Hari ni 9 Julai 2008, tercatat la sejarah aku naik motor kat bandar besar KL. Menggigil gak la aku ni. Mana penah beb naik kuda besi kat tengah kesibukan KL ni. Memula anta Nawal tadi dia pun wat muka pelik. Selalu ari2 naik kete, leh 'drive'. (Setakat pegang stereng je la anak pompuan aku ni). Kehkehkeh...
Tapi ummi tau, Nawal happy naik motor ngan abah dan ummi. Cuma tak biasa kan. Mulai sekarang, abah dan ummi akan naik motor g keja. Nawal pun kena naik motor gak g umah nenek. Petang2 leh round kan sayang...
Ni semua gara2 nak kurangkan kos. Pasal rege minyak naik la terpaksa abah dan ummi ubah cara hidup walaupun dah tak tau mana nak ubah, mana nak budget lagi dah. Sebiasa mungkin hidup kita ni tapi sekarang lebih daripada biasa lagi. Naik gila dah nak ubah cara hidup. Orang yang duk kerusi empuk kat atas tu sedap la cakap ubah cara hidup. Rakyat kat bawah ni la yang rasa.
Sampai duit belanja makan pun kena cut. Tak tau la nak cakap macam lagi... Hidup perlu diteruskan juga...
No comments:
Post a Comment