Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, July 11, 2008

Bangun seawal pagi...

Sejak awal Julai ni Nawal mula bangun seawal pagi. Masa ummi bangun sahur aritu, Nawal bangun sekali. Pukul 5 pagi. Bila keluar je daripada bilik tidur terus nak naik walker, pastu menjelajah satu rumah. Subuh2 dah sakan main anak ummi ni...

Pagi tadi 5.45 dah bangun. Ummi bawak keluar bilik, trus tuju tempat simpan barang2 mainan. Main punya main, tetiba Nawal yakyak... Eeee, busuk ler anak ummi pagi2 ni. Alang2 nak bersihkan Nawal ummi trus mandikan dengan air suam. Apalagi kalau dapat ke bilik mandi, kecepak kecepuk main air. Suka sangat. Tersengih-sengih jer. Pas pakai baju, Nawal sambung main semula. Sambil2 tu ummi rebuskan kentang (nak campur ngan nasik nnti). Sempat la ummi iron baju abah dan tudung yang tak sempat ummi habiskan semalam.

Bila dah nak anta ke umah nenek, cam biasa ummi susukan Nawal dulu. Tapi pagi ni nawal taknak menyusu. Dalam kete pun sama. tak penah tau Nawal tak nak nyusu sebelum pegi umah nenek. Ummi bukannya apa, risau... Nanti kut Nawal lapar ke, haus ke... Memang la ada ummi bekalkan susu ke rumah nenek, tapi tak sama dengan ummi susukan sendiri... Abah suruh nawal menyusu pun, Nawal wat dek jer. Nangis2 bila ummi cuba gak nak susukan. Tak apa la, agaknya nawal tak lapar lagi. Tengah excited main... Ummi pulak paksa2 ye...

Apa pun setiap hari dan setiap waktu bila ummi tinggalkan Nawal di rumah nenek hanya doa yang dapat ummi titipkan. Semoga anak ummi sihat, selamat dan dalam lindungan Allah selalu...

No comments: