Beberapa minggu yang lalu, Malaysia digemparkan dengan berita pelajar pintar yang memasuki Universiti Oxford pada usia 13 tahun. Siapa lagi kalau bukan Sufiah Farooq yang kini hidupnya jauh daripada landasan agama Islam. Sufiah, Sufiah...
Gadis kacukan Pakistan-Melayu ini menghadapi trauma dahsyat semenjak kecil lagi tetapi ditutupi dek keglamoran geniusnya. Sufiah dan adik-beradiknya menjadi bahan ujikaji formula bapanya. Pelajar pintar yang ditaja pengajiannya oleh kerajaan Malaysia ini terpaksa mengharungi hidup yang sangat mengharukan, mengelirukan.... Bekahwin dengan Jonathan Marshall ketika remaja tidak menjanjikan kebahagiaan buatnya. Perkahwinan yang bertahan selama setahun itu berakhir kerana tidak sefahaman lantaran Sufiah makin hilang fokus dalam pengajiannya. Bekas suaminya yang kini menetap di Arab saudi menggambarkan Sufiah seorang yang tidak tahu ke mana arah tuju hidupnya telah benar-benar hilang pedoman sehingga terjerumus ke dalam kancah pelacuran.
Sungguhpun masyarakat memandang serong kepada dunia pekerjaannya sebagai teman sosial, Sufiah tetap mempertahankan keseronokan dan kepuasan yang diterimanya kini. Hasil pendapatan sebanyak RM420,000.00 telah menenggelamkan janda muda ini dalam dunianya sendiri. Ke manakah hilangnya iman kepada Islam yang dianutinya sejak kecil lagi? Mungkin tekanan telah menyebabkan Sufiah hilang pertimbangan. Sayangnya Sufiah, kamu dikurniakan otak yang pintar tetapi tidak menggunakan akal dalam mengawasi diri.
Halimahton Yusof, ibu Sufiah kini dalam proses menuntut cerai daripada bapanya yang kini dipenjarakan atasa dakwaan mencabul kehormatan dua anak muridnya yang berumur 15 tahun ketika mengajar matematik di rumah mangsa. Kakaknya Aisha, 25 tahun telah pun berkahwin manakala abangnya Abraham, 26 serta dua adiknya Iskander, 21 dan Zuleika, 14 masih berada dalam jagaan ibunya. Antara keluarga dan Sufiah, mereka telah lama terputus hubungan.
Kini Malaysia telah melancarkan 'Selamatkan Sufiah' dalam usaha mengembalikannya kepada keluarga dan tentulah membantunya mengenali diri sendiri dengan pegangan Islam. Sufiah, kembalilah....
* Betapa aku sangat terharu dengan kisah hidup Sufiah, sarat dengan pengajaran. Ye la sebagai ibu bapa janganlah kita terlalu mengadun anak mengikut acuan kita. Berikan sedikit ruang agar tekanan tidak menghinggap anak-anak. Takut akhirnya nanti beginilah jadinya... Ya Allah berikanlah panduan kepadaku dan suami dalam mendidik dan mnegasuh anak-anak kami. Aamin.
No comments:
Post a Comment