Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, January 25, 2011

Sungguh terkesan....

Pada pagi Isnin yang kelam kabut (semalam), ada sesuatu yang sangat terkesan pada ummi. Sambil melayan kakak dan adik, ummi terus memandu menuju KL dengan doa dan harapan selamat sampai ke destinasi yang di tuju.

Mendengarkan segmen motivasi IKIM.fm pagi itu benar2 membuatkan ummi menangis. Bayangkanlah dengan dua anak kecil dan skill pemanduan yang masih tidak sempurna, berjurai pulak air mata ni... Sebak, sedih, bangga dan bercampur baur perasaan dengan cerita yang disampaikan oleh motivator tersebut. Ummi tak perasan pulak sape motivator tu...

Kisahnya... ada seorang ahli bomba bercerita dengan beliau (motivator) tentang kemalangan yang sangat tragis sepanjang menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang penyelamat. Dengan kereta yang remuk, pastinya pemandu kereta terbabit parah. Ya, pemandu yang parah itu adalah seorang ibu yang membawa anak kecil bersamanya. Anak kecil itu menangis tak keruan. Mungkin terkejut dan juga mencari2 si ibu. Dalam keadaan yang sangat parah, si ibu memberi isyarat kepada pasukan bomba untuk memeluk anak kecilnya. Dan, apabila anak itu diserahkan kepadanya, si ibu menyelak bajunya. Dengan semangat yang jitu sambil menahan kesakitan amat sangat, ibu itu menyusukan anaknya. Menenangkan anaknya. Memberikan sesuatu yang sangat tidak ternilai harganya supaya anak tersebut berasa selamat. Terpaku dan tergamam ahli bomba yang berada di situ.... Akhirnya, si ibu pergi jua meninggalkan anaknya yang telah pun berasa tenang dan selamat di sisinya walau apa jua keadaannya....

Sungguh... tanpa ummi sedar, ianya telah membuatkan ummi sangat terharu, sedih, bangga. Bangga kerana ibu itu telah memberikan yang terbaik untuk anaknya. Ya Allah semoga Engkau tempatkan ibu itu di tempat orang2 yang beriman dan semoga anak itu menjadi yang terbaik hasil daripada makanan terbaik yang diterimanya. Bergunalah kepada agama, bangsa dan tanah air ini nak....

3 comments:

nuhaz said...

sedihnye..ibu tu smpat bg susu ye b4dia pergi...smoga ditempatkn bersama org2 beriman...aminnn

ummi said...

Ye la zila... kita blm tentu seperti arwah kan... semoga kita kuat dan tabah mendidik dan membesarkan anak2..

airikamalek said...

sangat menyedihkan, smoga kita smua sentiasa berada dalam perlindungan-Nya dan anak-anak kita menjadi anak yang soleh & solehah