Ini adalah sambungan daripada entry yang ummi tuliskan 'words' yang Nawal dah boleh cakap. Menghitung 26 hari kepada Ulang Tahun Kelahiran Nawal Ashiqin adalah sesuatu yang menggembirakan tetapi sekali sekala sedih pun ada.
Gembira kerana Nawal semakin membesar dengan baik dan tentulah dengan syukurnya sehingga ke hari ini dia masih BF dengan ummi. Sedihnya sebab lepas ni tentu teringat saat2 Nawal masa baby dulu, masih merah kulitnya. Kuat menyusu malam.... haaaaa... sekarang ni pun bila dia tidak sekerap menyusu seperti dulu ummi rasa lain betul diri ni. Kurang je rasanya.... Hmmm, ummi kena terima hakikat Nawal Ashiqin yang lahirnya dulu seberat 3.24kg itu sudah makin besar untuk menjadi anak dara sulungku...
Ok, ini adalah sebahagian daripada words yang Nawal dah pandai cakapkan:
1. Jap (sekejap-perkataan favourite bila abah atau ummi panggil)
2. Asha (Shasha-nama salah seorang baby yg pernah dijaga dek babysitternya)
3. Adam (juga nama budak yg dijaga dek babysitter Nawal)
4. Akut (Takut)
5. Ayang (Sembahyang)
6. Atok (pantang nampak orang lelaki yg dah tua)
7. Opah (pantang gak nmpak orang pompuan yg dh tua)
8. Nenek (sama seperti entry no. 6 dan 7)
9. Yipa (Ma Effa-nama anak babysitter. Budak ni suka menyakat Nawal, geram katanya)
10. Oki (To'ki-suami babysitter)
11. Andi (mandi)
12. Car
13. Opi (topi)
14. Syibuk (sibuk-words ni akan keluar kalau dia tgh marah)
15. Uku (buku)
16. Pin (bukan pin baju tau tapi Upin & Ipin. Tiap2 hari mesti nak tengok CD Upin & Ipin, versi cetak rompak ye....)
17. Ani (Barney)
18. Ello (hello)
19. Air
20. Nak
21. Syup (sup)
Dan hanya setakat itu yg ummi ingat buat masa ini...
No comments:
Post a Comment