Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, January 19, 2012

Hari Terakhir Kakak dan Adik Bersama Babysitter

Sekarang saya sedang mengumpul kembali kisah2 tahun lepas yg tidak saya update di sini. Untuk menulis dalam masa yang singkat pastilah mustahil kerana saya dihambat dek tugas di rumah dan pejabat. Kiranya peristiwa yang paling saya ingat ialah pada hari terakhir anak2 saya diasuh oleh babysitter saya, Cik Ina.

Cik Ina dan keluarga sangat baik pada saya dan keluarga, terutamanya apabila mengasuh Inshirah. Ya, anak kedua saya tu masa baby sentiasa menangis. Kami suami isteri tak tahu apa puncanya, dia tidak sakit dan memang tidak ada apa2 pun yang pelik berlaku kepada kepadanya. Kesanggupan dan kesabaran Cik Ina dalam mengasuhnya sangatlah saya hargai. Sehinggakan apabila tiba waktu petang untuk mengambil kakak dan adik, saya sangat takut kalau2 Cik Ina surrender untuk mengasuh kedua puteri kami tu.

Petang 23 Disember 2011 amatlah pilu buat saya dan suami kerana mulai awal tahun depan kakak dan adik akan mula bersekolah di Tadika yang berhampiran dengan rumah kami. Kakak dah masuk 5 tahun, dia memang perlu ke sekolah. Petang tu kami duduk lama sikit di rumah Cik Ina. Masa nak balik tu saya sangatlah sebak, tapi berjaya menahan airmata daripada turun. Ye la kan, jasa mereka sekeluarga selama hampir 5 tahun mana mungkin kami dapat membalasnya. Cuma kakak dan adik yang mungkin masih tidak mengerti apa2 pulang seperti biasa sedangkan jiwa nenek Ina mereka dan saya sendiri bergelodak menahan kesedihan.

Dalam kereta tu saya memang tak dapat menahan air mata lagi, saya biarkan ianya jatuh sebanyak mana yang boleh supaya hati saya lega. Saya nampak daripada dalam kereta Cik Ina mengesat airmata, luluh hati saya. Mereka sekeluarga telah saya anggap seperti saudara sendiri, tambahan pula kakak sangat manja dengan neneknya itu. Sewaktu bersalam dan memeluknya erat, mulut saya tak mampu berkata apa2.

Tiba2 dalam saat saya kesedihan dan berusaha mengesat airmata yang laju...

"Abah, kenapa ummi sedih?" tanya kakak.

Ya Allah, bila je dengar kakak cakap macam tu lagi laju airmata saya keluar, langsung tak boleh nak tahan.

"Ye la, memang la sedih, hari ni hari last kakak dengan adik duduk kat umah nenek. Tahun depan kakak dengan adik dah nak pergi sekolah," abah menjawab pertanyaan kakak.

Ye sayang, hampir 5 tahun kakak dan adik mendapat kasih sayang daripada nenek. Makan makanan yang dimasak dek nenek, mandi, bergurau senda malah adakalanya berjalan2 bersama nenek dan Tokki.

Saya sebak tatkala menulis entri ini, dah hampir sebulan kami tidak berjumpa dengan keluarga Cik Ina. Saya doakan mereka sekeluarga sihat dan dalam rahmat Allah yang berpanjangan. Oh ya, saya pasti tak lupa pada nasi dagang dan sotong sumbat pulut yang sedap tu (nenek kakak dan adik ni pandai dan selalu masak....)

Buat Nenek Ina, Tokki Ibrahim, Abg. Anas, Abg. Azad, Abg. Azam, Ma Effa, Abg. Hanis, Ma Effi dan Abg. Ijoy.... nama kalian sentiasa disebut dek kakak dan adik. Terima kasih banyak2 atas jasa yang tak mungkin dapat kami balas.......... InsyaAllah kita jumpa masa kenduri Hanis nanti yer....

No comments: