktu siang la yang saya harapkan, dua beradik tu kat sekolah. Malamnya mungkin
adik saya boleh temankan di rumah nanti.
8 April 2012 (Ahad)
Cecair coklat seperti Jumaat aritu keluar lagi.
Saya semakin suspen, tapi memang takde kontraksi. Petang tu siap lepak kat
depan rumah, beramah mesra dengan Kak As jiran saya. Lama betul saya tak jumpa
dia. Maklumlah, masing2 sibuk dengan kerja dan hal2 lain. Kakak dan adik saya
biarkan bermain di sekitar kami. En. Hubby pula mengemas rumah, he3… Dia
sungguh rajin masa tu (ataupun terpaksa rajin, tak tau la, wink3… Apa2 pun
terima kasih banyak2 sayang.)
9 April 2012 (Isnin)
Jam 4.30 pagi ketika ingin ke bilik air, saya
terasa seperti ada percikan kecil yang berlaku. Apakah…… yup, saya semakin
yakin saya akan bersalin hari ini juga. Masa tu pun masih tiada kontraksi. 6.30
pagi saya perasan cecair coklat juga terus keluar sedikit demi sedikit. Saya
masih dalam keadaan tenang tika itu, aktiviti harian masih saya lakukan seperti
biasa. Menyiapkan apa2 yang patut untuk menghantar kakak dan adik ke
sekolah. Saya melakukan semuanya seperti
biasa kerana saya terfikir, andaikata itulah kali terakhir saya bersama mereka,
saya puashati kerana semuanya telah diuruskan daripada awal hingga akhir.
Ketika memandikan mereka, saya masih lagi kuat.
Tapi, jam 8.00 pagi baru saya rasa sakit. Sakit
yang boleh dikatakan agak kuat. Sewaktu tiba di sekolah anak2, saya tidak turun
pun seperti kebiasaan. Mereka hanya salam, cium dan peluk saya di dalam kereta.
Saya memeluk mereka erat2…. Mujur airmata dapat ditahan, saya tahu kami akan berpisah
buat seketika. Pasti rindu akan berkepung dihati saya nanti.
Selesai menghantar mereka ke sekolah, suami memecut
laju ke hospital. Saya memang sakit yang teramat masa tu. Rasa betul2 nak
bersalin, cuma tiada ransangan untuk meneran. Sempat lagi saya berpesan kepada
En. Hubby supaya tidak memandu laju. Saya memang penakut kalau bacaan meter
kereta melebihi 90.
Sampai di Pusrawi jam 8.45pagi, klinik hariannya
pun baru nak buka. En. Hubby bergegas masuk ke dalam berjumpa staf yang
bertugas supaya kami dapat naik ke tingkat atas. Saya yang ditinggalkan di
dalam kereta cuba menggagahkan diri untuk keluar daripada kereta dan naik
sendiri ke atas. Sebolehnya saya tak mahu naik wheelchair, entah kenapa saya
ada perasaan malu untuk duduk di atasnya. Perasaan yang sama tiapkali saya ke
hospital untuk bersalin.
Tapi hakikatnya, saya memang dah tak mampu nak
berjalan. Haseena seperti sudah betul2 mahu keluar, risau pulak saya andaikata
dia tiba2 keluar dan jatuh ke lantai. Nau’zubillahhiminzalik. Tiba di labour
room saya terus diperiksa oleh jururawat dan doktor yang bertugas. Patutlah
saya rasa sakit sangat, rupanya bukaan dah 9cm! Allahhuakbar. Kami suami isteri
terkejut. Cuma menurut doktor, kepala anak saya jauh sikit daripada pintu
keluar. Sebab itulah saya tiada ransangan untuk meneran. Doktor mengambil
keputusan untuk menunggu sedikit waktu lagi dengan harapan kepala anak saya
akan terus turun secepat mungkin. Dalam 10 hingga 15 minit selepas itu, saya
dimasukkan ubat untuk mempercepatkan kelahiran kerana Haseena dah buang air
besar dan kepalanya masih tidak betul2 turun ke pintu kelahiran. Selepas
daripada itu barulah saya ada ransangan untuk meneran Haseena.
Alhamdulillah, setelah 3kali push, akhirnya Haseena
pun selamat dilahirkan pada jam 9.25 pagi dengan berat 3.45kg. Lega sungguh
rasanya. Satu perkara yang sangat saya suka pada waktu itu ialah saya dapat
melihat secara jelas tubuh badan Haseena. Tak terbayang perasaan saya masa tu.
Kelahiran sebelum ini saya hanya memandang anak2 dalam pandangan yang kabur.
Memang sebelum kelahiran yang ketiga ini saya nekad untuk tidak menanggalkan
cermin mata saya. Masa En. Hubby nak tolong tanggalkan cermin mata, saya
menolak tanpa menyatakan sebarang alasan.
Saya tidak lama di labour room. Selesai segala
urusan saya ditolak masuk ke bilik. Alhamdulillah, saya bersyukur sangat sakit saya
tidak lama dan melahirkan Haseena juga sangat mudah. Segalanya atas kuasa
Allah. Dia Maha Kaya. Tidak berapa lama saya di katil, barulah saya perasan
yang saya tak sempat langsung menyalin pakaian hospital. He3… cepat sungguh prosesnya berlalu. Syukur
sangat.
Ketika jururawat menghantar Haseena kepada saya,
dia sangat lena tidur. Malah sewaktu abahnya mengalunkan kalimah2 suci pun dia masih
lena. Apabila dikejutkan untuk menyusu, hanya sedikit saja yang dihisapnya.
Alahai puteriku….. Kami terus mentahnikkan dia selepas daripada itu.
Saya masih ingat ketika adik perempuan saya
menghubungi kami untuk bertanya khabar, dia menyatakan yang mak agak terkilan
kerana tidak dimaklumkan yang saya dimasukkan ke hospital. Saya hanya mampu diam
dengan mengatakan semuanya berlaku dengan pantas di pagi hari tanpa sempat kami
maklumkan kepada seluruh ahli keluarga. Mendengar penjelasan itu, mak sedikit
lega namun katanya selagi dia tidak menatap wajah Haseena, hatinya tidak akan
tenteram. Malam itu juga mak dan ayah datang bersama adik perempuan saya.
Dan, untuk kelahiran ketiga ini saya juga
mengucapkan tahniah kepada En. Hubby kerana telah berjaya membersih dan menanam
uri sendiri. Sebelum ini kakak ipar saya membantunya.
Segalanya telah berjaya saya lalui dengan tenang.
Bantuan seluruh ahli keluarga amat saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan
mereka saya pasti tidak akan Berjaya bukan….
Alhamdulillah dan terima kasih untuk segalanya.
4 comments:
tahniahhh......
terima kasih...
:-)
Salam kak, berdasarkan cerita akak ni bayi lahir pada minggu ke 32 dengan berat 3.45kg? Bermaksud bayi pra matang tetapi cukup sifat ya? Alhamdulillah syukur
Post a Comment