Hujung minggu 'Father's Day' aritu kita balik Sg. Kemahal, 14 Jun 2008. Lepas Nawal injection kat PUSRAWI, kita pegi kenduri kawin Pak Din, Ketua Unit ummi kat Keramat. Dalam pukul 4 petang gak la kita bertolak balik ke Pahang. Lama dah kita tak balik sana, sebab atuk dan nenek kerap turun ke KL.
Yang bestnya kali ni ialah, ummi telah menyaksikan puteri kesayangan ummi dan abah ni berdiri tanpa pegang apa2. Hehehehe, berjaya gak Nawal imbang badan. Kejadian ni berlaku kat dalam bilik air masa Nawal mandi. Mula2 tu ummi cam tak caya jer. Tapi itulah kenyataannya. Alhamdulillah... Mungkin tak lama lagi Nawal nak berjalan dah kut.
Satu lagi yang sungguh mencuit hati ummi ialah pada Jumaat, 13 Jun. Masa kita berdua baring2 kat depan TV, ummi ajar Nawal perkataan 'lizard'. Idea ni datang masa ummi terpandang siling rumah. Kebetulan ada sekor cicak kat lampu, ummi trus tunjuk jari ke arah cicak tu dan sebut 'lizard'. Ummi ulang beberapa kali dan akhirnya Nawal faham apa yang ummi cuba sampaikan. Cumanya anak ummi tu tak pandai lagi la nak sebut 'lizard'. Just tunjuk2 jari dan sebut entah apa suku kata yang ummi sendiri tak faham. Geli hati ummi. Sampai sekarang ni pun kalu ummi sebut 'lizard', Nawal trus pandang atas cari 'lizard' yang ummi cakap kan. Alhamdulillah anak ummi dah benar2 faham...
Satu lagi malam tu, lepas dah faham perkataan 'lizard', ummi ajar 'please be quite'. Ssshhhhhhh... siap dengan isyarat letak jari kat bibir lagi. Kelakarnya masa Nawal nak tiru apa yang ummi ajar tu Nawal masukkan jari ke dalam mulut dan tiup sampai tersembur2 air lur. Kekekeke... terkekeh-kekeh ummi gelak tengok aksi Nawal. Berkali2 ummi letakkan jari Nawal kat bibir tapi tetap gak nak masukkan jari tu ke dalam mulut. Ni kang ada kes isap jari lak ni. Bila dah banyak kali ummi ajar, Nawal berjaya letakkan jari kat atas bibir tu tapi sampai nak termasuk ke dalam hidung la plak. Anak ummi, anak ummi... Telatah mu menggeletek hati...
No comments:
Post a Comment