Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, June 26, 2012

Perbezaan antara kita

Saya makin tidak faham dengan keadaan keliling. Masing2 bercakaran. Menuduh yang bukan2, akibatnya fitnah kian berleluasa seperti ianya tidak mendatangkan rasa takut akan akibatnya.

Bukankah itu petanda dunia makin tua, tetapi manusia kian tidak matang sungguhpun dihambat arus kemodenan yang berteknologi tinggi. Makin lupakah manusia akan jalan kebenaran?

Saya bukanlah penganalis politik yang hebat, tetapi pandangan saya cuma datang daripada lubuk hati seorang manusia kerdil yang cukup bencikan pertengkaran. Malah penulisan saya juga tidak seperti mereka yang hebat menulis itu dan ini. 

Saya selalu berfikir, tak bolehkah kita duduk bersama di kedai kopi dengan mengenepikan ideologi yang didukung? Eratkan persahabatan dan silaturrahim melalui perbezaan ideologi itu lebih baik bukan? Masing2 mendapat manfaat kerana perbezaan pendapat itu membuatkan kita makin berusaha untuk menjadi yang lebih baik. Andai tidak ada perbezaan langsung antara kita, sudah pastilah tiada warna warninya kehidupan ini. Tentu bosan, jadi di situlah kelebihan perbezaan kerana ia membuat kita kian positif dan kreatif. 

Tidak salah untuk bersaing, tetapi biarlah secara sihat. Bukan dengan menggunakan fitnah sebagai senjata untuk menjatuhkan lawan. Biar siapa pun yang mentadbir negara nanti, eloknya kita sama2 sepakat memakmur, mempertahan dan membangunkan tanahair tercinta. Menjadi kewajipan kepada kita untuk terus memelihara keharmonian negara yang kita duduki ini. Wariskanlah keamanan buat anak cucu kita nanti.

Sanggupkah kita menggadai ketenangan negara ini hanya untuk merealisasikan apa yang dimimpikan. Kadang2 mimpi kita yang indah itu belum tentunya indah kerana kenyataan yang kita tempuhi ada pahitnya. Itu hakikat.

Ok, itu sahaja daripada minda saya yang fakir...

*kalaulah penulisan saya dianalisis dek guru Bahasa Melayu, tentulah teruk saya dihentam kerana kecelaruan pendahuluan, isi dan penutup karangan saya ni... he3

No comments: