Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, April 11, 2011

Kisah tragis 3 hari yang lalu...

Sejak 2 hari lepas, fikiran saya tidak berhenti mengingati kemalangan tragis di Serendah, Hulu Selangor. Kisah sedih yang meruntun jiwa saya apatahlagi tatkala pandangan tertangkap pada sekeping foto di mana seorang anggota bomba sedang mengangkat mayat si kecil yang berumur 4 tahun, Mohd Faiz Hakimi.

Tadi, saya sekali lagi tidak dapat menahan airmata bila menatap kisah keluarga itu di http://ondscene.my/kemalangan/kemalangan-tragis-3-sekeluarga-maut-dihempap-lori-kemaskini#more-9293. Sungguh menyayat hati! Arwah Faiz sebaya dengan anak perempuan sulung saya. Ibu bapanya juga masih muda. Tak terjangkau bayangan saya ketika mereka sekeluarga menghadapi saat2 akhir mereka. Ya Allah, padamkanlah ingatan ini daripada terus mengingati kisah yang tak pernah diduga dek keluarganya, kerana mereka berpisah satu jam setengah sebelum kejadian berlaku. Terima kasih kepada rakan sekerja yang menegur supaya tidak menangis, lebih baik disedekahkan Al Fatihah.

Ya Allah, hambaMu ini tahu dan mengerti bahawa apa sahaja yang dimiliki dan apa jua yang ada dikeliling ini adalah pinjaman daripadaMu. Sesungguhnya tiada apa yang kekal di dunia ini melainkanMu. Tapi Ya Allah, dengan jujur dan tulus daripada hati kecilku, tidak ingin sekalipun aku berpisah dengan ahli keluargaku dan sahabat2ku. Kasihanilah anak2 ku yang masih kecil. Mereka belum mengerti apa2 lagi tentang hidup ini.

Ya Allah Yang Maha Pengampun, kumohon padaMu agar Engkau ambillah nyawaku, ahli keluargaku, sahabat2ku, Muslimin Muslimat yang lain dalam keadaan yang baik dan tenang. Semoga kami dapat menghadapi saat akhir nafas kami dengan sebaik2nya. Tempatkanlah kami di kalangan orang2 yang beriman.... Aaminn...

No comments: