Kesempatan yang ada ni ummi mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari raya AidilAdha kepada semua umat Islam. Mohon ampun dan maaf sekiranya terdapat salah laku yang menyakitkan samaada secara terang atau tersembunyi.
Dengan hadirnya lebaran yang penuh dengan makna pengorbanan ini, ummi berharap kita akan terus mendapat rahmat dan berkat daripada Allah untuk sepanjang hayat yang dikandung. Semoga kita terhindar daripada malapetaka yang tidak diingini, ditunjukkan jalan yang benar seperti orang2 yang beriman dan menjadi hambaNya yang taat beribadah serta sentiasa mengingatiNya walau apa jua keadaan. Moga terhapuslah dosa besar dan kecil kita dengan ibadah yang mungkin tidak seberapa tetapi tetapkanlah keteguhan hati kita untuk melakukan yang terbaik sepanjang menghirup nafas di muka bumi ini.... Sekian...
No comments:
Post a Comment