Ahad (13 Julai '08) pagi tu ummi sakit perut. Tak tau la nape. Nak sampai ke tengahhari tu ok la sket. Tak sakit sangat pun. Sempat mop lantai lagi. Abah dah ajak g PUSRAWI, tapi ummi yang degil. Kononnya sakit kejap jer. Pastu ummi telan pil chi kit teck aun.
Petang tu sakit balik, berulang ke bilik air. Naik letih dah ummi. Mula terpikir apa yang ummi makan. Tanya abah, dia kata tak sakit perut pun. Heran gak, apa yang dia makan itu la yang ummi makan. Tapi abah ok jer. Sup tulang semalam sedap ape abah masak. Takkan makan sup sakit perut? Lately ni pun ummi memang kerap sakit perut, pantang salah makan sket. Oh ye, agaknya ummi terlebih makan sambal kicap kut.. Dah tak tahan sangat, abah paksa gak pegi PUSRAWI. Doktor tu pun bagi macam2 ubat. Siap bagi MC lagi. Katanya teruk gak la ummi sakit perut ni sebab masa check kat perut ummi, bunyi semacam. Pastu kembung, mana taknya asyik ke bilik air mana ada dah makanan kat dalam perut. Badan dah sakit2, bibir kering.
So, semalam kita duk umah satu hari lagi dan ini bermakna kita bercuti selama 3 hari. Nawal seronok sangat sebab dapat 'bergayut'. Hehehehe... Ummi nak mengabiskan projek jahitan manik pun payah. Sekejap main plug la, sekejap main kat gril pintu la, sekejap ke dapur la peginya... adussss, letih melayan si kecik ummi ni. Tapi bila tengok keletah anak ummi ni, hilang penat sebenarnya. Kerana..... dikaulah cinta hati abah dan ummi...
Arini plak ummi kemaruk tengok web masak memasak ni. Ummi minat gak masak2 ni tapi sehingga kini masih tak beria-ia lagi nak memasak itu dan ini. Teruja tengok cupcake. Cam nak try, so ummi kumpul resepi dulu la. Nanti ummi buat ek...
No comments:
Post a Comment