Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, February 21, 2012

Sebahagian besar masanya untuk keluarga...

Percayakah anda bahawa kebanyakan isteri atau ibu menghabiskan sebahagian besar masanya dalam sehari untuk keluarga. Tidak kiralah wanita itu bekerja mahupun surirumah...

Jika diteliti, diselidik, dihayati....

1. Seorang isteri atau ibu menghabiskan 8 hingga 10 jam atau lebih di tempat kerja, yang mana tenaga mereka turut menyumbang dalam ekonomi keluarga. Membantu suami mencari pendapatan bukanlah wajib bagi seorang isteri atau ibu tetapi atas pertimbangan dan keizinan suami maka mereka rela berkorban demi memastikan kehidupan menjadi lebih baik.

2. Merekalah orang yang paling awal bangun pagi dan merekalah juga yang paling lambat melelapkan mata di malam hari. Mungkin ramai yang tidak perasan ataupun kita terleka kerana menganggap itu memang tanggungjawab isteri atau ibu. Lazimnya mereka tidak duduk diam, ada sahaja yang hendak dibereskan. Seboleh2nya mereka ingin melangsaikan sesuatu tanggungjawab itu dengan segera dan seawal mungkin. Membasuh pakaian, melipat kain, menyapu rumah, menyediakan makanan, mengemas bilik dan sebagainya yang tidak dapat untuk disenaraikan satu persatu. Terlalu banyak. Mereka tidak berkesempatan pun berehat tatkala pulang ke rumah sungguhpun penat bekerja masih belum hilang. Malah bagi surirumah kerja mereka tidak berkesudahan semenjak buka mata hingga tutup mata.

3. Seorang isteri atau ibu sanggup berkorban bangun di tengah2 malam tatkala anak2 mahukan susu atau mahu ke bilik air. Jangan dilupa pula bila anak2 sakit, sudah tentulah perhatian perlu diberikan lebih daripada kebiasaan. Di saat lena mahu menjengah, tidurnya dikejutkan. Lalu tidurnya tidak pernah lena walaupun mereka masuk tidur awal.

4. Apabila ahli keluarganya tidak sihat, pastinya merekalah orang yang paling sibuk dirumah. Mana nak dikejar untuk menjaga orang yang tersayang sakit, memasak, mengemas rumah dan hal2 lain yang kadangkala seolah2 seperti robot dibuatnya. Aduh penatnya kan...

Oleh itu, tidak wajarkah seorang isteri atau ibu menerima penghargaan walaupun sekecil2 penghargaan daripada seorang suami mahupun anak2. Fahamilah hatinya, bantulah dia walau dengan sekecil2 perkara. Tahniah kepada suami atau anak2 yang telah berjaya membantu wanita tersayang ini dalam menguruskan aktiviti hariannya! Anda seorang yang hebat kerana meringankan tanggungjawab mereka telah membuatkan hati mereka berbunga2. Lihatlah, senyuman pasti tidak lekang daripada bibirnya sungguhpun badannya penat melalui satu hari yang panjang baginya. Paling kurang pun ucapkanlah terima kasih.

Kalaulah ada suami atau anak2 yang merungut kerana kesibukan wanita ini, maka fikir2lah sendiri. Jangan dimarah atau diketepikan mereka hanya kerana tidak sempat mengurut badan anda yang penat, tidak memasak supaya perut anda penuh, tidak berbual2 di waktu senggang atau apa sahaja yang tidak kena dimata dan hati anda. Waktu senggang itulah mereka mahu berehat, mandi dan menenangkan fikiran. Jangan terkejut kalau dikatakan ada sesetengah daripada mereka tidak sempat untuk berwangi-wangian atau mandi 3, 4 kali sehari atau membuang kuku.

Kalau ada yang menganggap, jika seorang ibu atau isteri melakukan sesuatu tanggungjawab dengan hati yang ikhlas dan redha pasti dia tidak akan penat dan merungut. Alahai sayang, kalau mula2 ikhlas dan redha tapi kalau untuk selamanya begitu juga mana mungkin hatinya tidak terusik walau secuit cuma....

Perkara2 di atas hanyalah sebahagian daripada urusan2 yang lazim dilakukan oleh seorang wanita. Banyak lagi, jadi anda fikirlah sendiri. Semoga apa yang dipaparkan akan membantu anda untuk memahami seorang isteri atau ibu. Next entry kita cerita pula bab suami atau ayah ok...

*Mohon maaf banyak2 andaikata catitan ini menyinggung hati mana2 pihak. Ini cumalah pandangan peribadi yang tentu banyak khilafnya.

1 comment:

Sekolah Kebangsaan Lembah Jaya said...

inilah hakikat daripada kehidupan seorang anak, isteri dan ibu yang berkerjaya...seboleh mungkin akan lunaskan semua tanggungjawab sesempurna mungkin tanpa ada sebarang kecacatan. Impain untuk menjadi anak yang solehah, isteri yang taat, ibu mithali dan pekerja cemerlang tetapi dalam masa yang sama akur bahawa tidak semua dapat dicapai semaksimum mungkin.