Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, March 14, 2011

SEGMEN :BEN ASHAARI SOAL CINTA


Rasa terpanggil nak join segmen si Abg. Ben ni ha....

LELAKI pilihan anda ?
Lelaki yang memberikan ketenangan dalam hidup saya. Dalam erti kata lain menjadi lelaki seperti yang dituntut oleh agama J

Perlukah lelaki SEKSI ? Definasi SEKSI seorang lelaki bagi anda ?
Terpulang pada pasangan masing2 samaada nak yang seksi atau pun tidak… Kalau saya, tak nak la lelaki yang seksi sebab nanti orang lain kebas, ekeke… Boleh ke jawapan cam gitu. Hahaha… Biarlah saya aje yang tau kat mana seksinya lelaki istimewa saya tu…

LELAKI pastinya sanggup berkorban demi cinta .. Apakah anda rasa LELAKI hanya berkorban sebelum memiliki cinta anda ? Apa jadi selepas dah miliki cinta anda ?
Alhamdulillah, selepas memiliki saya rasanya lebih banyak si dia berkorban untuk saya. Maka, bukanlah si dia berkorban hanya sebelum memiliki saya sahaja…

Pastinya anda tidak sanggup BERMADU bukan ? Kenapa ?
Siapalah saya untuk menidakkan hukum Allah yang telah pun termaktub di dalam Al Quran. Saya mahu menjadi hamba Nya yang taat selain daripada ingin menjadi sebaik2 isteri didunia dan akhirat buat suami. Cuma, persekitaran hidup bermadu sekarang ini sedikit sebanyak memberikan gambaran buruk tentang bagaimana rupanya hidup berkongsi kasih. Bukankah kaum lelaki itu pemimpin, jika dia gagal mengemudi kapal yang pertama bagaimana pula dia hendak mengemudi kapal yang kedua atau seterusnya. Kalau dengan hidup bermadu itu lebih menguatkan iman suami dan isteri, siapa yang tak mahukan? Lelaki perlu memainkan peranan yang sangat besar, amanah yang dipikulnya itu perlu digalas sebaik mungkin. Syurga atau neraka di tentukan oleh amalannya. Marilah kita hayati yang tersurat dan tersirat di sebalik kisah Siti A’isyah yang sedikit mencemburui Siti Khadijah… Fikir2kan… (Jika saya tersilap, tegur ya…)

Jika anda mengetahui pasangan anda punya teman wanita lain , apakah yang akan anda lakukan ?
Selidik terlebih dahulu. Muhasabah diri. Cari jalan penyelesaian. (Tak boleh nak bayangkan bagaimana nak mengawal hati supaya tetap tabah dan berfikiran rasional pada masa tu..) Oh tidak!!!!!!!!!!!!!!!

LELAKI atau PEREMPUANkah mudah berlaku curang ?
Bukan soal gender dalam sikap curang terhadap pasangan. Semuanya bergantung kepada hati dan cara kita menangani godaan yang datang. Zaman sekarang ruang yang terbuka luas memungkinkah sesiapa pun untuk curang walau pada asalnya tiada niat langsung untuk curang. Allah dan agama adalah benteng terbaik dalam mencari perlindungan dan kekuatan.

SETIA... pada pendapat anda , siapakah yang lebih setia pada cinta ? Apakah buktinya ??
Mungkin perempuan. Bukti? Saya takde bukti yang spesifik tapi rasanya sikap semulajadi perempuan memang begitu…

Apakah anda seorang yang mudah cemburu ?
Tidak.

2 comments:

Zue Sancer said...

Alhamdullilah....dapat suami yang baik..rajin2 berblog ye kak...zue follow akak...

ummiLIN said...

TQ zUE.. I FOLLOW U :)