Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, July 16, 2008

nawal masak bubur

Semenjak sekarang ni anak ummi bangun seawal pagi seperti yang pernah ummi tuliskan. Tolong ummi masak, mengemas, gosok baju kalu ummi tak sempat gosok malam hari dan macam2 lagi.

Pagi2 tadi Nawal dah duduk kat dapur. Ummi bentangkan toto Nawal tu dan letak bekas botol susu supaya Nawal tak sejuk duk atas lantai. Sambil main bekas tu, dapatlah ummi masak bubur bayam. Pagi ni ummi cadang nak blend jer bayam tu. Dah lama bubur Nawal tak berwarna kan...

Masa nak blend tu Nawal datang dekat nak tengok apa ummi buat. Nak sangat tau kan... Jadi ummi ribakan Nawal dan pegang jari comel tu untuk onn kan plug blender. Bila blender dah berpusing, Nawal cam terkejut sket, cepat2 peluk ummi. Hehehe, Nawal terkejut yer. Sebenarnya ummi memang suka ajak Nawal wat kerja sama2, nanti Nawal pandai dan cepat belajar. Cuma tang menda yang melibatkan keselamatan, ummi akan pantau.

Sekarang ni pun Nawal selalu masak bubur sendiri kan. Best tak? Walaupun dalam ertikata lain sebenarnya ummi yang buatkan... nanti dah besar, rajin2 tolong ummi tau.

3 comments:

Ummi said...

Salam kenal ummi..Kak Ummi saja je masuk sini, ish ish tembamnya baby dia..dah lama xda baby, rindu nk cium..(*duk cium anak2 sedara jek..hehe)

Mat Gebu said...

salam kenal ummi...silalah link, mat pun minta izin link blog u juga yeaa...terima kasih..pstt tu kak ummi atas tu kembaQ lain ayah lain mak ek?..ahaks

ummi said...

kepada ummi...
trima kasih la dtg ke blog saya ni. Kak ummi teringin baby lagi ker. Hehehe... nnti saya nak link kak ummi nyer blog ek.

kepada mat gebu...
kak ummi kat atas tu bukan kembaq cuma serupa dan sama daripada segi nama. Hehehe... Ada beberapa resepi mat yg kita dah cuba.. Nnti nak cuba lagi..