Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, July 7, 2008

Syarat berpoligami

  1. Mampu menanggung nafkah zahir dan batin isteri serta bakal isteri. Begitupun, Abu al-'Aynayn dalam buku al-Ziwaj wa al-Talaq fi al-Islam berpandangan bahawa sebarang penambahan boleh diberikan kepada satu isteri dalam soal pemberian nafkah dengan dipersetujui oleh semua isteri. Ia tidak boleh diamalkan jika boleh membawa kepada perselisihan dan tidak puas hati di antara isteri.
  2. Berlaku adil kepada isteri. keadilan daripada pelbagai segi tanpa wujud pilih kasih antara mereka. Ia juga bermaksud meletakkan sesuatu itu sesuai pada tempatnya. Ini termasuk komunikasi, perbuatan, tutur kata, dan akhlak yang baik, juga membabitkan beberapa aspek iaitu nafkah, palaian, penempatan, giliran bermalam dan musafir.
  3. Suami bagaimanapun tetap dilarang menunjukkan secara jelas perbezaan kasih sayang. Apabila berpoligami, suami juga perlu adil dalam menyediakan tempat tinggal untuk isterinya. Sebaik-baiknya hendaklah diasingkan bagi mengelakkan perselisihan keluarga dan perasaan cemburu di kalangan isteri.
  4. Suami juga wajib menentukan kadar giliran bermalam yang adil antara isterinya tanpa mengira samaada isterinya isteri muda, isteri tua atau sebagainya. Suami menanggung dosa sekiranya memberikan giliran lebih banyak kepada seorang isteri berbanding isteri yang lain.
  5. Kelonggaran diberikan pada malam awal perkahwinan dengan isteri baru tanpa perlu diganti semula kepada isteri tua. Imam Syafie pula berpendapat, suami wajib membuat undian antara isteri sekiranya beliau menginginkan seorang daripada mereka menemaninya bermusafir seperti ke luar daerah. Dalam hal ini, suami tidak wajib menggantikan giliran bermalam kepada isteri yang sepatutnya mendapat hak pada masa musafirnya.

No comments: