Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, October 1, 2009

TQ Mr. Habib

Dengan penuh ikhlas ummi nak ucapkan terima kasih banyak2 kepada hubby yang sudi masakkan daging kunyit cili padi (err, sorry yer ummi tak tau nama apa masakan ni sebetulnya) semalam. Sedap sangat! Nasib baik sempat kami sekeluarga makan sebelum hubby kene datang opis semula, ada keja urgent la plak...

Lama sangat dah ummi tak makan hubby nyer masakan ni. Tetiba semalam cam teringin sangat. Sanggup tak lunch semata2 nak tunggu malam untuk makan daging tu. Haa... malam semalam makan tak hengat. Kakak pun berselera makan ikan singgang abahnya. Sampai angkat pinggan hirup kuah.... hehehe.... Dah 6 bulan rupanya dapur rumah kami tak berasap macam semalam. Haiyooo.. macam tak caya jer begitu lama kami tinggalkan ruang tu...

Walaupun skang ni ummi masih pening2 lalat terbau dapur terutamanya bab tumis2 ni tapi ok la sket drpd dulu yang langsung takleh bau kan. Pagi ni pun masih terasa denyut kat kepala tapi buat tak tau je la... harap2 ok la nanti.

Sekali lagi buat Mr. Habib ku yang tersayang, tq so much. Luv u, mmmmuuuaaahhh.... Nanti sayang balik outstation saya nk makan lagi daging macam tu ek :)

2 comments:

rizwan's sweetheart said...

daging kunyit cili padi tu yang kak lin bawak g opis pagi tadi ke?

ummi said...

Ha'ah... nama betul masakan tu akak x tau. Ktorang memandai je taruk nama tu...