Heheheh… ni kesah 1st time aku…
1st time masuk sekolah
-1986 kat Tabika KEMAS Kampung Pulau Mentimun, Sungai Siput (U), Perak. Cikgu aku namanya Cikgu Jamaliah atau lebih dikenali sebagai Cikgu Jama. Aku masuk Tabika ni sama ngan adik lelaki aku Amir. Best giler g sekolah. Sebab masa kecik2 mak aku cakap aku rajin g sekolah. Paling aku tak lupa masa penyampaian sijil akhir tahun aku jadi model peragaan baju pengantin. Siap mekap cantik2 (cantik ke? Ahahai...) dan pakai songkek merah hati. Glamer gitu...
1st time menjahit
- Masa ni aku sekolah rendah, tapi tak ingat tahun berapa. Aku ambik baju orang sedekah kat aku pastu gunting2 wat baju adik pompuan aku, Chik. Baju pengantin lak tu. Kikikikik… aku wat skirt, warna pink kain tu. Tak silap aku kain organza. Kelakau tul, guna mesin kaki Singer mak.
1st time duk spital
- Jangan tak caya, aku tak penah duk spital sehingga la tiba masanya aku melahirkan anak perempuanku, Nawal Ashiqin Binti Zailan pada 9 Jun 2007 jam 9.00 pagi. Kul 1.39 petang, Alhamdulillah aku selamat melahirkan seorang bayi perempuan. Uhhhhhhuuu, syahdunya time tu…
1st time berjauhan drpd family
- 1998, aku diterima masuk ke UiTM Shah Alam. Uwwwaaaa.... Seronok ada, sedih ada. Duk kat Kolej Seroja rasanya, aku pun tak berapa ingat. Masa mak aku nak balik tu, mak aku siap pesan jangan nangis. Heheheh, memang aku tak nangis pun tapi lepas bas pergi ambik kau. Nangis tak ingat. Tak penah berenggang bebs, mau nyer tak emo.... Tapi pastu ok la. 4 tahun gak nak mengabihkan blajo nyer.
1st time dapat bunga...
- Taraaaaa.... sape lagi klu bukan drpd hubby aku. Hahaha, akan ku kenang sampai bila2, 28 Mei 2005. Tapi boleh lepas hubby aku bagi bunga tu (masa tu belum kawen lagi la), aku gelak besar. Bukan gelakkan hubby aku tapi sbb aku nak cover malu. Aku tak penah dapat bunga. Kembang setaman hati aku, tak caya tuuu... pastu sama2 diam seribu bahasa. Eeee... aku nak cakap apa ni? Maluuuu....
1st time pakai tepon
- Disember 2004. Lepas dapat bonus tahunan. Baru tu la aku merasa pakai henpon Nokia. Nak dail pun terkial2, mana reti padahal time tuh orang lain dah jenuh pakai tepon dah. Aku je yang ketinggalan.
1st time kena gosip
- Wakakaka, masa darjah 5. Kena gosip ngan anak ustaz sekolah aku. Uuuuppsss... past is past kan. Mana kawan aku ni pegi skang haaa? Tapi yang best nya kerana gosip jugak la aku dan hubby aku skang ni jadik pasangan bahagia. Member opis duk gosip ktorang siap nyanyi lagu Saiful 1 in Million tu. Hehehehe..
1st time naik ke awan
- Baru lagi, tahun lepas. Disember 2007. Family day kat Sabah. Macam2 rasa. Takut, syok, hairan dan ntah pape lagi la... masa ni Nawal baru 6 bulan. Kecik2 dah naik aeroplane anak aku ni. Flight kul 9pagi, malam tu takleh nak tido sangat. Tak keruan... Tapi hubby aku relax je sebab dah banyak kali naik kat atas awan. Aku je yang jakun...
Lain kali kalu aku ada masa, aku tambah lagi la kesah2 1st time aku ni. Sementara ni, tu je yang aku ingat...
No comments:
Post a Comment